Kalau mak-mak nak makeover dan dekorasi rumah bagi cantik, terutamanya bilik air mudah je. Jangan risau kalau kalau bajet ada ‘ciput’ atau sikit je, tetap boleh cantikkannya ikut cara dan 3 langkah mudah yang dikongsikan oleh Khairunnisa Baharin ini. Menurut wanita ini, tukar tiles memang lebih tahan lama serta kos yang banyak namun makeover yang dilakukan ini sesuai bagi mereka yang nak hasil yang cepat serta kekurangan bajet yang ada.
Berikut perkongsian oleh wanita ini;
“Assalamualaikum semua, nak kongsi dengan kawan-kawan yang nak makeover toilet lama dengan bajet ciput. Kalau nak tukar tiles baru, confirm harga ribu-ribu. Jadi kami makeover dengan mengecat + wallpaper. Jimat duit. Tapi of course tukar tiles lebih tahan lama. Idea ni bagi mereka yang nak cepat dan kekurangan bajet seperti kami.Thank you encik husband Mohammad Adib bagi idea ni.”
Siapa yang nak tiru tu boleh tengok step dekat gambar ye. Selamat mencuba!
Toilet rumah lama je, yang mana ada lubang-lubang tu boleh tutup dulu dengan cement grout warna putih.
Ads
Langkah 1:
Cari protective coatings macam gambar ni. Campurkan dua bahan ni kemudian terus sapu ke tiles. Tiles akan jadi sticky dan melekit seperti gam.
Langkah 2:
Lepas dah sapu coating tadi, sapu cat macam biasa. Ikut lah nak warna apa pun. Belah kiri cat untuk lantai warna dark grey, tong kanan cat putih untuk tiles dinding. Kami pakai lebihan cat rumah tahun lepas.
Ads
Tunggu cat kering.
Langkah 3:
Lepas cat dah kering, last skali sapu sealer ni. Tujuannya supaya cat tak mudah tercabut. Sapu 2,3 kali pun takpa. Kemudian last skali yang bercorak tu kita tampal wallpaper. Siap !
Ads
Tadaaa..rupa bila dah dicat. Lantai dan dinding cat, yang bercorak tu wallpaper.
Selamat Mencuba!Senang je kan. Mak-mak pujuk-pujuklah encik suami sama-sama makeover cantikkan bilik air dekat rumah tu. Tetamu datang pun lebih selesa bila bilik air dihias cantik.
Berita baik buat wanita yang ingin berkunjung ke Arab untuk melakukan ibadah umrah mahupun haji, namun sering ‘terhalang’ sebab tiada mahram.. Alhamdulillah, kini tiada lagi halangan berkunjung ke Tanah Suci.Memetik laporan Agensi (Arab News), kini wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH).
Hanya 25 Tahun Ke Atas
Namun, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu. Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: “Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.
“Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah”.
Baru-baru SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.
“Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan.
“Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini, dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar,” kata Omar kepada Arab News.
Sistem Visa Pelancong
Sementara itu, pelaksanaan sistem visa pelancong sepanjang 2008 hingga 2010, berjaya menarik lebih 32,000 pelancong mengunjungi Arab Saudi.
Ketika ini, prosedur pengeluaran visa itu dikendalikan beberapa syarikat pengendali pelancongan yang diberikan lesen oleh SCTH.
Inisiatif visa pelancong ini bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai meneroka destinasi baharu pelancongan di Arab Saudi. Ia sekali gus bertujuan menjana sektor pelancongan dan membangunkan perkhidmatan pelancongan serta warisan di negara itu.
Dalam pada itu, ia juga sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada industri pelancongan.
Dengan pengumuman ini, semoga lebih ramai wanita dapat merasai peluang kemanisan beribadah di Tanah Suci.
Keluarkan beras di mesin ATM, kini bukan wang sahaja yang boleh dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran automatik ATM malah rupanya boleh mengeluarkan beras.
Mesin ATM yang mengeluarkan beras berfungsi bagi membantu golongan asnaf. Diakui dek kerana pandemik Covid-19 ramai yang hilang pendapatan dan pekerjaan. Dengan adanya mesin sebegini dapat memudahkan urusan pemberian sumbangan.
Keluarkan Beras Di Mesin ATM
Seperti mana perkongsian sebuah video Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Ustaz Yaakub Yusra Mohd Yusoff menunjukkan cara-cara menggunakan mesin ATM beras, Rice for Asnaf yang dicipta oleh MADAD khusus untuk golongan Asnaf.
Dengan adanya kemudahan sebegini menurut Ustaz Yaakub tujuan utama adalah untuk meringankan beban golongan tidak berkemampuan.
Bukan itu saja dengan adanya teknologi canggih ini juga, golongan yang memerlukan bantuan juga tidak kekok dan tidak perlu ada perasaan malu untuk meminta bantuan beras.
Mudahkan Asnaf Bukan Susahkan
Menurut Ustaz Yaakub lagi, usaha sebegini mendapat sambutan baik dan paling penting MADAD mahu memudahkan golongan asnaf.
“Team MADAD buat mesin ini untuk mudahkan golongan asnaf terima bantuan dan manfaat,” ungkap Ustaz Yaakub.
Bagi dirinya dengan adanya kemudahan sebegini, mereka yang menerima bantuan, kesusahan mereka tidak perlu dipamerkan.
“Tangan yang memberi itu mendapat kredit dan yang menerima itu mendapat malu, satu situasi yang acapkali berlaku kepada golongan asnaf.
“Kesusahan mereka dipamer dan maruah mereka dijaja sebagai isi kandungan media sosial oleh sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab tanpa memikirkan kemungkinan yang terpaksa dihadapi oleh golongan asnaf ini terutamanya tekanan dari keluarga,” sambungnya.
Aib Asnaf Tidak Sewenangnya Dijaja
Akui golongan asnaf wajib diberi perhatian namun mereka juga mempunyai aib yang perlu dijaga.
“Meskipun golongan ini wajar diberikan perhatian dan diuar-uarkan kewujudan mereka dalam masyarakat, namun itu tidak bererti aib mereka sewenangnya dijaja.
“Sebab sekarang ni ramai sangat yang menjadikan asnaf sebagai tempat untuk isi kandungan media sosial pihak yang berkepentingan semata-mata. Bagi saya ini memang sangat tak bertanggujawab lah. Kesian kepada asnaf kerana malu bila video di viralkan dengan sengaja. Dulu pernah viral seorang ayah pilih untuk jadi gelandangan sebab tak mahu susahkan anak-anak.
“Bila dah viral, anak-anak terus rasa malu dan buat pejelasan. Kan dah tak best bila jadi macam tu. Pada saya yes, dokumentasi perlu, hebahan pun perlu. Tapi biarlah bersederhana. Lebih baik tidak mengaibkan siapa-siapa.
“Mesin ATM Beras ini salah satu cara untuk tutup rasa malu dan segan asnaf minta bantuan. Hanya apply kad dan lepas tu marilah berurusan dengan mesin ja. Tak jumpa dah orang.
“Yang susah ambil beras, yang senang sumbang beras. Kan best ada ekosistem macam tu,” terang Ustaz Yaakub yang turut menyatakan MADAD meletakkan mesin-mesin ATM beras ini di masjid-masjid terpilih sekitar Kedah.
Bagi yang mahu menghulurkan bantuan bolehlah layari madadcentre.com. Semoga sumbangan yang dihulurkan akan dapat membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan bantuan dan paling penting derma yang dihulurkan ikhlas dari hati yang telus.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Ustaz Mohammad Yaakub Yusra
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Bertuah dan rezeki sungguh apabila dapat hadiah perkahwinan mewah berupa gelang,cincin dan rantai emas daripada setiap tetamu yang hadir!
Sepasang pengantin baharu di Bach Ninh, Vietnam menjadi tular apabila mengenakan perhiasan barangan kemas yang sarat seperti golongan bangsawan, lapor laman Wolipop.
Menurut rakan keluarga tersebut, semua perhiasan itu dihadiahkan oleh tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja yang kaya-raya.
Dapat Beratus Gelang & Rantai Emas
Pengantin dikatakan menerima beratus-ratus utas gelang serta rantai emas semasa majlis perkahwinan mereka dan memakai kesemuanya serentak.
Pernikahan tersebut berlangsung pada 10 Jun lalu di kampung Dong Cao, daerah Phong Khe.
“Keluarga pengantin termasuk dalam golongan kaya di daerah itu. Jadi, sempena meraikan perkahwinan, pasangan itu menerima banyak hadiah termasuk gelang dan cincin emas,” ujar seorang rakan pengantin perempuan.
Berdasarkan komen netizen, ini bukan kali pertama majlis perkahwinan mewah berlangsung di Bach Ninh kerana kawasan itu sememangnya digelar sebagai pusat kediaman elit.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...