69 orang dipercayai tertimbus, jalan Batang Kali-Genting ditutup kedua-dua arah. Musim hujan di penghujung tahun ini menjadi kenangan ngeri buat 100 peserta tapak perkhemahan Father Organic Farm, Gohtong Jaya di Genting Highlands apabila berlaku kejadian tanah runtuh dari ketinggian 30 meter.
Dalam kejadian awal pagi Jumaat ini, sekitar 69 orang dipercayai masih terperangkap dan usaha sedang menyelamatkan sedang giat dijalankan.
69 Orang Dipercayai Tertimbus
Dipercayai 28 orang diselamatkan dalam runtuhan di tapak khemah ini
Mangsa berjalan keluar selepas diselamatkan
Inilah tapak perkhemahan yang ditimpa tanah runtuh pada ketinggian 30 meter pagi tadi
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.
Dalam perkongsian terkini di fb Bahagian Operasi JBPM, Komander operasi memaklumkan terdapat 28 orang mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat. Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih hilang sedang giat dijalankan.
Ads
Ads
Ads
Sekitar jam 3.33 minit pagi tadi dimaklumkan Jalan Batang Kali – Genting tidak boleh dilalui semua kenderaan. Berdekatan Selekoh Ais Krim KM15 ada tanah runtuh menutup kedua-dua arah naik dan turun.
Bagi yang bakal merancang perjalanan bercuti ke lokasi popular ini agar lebih berwaspada kerana segalanya mungkin terjadi tambah-tambah masa kini hari hujan.
Didoakan agar mangsa yang tertimbus dalam diselamatkan dengan segera.
Ibu tertua di dunia. Dia pernah diberi gelaran ini kerana melahirkan bayi kembar ketika berusia 70 tahun. Tak dapat bayangkan bagaimana dia mampu uruskan anak-anak kecil dengan faktor usianya itu.
Kalau orang tak tahu, mesti akan beranggapan itu adalah cucunya. Sedih pun ada bila memikirkan dengan usia begini sepatutnya berehat, sebaliknya dia masih lagi huru hara uruskan anak yang tengah membesar untuk ke sekolah dan sehari-hari.
Pada tahun 2008, Omkari mengegarkan duni dengan melahirkan sepadang bayi kembar ketika berusia 70 tahun. Oleh kerana mahukan anak lelaki, dia hamil melalui proses IVF kerana Omkari dan suaminya Charan, berusia 89 tahun.
.
Keluarganya sanggup menjual kerbau dan sawah dan mengeluarkan duit tabungan, bahkan membuat pinjaman sehinggakan keputusan mereka untuk mempunyai anak di usia tua menimbulkan tanda tanya kerana faktor usianya.
“Aku ingin melahirkan anak lelaki seperti kebanyakan ibu yang lain. Tanpa ada anak lelaki, seoalh tiada makna dalam kehidupanku. Lagi pun, siapa yan akan mewarisi rumah ini jika aku tiada,” katanya.
Sayangnya, salah satu anak kembar perempuan, Basaat meninggal ketika berusia 4 tahun. Manakala lelaki kembarnya, Akashvani sihat dan telah pun bersekolah.
Seperti anak-anak lain, Akashvani sangat aktif, ini membuatkan Omkari yang sudah berusia agak susah untuk menjaganya
“Aku sukar untuk mandikan dia, masalah untuk memakaikan pakaian untuknya dan berlari sana sini ketika suapkan makan,” katanya.
.
Walaupun nampak sukar tapi dia gembira dan bahagia kerana dikurniakan seorang anak lelaki di usi tuanya. Kehadiran anak inilah menjadi dambaan buat keluarga. Sebelum ini, Omkari dan suami mempunyai dua orang anak perempuan yang berusia 50 tahun.
“Aku sangat bahagia menjadi ibu kepada anak yang berusia 6 tahun,” katanya.
.
Antara Omkari dan anak bongsunya itu umpama seperti nenek dan cucu Namun, dia tidak risau kalau ditakdirkan dia dan suaminya tiada kelak. Nenek kepada 5 orang cucu ini mengharapkan dua orang kakak perempuan Akashvani untuk menjaganya.
.
“Aku sangat berharap agar dipanjangkan umur dan mampu melihat dia kahwin kelak,” katanya.
Mingguan Wanita : Walaupun struggle tapi dia bahagia menjaga satu-satunya pewaris dalam keluarga.
Sesungguhnya ajal maut dan jodoh ketentuan tuhan. Sepasang suami isteri berusia 100 tahun di Amerika Syarikat (AS) yang telah berkahwin selama hampir lapan dekad, meninggal dunia selang beberapa jam sambil berpegangan tangan, lapor akhbar Metro UK semalam.
Hubert dan June Malicote bertemu di sebuah gereja di Hamilton, Ohio pada 1941 sebelum mendirikan rumah tangga dua tahun kemudian.
Mereka meninggal dunia selang 20 jam pada 30 November dan 1 Disember lalu di pusat jagaan Hospis Hamilton.
“Hubert mendahului June dalam kematian selang hanya beberapa jam sekali gus menandakan berakhirnya kisah cinta mereka selama 81 tahun,” demikian obituari mengenai kematian mereka.
Pasangan itu meraikan Hari Kesyukuran sehari sebelum cuti dengan menganjurkan pesta piza untuk seluruh keluarga mereka.
Anak lelaki mereka, Sam Malicote, 76, memberitahu akhbar Dayton Daily News bahawa ‘semuanya baik-baik sahaja’.
Akan tetapi, June jatuh sakit pada malam itu dan dibawa ke rumah jagaan oleh anak perempuannya, Jo Malicote, 70. Hubert melawat isterinya selepas Hari Kesyukuran dan jatuh sakit.
Hubert turut dimasukkan ke pusat jagaan dan ditempatkan di dalam bilik yang sama dengan June. Kedua-dua mereka tidak sedarkan diri.
Hubert meninggal dunia pada 9.15 malam (waktu tempatan) dan diikuti June pada 5.40 petang (waktu tempatan).
Pasangan itu telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-79 awal tahun ini. June berusia 100 tahun pada 13 Julai dan diikuti suaminya 10 hari kemudian.
Pasangan itu meninggalkan tiga anak iaitu Jo, Sam dan Theresa McBride, 68, selain tujuh cucu dan 11 cicit.
Mingguan Wanita:Bukan mudah untuk mengekalkan usia perkahwinan bertahun lamanya.Akhirnya cinta hingga ke hujung nyawa apabila masing-masing menemui ajal, hanya selang beberapa jam.
“Tanpa AZIZAH Di Sisi, Tidak Mungkin Saya Mampu Menggalas Amanah Yang Cukup Berat Saat Ini”
3 Disember lepas merupakan ulangtahun kelahiran Dato Seri Dr Wan Azizah Ismail ke-70. Ramai yang memberi ucapan dan doa sebagai tanda ingatan buat bekas Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama Malaysia ini.
Namun demikian, ucapan Hari Jadi daripada Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini kepada isteri tersayang cukup menyentuh hati.
Ramai mengetahui pengorbanan dan penjalanan getir yang Dr Wan Azizah harus lalui sepanjang 42 tahun pasangan ini mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 6 orang cahayamata.
“Seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti. Seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.”
“Saya sentiasa bersyukur. Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindunganNya.
Happy birthday!
Terdahulu, sempena ulangtahun kelahiran beliau, Dr Wan Azizah ada meminta supaya tidak memberikan sebarang hadiah mahupun cenderahati kepadanya sebaliknya memadai hanya titipan doa dan amal jariah buat beliau.
Mingguan Wanita: Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-70 buat isteri Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini. Disebalik kejayaan suami, berdirinya seorang isteri yang teguh dan setia di sisi suami.