Kalau tetiba tengok wanita sentap, itu maknanya anda ada terlepas beberapa tanggung jawab yang penting patut anda tunaikan. Haa… bukan buat-buat saja buat ya, tetapi pasti ada sesuatu!
Cukup sukar untuk lelaki fahami kehendak sebenar seorang wanita tetapi sebenarnya ada beberapa tip mudah untuk anda elak daripada ‘meragut’ emosi wanita tersayang setiap hari…
1. Lupa tarikh penting
Jangan bagi alasan anda terlalu sibuk urusan kerja jika anda lupa bab tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir anak, hari lahir isteri dan sewaktu dengannya. Perempuan yang memahami tidak meminta hadiah yang mahal-mahal, tetapi mencukupi jika lelaki mahu mengingati momen terindah.
Malah zaman makin maju, anda boleh terus guna nada peringatan di telefon masing-masing. Lagi senang, terus bulat dan catat besar-besar di kalendar.
2. Berkira duit
Mungkin tidak semua, tetapi memang wujud jenis sebilangan lelaki yang terlalu berkira dengan adik-beradik pasangan. Bukan tidak mampu berkongsi, mungkin kerana terlalu cermat. Cuba ubah, sesekali belikan hadiah buat keluarga pasangan. Mesti hati pasangan lebih senjang dan bertambah sayang.
3. Balik lambat
Lewat mana mahu pulang mungkin isteri tidak kisah kalau segala yang diperlukan sudah disediakan oleh lelaki. Dan pastikan perempuan tidak keseorangan di rumah. Kalau tidak, anda juga yang rimas. Kejap-kejap sampai mesej atau mungkin panggilan telefon setiap setengah jam. Tetapi jika dapat isteri jenis tidak kisah, jangan pula lelaki ambil kesempatan balik lewat hingga ke pagi. Hidup berumahtangga kena fikir soal tanggungjawab dan keselamatan isteri.
4. Bohong dan alasan
Ramai lelaki yang pilih jalan untuk menjaga hati orang yang disayangi sehingga masuk kes menipu. Ya, bukan niat hendak berbohong, tetapi jalan ini undang kemarahan perempuan dua kali ganda.
Apa salahnya jika berterus terang walau terpaksa dengar bebelan perempuan. Perlu anda tahu, wanita bebel adalah sebab prihatin dan sayang!
5. Abai nafkah
Tidak romantik mungkin tidak mengapa. Namun jangan pula lelaki abaikan nafkah kepada perempuan bergelar isteri. Mungkin wanita yang sayangi bekerja, tetapi nafkah tetap wajib berjalan seperti biasa, ya. Rujuk sini:
SOAL WAJIB MEMBERI NAFKAH
Kewajiban menafkahi sebab pernikahan
Seorang laki- laki jika menikahi seorang wanita, maka wajib baginya memberinya nafkah, hal ini didasari oleh beberapa hal:
– Allah berfirman:
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ
‘’Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya dengan cara yang ma’ruf.’’ (QS.Al-Baqarah 228)
-Ibnu Katsir berkata,’’maksudnya, para isteri mempunyai hak diberi nafkah oleh suaminya yang seimbang dengan hak suami yang diberikan oleh isterinya, maka hendaklah masing- masing menunaikan kewajibannya dengan cara yang makruf, dan hal itu mencakup kewajiban suami memberi nafkah isterinya, sebagaimana hak- hak lainnya .’’ (Tafsir al-Qur’anil Adhim 1/272)
-Rasulullah bersabda;
وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
‘’Dan mereka (para istri) mempunyai hak diberi rizki dan pakaian (nafkah) yang diwajibkan atas kamu sekalian (wahai para suami).’’ (HR. Muslim 2137).
Para ulama bersepakat atas kewajiban seorang suami memberi nafkah isterinya, seperti yang dikatakan oleh Ibnul Mundzir, Ibnu Hazm, Ibnu Qudamah dan lainnya.
Catatan:
Tidak menjadi suatu kewajiban seorang suami, jika isteri menolak, atau keluarga wanita tersebut menghalangi suami untuk mendekati dan berhubungan dengan isterinya, hal itu lantaran kewajiban suami memberi nafkah sebagai timbal- balik dari manfaat yang diberikan si isteri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI