Ikut Menu Sahur & Berbuka Ini, Confirm Berat Turun Sepanjang Berpuasa!

Menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan adalah wajib kepada semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya.

Namun tidak dapat dinafikan ada antara kita yang mengambil peluang berpuasa ini untuk mengurangkan berat badan.

Jika anda antara mereka yang mahu mengurangkan berat badan ketika berpuasa, perkongsian Nur Zakira Imana Bt Mohd Fadzil, Senior Dietitian, Pantai Hospital Sungai Petani ini boleh dijadikan panduan.

Semestinya ramai yang ingin mengambil peluang untuk menurunkan berat badan ketika berpuasa khususnya di bulan Ramadan.

Bagi individu yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dapat membekalkan sumber nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan.

Ikut Menu Sahur & Berbuka Ini, Confirm Berat Turun Sepanjang Berpuasa!
Nur Zakira Imana Bt Mohd Fadzil, Senior Dietitian, Pantai Hospital Sungai Petani

Ini Perkara Yang Perlu Dibuat Sewaktu Berpuasa!

1-Jangan Tinggalkan Sahur

Sahur merupakan satu keperluan bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan sewaktu berpuasa.

Jika kita tidak bersahur, badan akan letih dan lesu serta akan menyebabkan terlalu lapar sehingga sukar untuk mengawal pengambilan makanan semasa berbuka.

Waktu bersahur yang digalakkan adalah setengah jam sebelum masuk waktu imsak.

Mereka digalakkan untuk mengambil 1 hidangan yang lengkap yang mengandungi sumber karbohidrat kompleks seperti nasi, roti dan biskut mil penuh, serta oat; sumber protein seperti ayam, ikan, telur, atau susu rendah lemak serta sumber serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pemilihan karbohidrat kompleks dan serat sewaktu bersahur dapat mengurangkan rasa lapar sepanjang berpuasa.

Elakkan makanan yang tinggi garam seperti ikan masin, telur masin, makanan proses seperti sosej dan nuget serta minuman berkafein yang boleh menyebabkan dehidrasi semasa berpuasa.

2-Bersederhana Semasa Berbuka

Semasa berbuka puasa, mulakan dengan 2 biji kurma dan segelas air kosong.

IKLAN

Bersederhanalah ketika berbuka puasa dengan mengamalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia atau Suku Suku Separuh.

Isikan suku pertama pinggan dengan bijirin seperti nasi, roti, atau mee; suku kedua dengan sumber protein seperti ayam, ikan atau kekacang serta penuhi separuh pinggan dengan sayur-sayuran.

Hadkan pengambilan makanan manis dan bergoreng kerana ia membekalkan kalori yang tinggi dan menyumbang kepada peningkatan berat badan.

Pilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti rebus, kukus, panggang.

3-Pilih Snek Yang Sihat Dan Berserat Untuk Mengawal Pengambilan Kalori Anda

Salad, buah-buahan dan karbohidrat yang tinggi serat seperti roti mil penuh, oat, dan sandwich adalah antara snek sihat yang disarankan untuk Moreh kerana kandungan serat yang tinggi dan rendah kalori.

Selain itu, pengambilan hidangan sayur-sayuran dan kurma semasa bersahur dan berbuka juga dapat membekalkan sumber serat yang baik.

5-Kawal Makanan Dan Minuman Manis

Pelbagai kuih dan minuman manis sangat mudah didapati sepanjang bulan Ramadan.

Namun, juadah ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi dan menyumbang kepada peningkatan berat badan tanpa kita sedari.

Hadkan pengambilan makanan manis seperti kuih kepada 1 keping sahaja dan setengah gelas jus buah-buahan semasa berbuka puasa minum air kosong secukupnya.

Baca ini juga4-set-menu-sahur-diet-sihat-boleh-kempiskan-badan-raya-nanti

IKLAN

Cuba Ikut Cadangan Menu Sahur Dan Berbuka Ini!

Berbuka Puasa

(sewaktu azan maghrib)

2 biji buah kurma
1 keping kuih (Popia Basah@Apam kukus)
1 gelas air kosong
½ cawan jus buah

Ikut Menu Sahur & Berbuka Ini, Confirm Berat Turun Sepanjang Berpuasa!
Contoh jus buah-buahan

Selepas Solat Maghrib

2 senduk rata nasi putih
1 ketul ayam bakar bersama sos lemon @ 1 ekor ikan stim limau
1 cawan sup sayur campur (bayam/lobak merah)
1 gelas air kosong

Selepas Tarawih (Snek ringkas)

1 mangkuk salad campur @
1 -2 keping roti serat penuh & 1 sudu kecil mentega kacang @
1 potong buah betik @ ½ biji buah jambu batu
1 cawan susu rendah lemak & 1 gelas air kosong

IKLAN

Sahur (5.00 pagi)

Overnight Oat Meal

Resipi overnight oat meal

1/2 cawan oat
2/3 cawan susu rendah lemak
1 sudu kecil madu
1 sudu besar walnut @ kacang gajus @ almond
2 biji kurma
1 gelas air kosong

Ikut Menu Sahur & Berbuka Ini, Confirm Berat Turun Sepanjang Berpuasa!
Contoh Overnight Oat

ATAU

2 senduk rata nasi putih
1 ketul ayam masak halia @ 1 ekor ikan masak asam pedas
1 cawan sayur campur goreng minyak sedikit (brokoli/kubis bunga)
2 biji kurma
1 gelas air kosong

Baca ini juga:

patutlah-orang-yang-kerap-puasa-jadi-lebih-sihat-dan-cantik

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI