4 tahun tunggu peluang ini, remaja disleksia galas cabaran julang nama negara di Sukan Olimpik Khas Dunia, Berlin
Bukan mudah tapi perlu menanti empat tahun sebelum impian ini menjadi nyata. Inilah kegembiraan dan keterujaan dirasai oleh atlet istimewa ini. Terpilih menggalas menjulang nama negara, Nur Ameer berkata beliau berasa teruja kerana impian untuk mewakili negara dalam Sukan Olimpik Khas Dunia sudah diimpikannya sejak empat tahun lalu.
4 Tahun Tunggu Peluang Ini
Atlet istimewa yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran itu mengakui berasa gementar tatkala membawa nama negara ke temasya dunia namun, beliau berharap akan mampu mempamerkan aksi terbaik bagi acara acara larian 100 meter (m), 4×100 m dan lompat jauh yang disertainya.
“Saya bersyukur dan terharu atas peluang yang diberikan untuk membawa nama negara dalam Sukan Olimpik Khas Dunia itu nanti.
“Sejak tahun lalu saya sudah menjalani rutin latihan bersama jurulatih, S. Manogaran dan insya-Allah saya yakin akan melakukan sehabis baik untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
“Peluang ini sudah lama ditunggu dan saya akan buktikan demi mengharumkan nama negara,” katanya yang menjadikan atlet sensasi dunia Usain Bolt sebagai idola sebelum berlepas ke Berlin.
Remaja Disleksia Galas Cabaran Julang Nama Negara Di Sukan Olimpik Khas Dunia, Berlin
Inilah semangat ditunjukkan oleh Nur Ameer tatkala ditemui di majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet kelainan upaya intelek (ID) yang berlepas ke Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin 2023 yang turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyerahkan bendera negara buat kontinjen negara.
Ads
Bertempat di kampus Sunway University di Bandar Sunway, seramai 16 orang atlet kelainan upaya (OKU) telah diraikan dengan panji bendera dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan atlet, jurulatih dan para penaja mereka sebelum membawa cabaran negara ke temasya yang akan berlangsung dari 17 hingga 25 Jun itu.
Dalam pada itu, syarikat telekomunikasi terkemuka negara, U Mobile menjadi penaja utama pasukan Sukan Olimpik Khas Malaysia sebagai tanda kebanggaan dan sokongan buat para atlet negara yang bertanding di kejohanan ini.
Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian tampil mengucapkan selamat bertanding kepada pasukan Malaysia pada temasya kali ini dan berharap agar kerjasama yang terjalin ini akan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai atlet kurang upaya intelek (ID) yang mempunyai keupayaan luar biasa.
Ads
Menyedari pentingnya semua ahli pasukan dan pegawai saling berhubung dengan orang tersayang, kita menyediakan langganan postpaid untuk kesemua yang berangkat menjulang nama negara ini,” jelasnya.
Sukan Olimpik Khas Dunia merupakan temasya sukan khusus bagi orang kurang upaya (OKU) yang mempertandingkan 26 acara termasuk badminton, olahraga, boling dan berbasikal.
Atlet Olimpik Khas Malaysia akan bersaing dengan 7,000 atlet dari 190 negara dalam enam acara sukan iaitu renang, bocce, badminton, olahraga, pingpong dan boling.
Selain Ameer, seramai 15 lagi atlet OKU Malaysia yang lain akan membawa cabaran negara dalam enam acara sukan termasuklah olahraga, renang, badminton, pingpong, boling dan bocce.
Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Banjir kilat yang berlaku di Yan, Kedah turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ini doa abah buat semua mangsa.
Bukan sedikit yang terjejas dengan kejadian banjir kilat di Yan , Kedah ini, malahan sehingga meragut nyawa dan masih hilang belum ditemui.
Ini Doa Abah Untuk Semua
Kongsinya di Facebook, “Saya mengikuti secara dekat bencana banjir kilat yang melanda beberapa buah kampung di daerah Yan, Kedah dipercayai kesan daripada fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai petang tadi (semalam).
Saya berharap kerajaan negeri Kedah serta agensi-agensi berkaitan dapat menggerakkan segera semua bentuk bantuan kepada penduduk di kampung-kampung yang terlibat dalam bencana ini. Keselamatan dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.
Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta APM telah melakukan operasi menyelamat dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan bencana terjamin.
Semoga tugas-tugas pasukan keselamatan ini dipermudah manakala penduduk yang terjejas serta terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara disediakan bantuan dan perlindungan sewajarnya, dengan selamat dan teratur terutamanya ketika dalam situasi pandemik COVID-19.” luahnya.
Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, turut mengesahkan seorang lelaki berusia 60 tahun yang identitinya belum dikenal pasti meninggal dunia, manakala seorang lagi masih hilang susulan kejadian terbabit.
Rentetan itu, kerajaan negeri membuka pusat pemindahan sementara bagi menempatkan mangsa banjir kilat Yan yang akan dibahagikan kepada tiga kategori, membabitkan mangsa positif COVID-19, dikuarantin dan sihat.
Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai, petang semalam, umpama ‘tsunami’ kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.
Dikatakan kejadian banjir ini berpunca dari hujan lebat berterusan di kawasan Gunung Jerai dengan air mengalir laju turun ke kaki gunung dan masuk ke Sungai Kunyit, Sungai Teroi dan Sungai Puteri Mandi.
Mingguan Wanita : Semoga mangsa banjir kilat di Yan, Kedah dipermudahkan urusan dan tabah melalui bencana ini. Kejadian yang berlaku sekelip mata ini bukan hanya menjejaskan harta benda, malahan juga emosi.
Alhamdulillah… sumbangan orang ramai untuk membantu adik Muqri menjalani pembedahan secepat mungkin akhirnya sudah mencukupi.
Kalau tengok keadaan adik ini waktu terjatuh apabila diserang sawan, memang rasa sedih. Cukup berharap agar dia kembali sihat dan cepat pulih seperti biasa.
Dan akhirnya dengan izin Allah, semalam dapat berita gembira jumlah yang diperlukan sudah mencukupi pada jam 8 malam.
Segala puji bagi Allah! Tahniah and Thankyou sooo soo much kepada yang sebab bantu memberi sumbangan wang, repost posting mohin bantuan dan bantu doa kerana jam 8 PM tadi telah tercapai target 30k collection untuk baby Muqri .. sekali lagi semoga amalan kita di terima Allah swt. Bawah ni satu posting dari sorang sahabat kepada ayah baby Muqri di facebook. Thank you so much korang!! ❤ u all!! Mana yg dah post kat social media boleh delete balik ok?
@mirajamaljaykay
Thankyou mira!!
BERITA GEMBIRA
Syukur ya Allah atas segala pemberianMu
Tuan tuan dan puan puan,dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa target kutipan rm30k bagi pembedahan anak kawan saya,Muqri bin Mohd Moses Dzulkarnain telah tercapai jam 8 malam tadi.
Sumbangan Dah Cukup
Saya dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan ikhlas tuan tuan dan puan puan bagi membantu Moses dan isterinya Ili Farhana menguruskan urusan pembedahan anak kesayangan mereka Muqri.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga pembedahan Muqri berjaya dan dia membesar menjadi anak yang soleh dan mampu berbakti kepada masyarakat satu hari nanti.
Saya bagi pihak Mohd Moses Dzulkarnain Mohd Rashid aka Musa Rasid dan Ili Farhana Mohd Zarafi dengan penuh rendah diri memohon dihalalkan segala pertolongan yang diberi.
Allah sahaja yang membalas jasa kalian.Allah sahaja yang mampu.
Allahuakbar!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dari semalam trending betul ‘sup bunjut’ gara-gara scene drama Nur yang mana Ecah (lakonan Noorkhiriah) menuduh Nur menyihir keluarganya dengan sup bunjut. Bukan main ya kamu Ecah, sampai sup bunjut pun tak kenal. Dikatanya sihir pulak.
Tiba-tiba pula MW rasa nak imbas balik pasal sup bunjut ini. Sebab sesetengah suri akan gunakan sup bunjut dalam resepi sup mereka. Kalau tak ada sup bunjut ini rasa tak kick langsung. Walhal sebenarnya boleh saja. Asalkan tahu caranya.
Resepi sup ini pun salah satu hidangan yang boleh buat suami dan anak-anak bahagia. Lagi-lagi bila dinikmati di malam hari. Boleh hirup kuahnya buat panaskan badan. Sebab rempah ratus yang ada dalam sup banyak khasiat untuk tubuh.
Kalau tak, takkan bila anak demam mak-mak gigih usaha sediakan chicken broth atau sup tulang ayam untuk legakan dedar badan anak.
Rahsia Sup Bunjut Mak-mak Kena Tahu
MW googlelah tentang sup bunjut ini apa yang istimewa sangat sampai kalau tak ada tak boleh jadi sup ini. Haa.. ini yang MW jumpa.
Dalam blog la-abwa, pemiliknya membongkar ramuan yang ada dalam sup bunjut itu. Ramuan rempah ratus yang dibunjut dalam kain putih dan diikat rapi ini rupanya adalah ramuan biasa yang ada dalam dapur mak-mak.
“Bezanya sup bunjut itu dah dipecahkan atau ditumbuk kasar untuk memberikan bau yang lebih beraroma” Harga jual sebungkus sup itu pun dah mencecah RM1 lebih sekarang ini.
Ini Ramuan Sebenar Dalam Sup Bunjut
Menurut blog la-abwa lagi isi ramuan rempah dalam sup bunjut yang dah dibongkar itu ada :
Rempah biji – sesudu Bunga lawang – 2 ruas Jintan manis -secubit Bunga cengkih – 2 ke 3 kuntum Kulit kayu manis (tak sampai 1/2 inci) lada hitam – 5 ke 6 biji Kain putih 2 inci persegi.
Isi rempah ini sebenarnya bergantung ikut jenama. Ada sesetengah yang dilebihkan kayu manis dan sesetengahnya tidak.
Jadi mak-mak, kalaulah tak ada sup bunjut di dapur itu sebenarnya masih bolehkan buat resepi sup tanpanya.
Resepi Mudah Sedap Nak Masak Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut
Resepi sup ayam ini memang mudah sungguh nak disediakan. Memang selalu buat cara ini pun. Sesuai sangatlah untuk mak-mak yang kesibukan mengejar waktu itu
Bunga lawang Kayu manis Buah pelaga
*3 rempah ini bersihkan dan rendam dalam air panas dalam 5 minit. Nanti airnya bertukar warna ikut color rempah itu.
Halia – hiris Bawang merah – hiris Bawang putih – hiris Ayam (kalau campur tulang/kaki ayam lagi best) – bersihkan potong kecil
*Sukatannya ikut mak-maklah ya.
1. Sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan rempah bunga yang direndam. Ambil rempahnya saja. Airnya tinggalkan dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan rempah hiris. Tumis sampai naik bau, masukkan ayam. Kecikkan api tutup periuk. Biar ayam sedikit empuk dan sebati dengan bau rempah.
3. Bila dah empuk masukkan air dari mangkuk rempah dan tambahkan air untuk sup. Masukkanlah perasa dan garam secukupnya.
4. Nak campur bahan lain macam tomato pun boleh. Biarkan sampai mendidih dan kuat pekat. Rebus lama sikit, biar sampai keluar kolagen dalam ayam tu. Taburkan daun sup. Siap.
Kredit : vanillaessen.blogspot.com
Cara Buat Sup Bunjut Homemade
Katakan mak-mak nak juga guna sup bunjut. Haa.. ini cara nak buat sup bunjut sendiri dekat rumah. Boleh buat siap-siap banyak-banyak. Nanti bila nak masak sup masukkan saja. Haa ini yang dikongsikan blog vanillaessen.
Bahan A
1 kulit kayu manis 1 bunga lawang 3 bunga cengkih 3 buah pelaga
Bahan B
1 sudu besar ketumbar 1/2 sudu the jintan putih 1/2 sudu the lads putih 3 keping kelopak bunga lawang Sedikit buah pelaga yang dipecah-pecahkan Secubit mustard seed (biji sawi) Secubit biji poppy juga dikenali dengan nama kas kas 1/2 sudu the jintan manis
*Pecahkan bahan B tak perlu hancur sangat. Masukkan dalam kain kasa, ikat dengan benang dan siap untuk digunakan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.