petua cantik

Sebenarnya, waktu kulit wajah tengah eloklah lagi nak dijaga. Kalau dibiarkan je tak terjaga, jangan nanti gundah gulana pulak, bila lihat kulit wajah mulai tampak kusam, tak berseri, ada garisan halus, parut jerawat dan jeragat pula jelas kelihatan. Semuanya salah sendiri.

Nak jaga kulit wajah tak susah mana.Wajah boleh kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi. Lagi pula, tiada jalan ‘shortcut’ nak nampak cantik. Nak cantik memang wajib kena USAHA macam-macam cara yang serasi dan paling penting kena rajin. Ikut petua lengkap penjagaan wajah ini.

1.BUAH Timun Sebagai Pencuci Muka

Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan dari buah timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.

Caranya:

Hanya perlu kisar buah timun dan masukkan sedikit air. Cuci muka seperti biasa dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Kulit wajah rasa lebih bersih, segar dan sejuk dengan pati buah timun tersebut.

2.BUAH Tomato Sebagai Toner (Penyegar)

Buah tomato bertindak sebagai skin toner atau penyegar wajah. Buah Tomato mampu membantu merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Caranya:Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.

3.BUAH Lemon Sebagai Masker Kurangkan Parut

Buah Lemon miliki khasiat tersendiri untuk kecantikan wajah. Enzim didalam jus lemon membantu membuang sel-sel mati pada kulit secara tak langsung mengurangkan warna parut ,melembutkan serta melicinkan kulit wajah. Jus buah lemon ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Caranya:Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

4.BUAH Sengkuang Untuk Lembabkan & Cerahkan Wajah

Masalah kulit wajah kering dan tona warna gelap tidak sekata boleh diatasi dengan menggunakan buah sengkuang.Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan bintik hitam (blackhead), sengkuang juga dapat menegangkan kulit agar kelihatan awet muda.

Caranya:Kupas buah sengkuang (pilih buah yang bersaiz kecil) kemudian parut dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bersihkan dengan air. Lakukan satu atau dua kali seminggu.Hasilnya kulit wajah lebih lembab dan jadi lebih cerah.

5.BUNGA Mawar Untuk Hilangkan Lebam Bawah Mata

Bunga mawar tinggi kandungan vitamin C. Ia dapat mengatasi kekeringan dengan melembapkan kulit dan mengatasi kulit yang kemerahan akibat terdedah dengan sinaran matahari. Mawar juga berfungsi untuk mendinginkan kulit, mengecilkan pori-pori dan paling penting mampu menyamarkan lingkaran hitam dibawah mata.

Caranya:Rendam lebih kurang 8 kelopak bunga mawar dalam 3-4 sudu air selama 2-3 jam. Kemudian hancurkan kelopak bunga mawar tersebut di dalam air rendaman dan tambah 3 sudu madu. Campurkan hingga sebati dan sapukan pada seluruh muka. Biarkan selama 15-30 minit. Bilas dengan air sejuk.

6.”Radzell Intensive White Radiance”

Memahami, keadaan wanita masa kini yang sentiasa sibuk dan tak berapa nak rajin nak buat rawatan kecantikan sendiri menggunakan bahan-bahan semula jadi. Jangan bimbang “Radzell Intensive White Radiance” membantu wanita atasi masalah ini dan miliki kesan yang sama bagaikan membuat rawatan semulajadi.

Ini kerana “Radzell Intensive White Radiance” merupakan produk kecantikan yang diformulasi dari ekstrak bunga-bungaan & buah-buahan bagi wanita yang inginkan kulit yang gebu, anjal serta putih berseri.

Seindah namanya “Radzell” yang bermaksud “kecantikan”. Produk ini diakui mampu menyerlahkan lagi kecantikan wanita agar tampil menawan dan berseri-seri setiap hari. Ia dapat menaikkan keserian wajah seawal 14 hari dan melembapkan kulit sehingga 24 jam.

Di dalam set lengkap ini mempunyai (5) lima produk iaitu Intensive Facial Cleanser (100ml), Intensive Astringent Toner (100ml), Intensive Day Cream (30gm), Intensive Brightening Serum (30ml), Intensive Night Repair Cream (30gm).

Radzell Intensive White Radiance Set:

Mencerahkan kulit dan merawat kulit wajah
Meratakan tona kulit wajah
Menghilangkan pigmentasi, bekas jerawat dan jeragat
Meningkatkan keanjalan kulit
Menghindratkan dan melembutkan kulit
Memperbaiki sel kulit yang rosak
Mengurangkan garis halus di wajah
Mengecilkan liang-liang pori
Mengecutkan jerawat
Menggunakan “bio based natural skin moisturiser” yang dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.

Namun yang paling penting produk ini dijamin selamat digunakan dan telah mendapat lulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Boleh dapatkan maklumat lanjut;

Radya Beauty & Cosmetics
Hotline: 011-1002 8582
Website: www.radzell.com.my