menu-sahur-diet

Selain mendapat ganjaran pahala yang besar, bersahur sangat penting untuk membantu memberikan tenaga dalam mengerjakan ibadat puasa pada siang hari. Buat wanita dan mak-mak yang pasang impian nak turunkan berat badan dan dapat berat ideal ketika raya nanti boleh cuba amalkan menu sahur diet sihat yang dikongsikan oleh Aizat Razak ini.

Lelaki ini banyak berkongsi berkaitan Tip Resipi Diet Sihat untuk turunkan beratkan badan dan capai berat badan yang ideal.

Menu Sahur Diet Yang Sihat

Berikut perkongsiannya sebagai panduan;

MASIH KELIRU APA MENU SAHUR YANG SIHAT DAN BANTU KURANGKAN BERAT?

Tadi sahur apa tu? Masih ‘confuse’ nak sahur sihat macam mana?

Atau terlepas sahur ni?

Ramai yang selalu buat keputusan tak sahur sebab malas nak masak atau makan yang berat-berat.

Tahukah anda, sahur yang sihat membantu kita lebih bertenaga dan tidak penat pada siang hari?

Saya kongsikan 4 set menu sahur yang boleh diamalkan untuk kempiskan badan anda raya ini.

SET SAHUR 1:

Buat peminat oat, dan yang tiada masa nak masak, sebelum tidur kita boleh sediakan dulu:
1. 3 sudu besar membukit Oat
2. 1 kotak kecil susu lowfat
3. Masukkan oat, susu, 2 biji kurma dan buah-buah lain
4. Air buah tanpa gula dan jangan ditapis ya..baru dapat nutrisi

4 Set Menu Sahur Diet Sihat Boleh Kempiskan Badan Raya Nanti

SET SAHUR 2:

Untuk mereka yang bujang dan bangun sahur lagi 10 minit nak imsak
1. 2 keping roti bersama selapis peanut butter
2. 2 biji Kurma
3. Air buah tanpa gula dan jangan ditapis ya..baru dapat nutrisi

4 Set Menu Sahur Diet Sihat Boleh Kempiskan Badan Raya Nanti

SET SAHUR 3:

Ok ini pula untuk mereka yang tiada blender, dan bangun 5 minit lagi nak imsak.
1. 2 keping biskut krim crackers
2. 1 biji epal
3. 2 biji kurma
4. 1 susu kotak kecil susu rendah lemak.

4 Set Menu Sahur Diet Sihat Boleh Kempiskan Badan Raya Nanti

SET SAHUR 4:

Ok ini pula untuk mereka yang nak juga makan nasi.
1. Segenggam Nasi
2. Ayam bakar
3. Salad
4. Air buah tanpa gula dan jangan ditapis ya..baru dapat nutrisi.

Baca juga : Ikut menu sahur berbuka ini, confirm berat turun sepanjang berpuasa.

4 Set Menu Sahur Diet Sihat Boleh Kempiskan Badan Raya Nanti

Jadi pilihan ditangan anda.

Kenapa digalakkan minum air buah, sebab tinggi fiber dan lebih kenyangkan lagi kita dan beri lebih tenaga sepanjang hari..

Jadi pilihan menu dah ada. Masih belum terlewat untuk sahur dengan sihat sampai hari terakhir nanti.

Selamat berpuasa semua!

Aizat Razak
Lelaki yang suka sahur dengan makanan yang sihat

Semoga perkongsian ini bermanhfaat!. Buat wanita yang nak turunkan dan dapat berat badan ideal sewaktu raya nanti, bolehlah amalkan menu diet sihat ketika bersahur ini. Cukup mengenyangkan, kekal bertenaga sepanjang hari malah boleh dapat berat badan yang diimpikan jika diamalkan secara konsisten!

Sumber: Tip Resipi Diet Sihat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI