5 petanda produk kosmetik rosak, hati-hati ye takut kulit rosak.

Produk kosmetik pun ada tempoh jangka hayat. Biasanya jangka hayatnya dari satu ke dua tahun. Namun ada juga kes di mana produk menjadi rosak akibat persekitaran dan penyimpanan yang tidak betul.

Bagaimana nak tahu produk yang digunakan sudah tidak elok atau rosak? Khas untuk pembaca Mingguan Wanita, Min kongsikan tip petanda produk kosmestik rosak. Jom semak!

  1. Produk Kosmetik Berbau

Kebanyakan produk mengandungi pewangi. Jika produk seakan hilang bau-bauan, itu tanda-tanda awal produk tersebut menghampiri tarikh luput. Jika terdapat bau-bauan yang kurang enak seperti masam, jangan berfikir dua kali. Buang sahaja produk tersebut kerana sah ia memang rosak.

Walaupun mungkin belum masanya tarikh luput, anda tetap perlu membuang produk yang berbau. Ini kerana, produk tersebut mungkin rosak akibat pendedahan berterusan atau cara penyimpanan yang salah. Jangan pula sayang duit dan terus menggunakan produk ini kerana mahu berjimat. Penggunaan produk yang rosak boleh menyebabkan alahan kepada kulit dan paling menakutkan berlaku jangkitan kuman. Saat itu, kesihatan juga boleh terjejas.

  1. Tekstur  Produk Kosmetik Berubah

Jika teksturnya berubah menjadi lebih pekat atau cair, gantikan dengan produk yang baru. Ini petanda produk itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Jika berdegil, kulit anda akan mengalami iritasi yang serius. Perubahan tekstur merupakan tanda-tanda emulsion instability iaitu situasi di mana minyak dan air yang seharusnya bersatu menjadi terpisah.

IKLAN
  1. Perubahan Warna

Tidak dinafikan terdapat produk yang sensitif dengan pendedahan cahaya terutama dalam pembungkusan lutsinar.  Lantaran, jika terdapat sedikit perubahan warna produk ini, ia adalah wajar.

Tetapi jika perubahan warna terlalu ketara, lebih baik anda lupakan sahaja. Misalnya rona gincu bibir yang merah menyala bertukar menjadi coklat. Perubahan sebegini menandakan ada sesuatu yang tidak kena dengan produk tersebut.

Baca sini

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

https://www.mingguanwanita.my/ini-caranya-tanpa-perfume-pun-sebenarnya-wanita-tetap-boleh-kekal-wangi-sepanjang-hari/

IKLAN
  1. Berkulat

Teliti barangan kosmetik anda, andai ada tanda kulapuk atau kulat di bahagian atas, sisi mahupun bawah. Itu petanda barang tersebut mempunyai bakteria.

Jangan direnung-renung lagi, buang sahaja untuk keselamatan anda. Untuk makluman, barang kosmetik tidak boleh dicuci dengan air, ia akan merosakkan bahan pengawet. Akibatnya, bakteria akan menyerang dan merosakkan produk tersebut.

  1. Berlapis

Perhatikan produk anda sebelum menggunakan, jika terdapat lapisan seperti kek. Berhati-hatilah, anda mungkin akan mengalami iritasi yang meninggalkan parut.

Lapisan ini menandakan produk tersebut sudah rosak dan segala khasiat yang terkandung di dalamnya tiada manfaatnya lagi. Malah ia boleh memudaratkan kulit anda.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI