5 Benda Sweet Ni Isteri Nak Sangat Suami Buat, Tak Dapat Sejam Seminit Pun Bahagianya

Seorang isteri tak pernah pun harapkan suami dia hadiahkan bulan bintang atau matahari untuk gembirakan hati dia. Cukuplah jika suami dapat buat benda-benda kecil lagi simple, tapi dapat menyentuh hatinya dengan bahagia.

Nama pun benda-benda kecilkan. Jadinya apa yang isteri harapkan tu tak adalah susah mana. Tapi selalu sangat suami buat-buat tak faham.

Kenapa ya? Ke sebab bila dah lama kahwin suami rasa dia dah memiliki isterinya. So, dah jadi benda biasa. Tak mencabar minda dah kat dia. Isk! Isteri bukan barang mainan bang oii!

Haa.. apa sebenarnya yang isteri nak tapi suami jual mahal sangat nak bagi tu. Cer tengok sini. Moga suami sedarlah isi hati seorang isteri tu sebenarnya tak rugi pun kalau ditunaikan.

Pertama : Lepas Makan Boleh Tak Angkat Dan Tolong Basuh Pinggan

Tak suruh kemas meja pun. Cuma nak minta angkat pinggan dan basuh. Kalaulah berkira nak basuh pinggan satu keluarga. Dapat basuh pinggan sendiri pun dah cukup bagus. 

Tak sampai sejam kan? Seminit pun dah cukup. Susah sangat ke bang! Bukan suruh pergi berperang pun.

IKLAN

Kedua : Masukkan Kain Dalam Mesin Basuh, Putar, Bila Selesai Tolonglah Sidai

Benda yang paling sukar dan stress untuk orang perempuan adalah lipat kain. Basuh baju tu memang tak susah. Tapi bila suami bantu sidai, dia punya rasa bahagia kat orang rumah lain macam tau.

Tak suruh pun lipat baju-baju tu. Sebab bila isteri sendiri pun rasa seksa apa lagilah suami. Sidai baju pun tak ambil masa lama. Kejap giler sebenarnya. Yang lama tu, nak tunggu mesin berhenti. Ni kalau guna mesin autolah. Haa.. baju pun mesin yang basuh. Tinggal Sidai je bang.. lama ke?

Ketiga : Time Isteri Nak Makan Kat Kedai Tu, Cer Pegang Baby Tu

Aduhai ni lagi satu masalah orang laki. Bila kat kedai makan dia boleh lupa yang dia ada baby. Sedaplah dia makan, terkulat-kulatlah isteri tu tengok.

IKLAN

Order lak sekali harung dengan anak- anak yang lain. Dah anak pun nak. Isteri yang ada baby nih jagalah si kecik. Bila dah selesai, tinggal sisa je untuk isteri. Sedihnya.. tapi isteri tak bagitau pun perasaan dia. Dia pendam je dengan harapan suami faham. Faham ke?

Keempat : Bila Jalan Kat Pasaraya Tu, Jalanlah Beriringan Bukan Sebatu Tinggal Isteri Kat Belakang

Ya ampun.. mentang-mentang anak dah berderet, isteri kau sejenis badan dah berisi. Kau pun bang.. laju semacam je kau jalan kan.

Macam orang bujang pulak. Peganglah tangan isteri tu. Nanti anak-anak pun seronok dan kadang terkekek-kekek tengok mak dan ayahnya bermanja mesra gitu.

IKLAN

Bukan apa, nanti bila anak-anak tengok kemesraan mak ayah ni. Diaorang pun layan isteri diaorang baik-baik. Tak gitu bang!

Kelima : Jangan Malu Nak Peluk, Cium Atau Usap Kepala Isteri

Bila dalam rumah, nampak isteri tengah basuh pinggan, dakaplah dia dari belakang. Tapi kena tengok mood dia juga. Kalau tengah merajuk or marah, jangan buat giler macam tu bang.. melayang kang pinggan mangkuk tu.

Time senggang-senggang tu beromantik-romantiklah dengan isteri. Kadang isteri tu awak kata, “Sedap awak masak hari ni. Inilah buat abang sayang.” Cukup! Dah boleh buat dia bahagia berminggu-minggu bang oii.

Itulah saja antara benda sweet yang Mingguan Wanita nak kongsi dengan abang-abang di luar sana. Ini cuma sebahagian kecil. Yang selebihnya, anda dan isteri jugalah yang lebih memahami.

Lagipun, semakin lama menjadi pasangan suami isteri sepatutnya anda dah tahu apa yang pasangan suka dan tak suka. Tapi janganlah ‘take for granted’ ya. Sebab cara ini, akan buat salah seorang dari anda makan hati. Bab makan hati nanti kita cerita tang lain pulak no.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI