Sedapnya makan kek marble gebu, lembut dan cantik. Nak buat pun mudah je dan tak gunakan bahan-bahan yang banyak pun.Rupanya ada 3 cara kaedah membakar kek Marble ni.Boleh ikut resipi dan kaedah yang dikongsikan oleh Puan Ariana Sofia Ahmad ini.
“Dah lama ariana tak share resepi. Hari ni Ariana nak share resepi kek marble kesukaan umie ariana. Bila nak datang rumah je mesti suruh ariana buat.”
Dekat bawah ni Ariana akan bagi 3 cara untuk buat kek marble menggunakan resepi yang sama iaitu bakar (atas nampak cantik), bakar biasa dan kukus. Selalunya ariana guna cara kedua buat kek ni untuk umie, yang ni confirm jadi tak payah nak bakar lama-lama.
1. Bakar (Warna atas nampak cantik)
130°c selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit tutup loyang bahagian atas
dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.
2. Bakar biasa ( Gelap sikit bahagian atas)
150°c selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.
3. Kukus (wrap loyang)
Selama 50 minit @ sehingga masak.
Resepi Kek Marble Jelita Ayu Gitu!!
Bahan-Bahan:
6 biji telur ( gred B)
1 1/4cawan gula castor
1 cawan butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar ovallete
1sk esen vanila
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk cream off tartar
4 sudu besar susu pekat
5 sudu besar susu segar
Cara Membuat:
Mula-mula mix butter dan gula sehingga gebu atau bertukar warna putih.
2. Pastikan jadi putih macam ni. Adunan gebu je.
3. Lepas tu masukkan ovallete, telur dan esen vanilla. Boleh juga masukkan satu persatu telur. Ariana masukkan semua terus.
4. Mix sampai sebati dan pastikan adunan jadi licin macam ni dan tidak berketul. Adunan jangan terlampau cair pulak.
5. Lepas tu ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan cream off tartar. Mix sehingga sebati. Nak letak tepung sikit-sikit masa mix pun boleh.
6. Bila dah sebati masukkan susu pekat manis dan susu segar.
Ads
7. Mix sehingga adunan sebati dan licin macam ni.
8. Bahagikan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti yang sama banyak dan 1 bekas lagi lebih sedikit kuantitinya.
9. Letak pewarna yang kita nak kepada tiga-tiga bekas. Bekas 1 lagi biar kosong untuk letak lapisan atas nanti.
10. Letak adunan dalam loyang secara selang seli kecuali warna kosong. Pastikan Loyang 8′ telah dilapik dengan baking paper dan sekeliling loyang sapu butter/ majerin.
11. Lepas tu lorek guna lidi ikut kreativiti masing-masing.
12. Dah siap lorek, letak pulak adunan kosong kat atas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Pastikan tinggal sedikit adunan untuk buat corak bahagian atas pulak.
Ads
13. Lebihan adunan kosong tadi bahagikan kepada warna yang kita nak. Letak warna mestilah lebih terang daripada warna adunan bawah tadi.
14. Lepas tu lorek ikut kreativiti sendiri. Bakar dengan suhu 130°c selama 1 jam 20 minit. Guna tray yang bawah sekali. Selepas 45 minit letak aluminium foil atas loyang supaya tak hangit.
15. Dah masak terbalikkan atas redai@jaring petak. Takda redai pun takpe cuma kek kena terbalikkan juga supaya tak mendap.
16. Lepas 5 atau 10 minit betulkan semula kek.
Ads
17. Nilah rupa kek bahagian dalam. Lembut je.
18. Lepas tu potonglah. Kek ni tak manis sangat. Mak-mak mesti suka. Selamat mencuba.
Kek kalau masak elok, dalamnya memang lembut dan gebu.
Ni ariana guna cara bakar yang pertama iaitu bahagian atas warna nampak cantik.
Bahulu, kuih tradisional yang menjadi kesukaan mak-mak. Biasanya, ia dimakan bila-bila masa dan kuih yang tak lapuk dek zaman. Orang dulu-dulu memang suka dan ada sesetengahnya buat resipi bahulu itu sendiri. Boleh dikatakan nama bahulu ini ada bebeberapa jenis dan sangat popular.
Kuih bahulu kecil atau cermai, bahulu lapis ataupun nama bahulu gulung. Semua ini adalah dari jenis yang sama. Mungkin bezanya adalah cara nak membuatnya mengikut acuan dan citarasa masing-masing.
Walau bagaimanapun, resipi bahulu ini tentulah tidak lari dari rasa asalnya. Sampaikan ada yang bertanya-tanya cara mudah untuk membuatnya. Orang dahulu, membakar kuih ini dengan menggunakan arang kayu supaya nak bagi aroma ala-ala kampung. Sekarang ini, nak mudah hanya bakar dalam oven sahaja.
Bagi yang gemar kuih ini, apa kata cuba buat sendiri resipi bahulu. Paling mudah dan senang dengan menggunakan tiga bahan sahaja.
Berikut adalah perkongsian daripada Azlin Fazlina yang membuat kuih ini dengan tiga bahan sahaja. Senangkan. Boleh cuba buat nanti.
“Nak buat bahulu guna tiga bahan. Nampak macam senang kan. Tapi, sebenarny,a kalau salah cara, ia tidak akan jadi. Kalau nak jadi, kenalah buat selalu untuk hidangan keluarga.
“Di sini, saya gunakan 5 biji telur gred A dan bleh dapat lebih kurang 60 biji, jika ada yang tak rosak. Nanti bolehlah makan panas-panas.
Bahan-bahan:
5 biji telur
Gula pasir
Tepung gandum – diayak
Minyak untuk sapu pada acuan
Cara Membuatnya:
1. Pecahkan telur dalam mangkuk.
2. Gunakan sukatan gula sama banyak seperti telur.
3. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Semasa pukul telur, bolehlah panaskan acuan dalam oven.
4. Pastikan acuan betul-betul panas dan bolehlah sapu minyak pada acuan itu
5. Bila telur dan gula sudah kembang dan bertukar warna, masukkan tepung gandum dan pukul lagi.
6. Adunan tidaklah terlalu cair atau pekat. Boleh agak-agak. Masukkan dalam acuan yang panas dan disapu minyak.
7. Bakar pada suhu 200’ celsius selama 10 minit. Suhu ini bergantung kepada oven.
8. Bila dah siap bakar, ulang langkat tadi sehingga habis.
Tip:
1. Pastikan telur di basuh dan betul-betul kering.
2. Acuan kenalah betul-betul panas.
3. Pastikan gula tidak terlalu banyak dan terllau kurang. Kena sukat betul-betul.
MW: Senang sangat nak buat. Cuma rajin atau tidak sahaja. Paling penting, kalau nak buat kena ikut tip yang diberikan. Baru jadi!
Sedapnya kuih Tepung Pelita yang lemak manis rasanya. Kuih ni cukup popular sewaktu bulan puasa sebagai pemanis mulut ketika berbuka. Nak buat kuih tepung pelita ni mudah je rupanya. Pertama kali buat pun menjadi, ikut resipi yang dikongsikan ini. Paling penting cukup mudah sebab ikut sukatan cawan dan tak perlu dikukus. Masukkan dalam acuan daun pandan. Tapi kalau nak lebih mudah masukkan dalam bekas kecil pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azura Isma’eyRa ini sebagai rujukan.
“Tepung pelita untuk mak.Mak nak makan dalam daun pandan so kita cuba buat harini. First time buat tepung pelita ni mudah sangat tak perlu kukus.”
Bahan-Bahan (Bahagian Bawah):
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna Hijau
Daun Pandan
*Masak semua bahan diatas dalam periuk dan kacau sampai pekat. Letak terus dalam bekas acuan.
Bahan-Bahan (Bahagian Atas):
1 Cawan Santan
3 Cawan Air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
*Masak semua bahan dan kacau sampai pekat dan tuang ke dalam acuan.
MW: Semoga perkongsian resipi tepung pelita ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut cara dan langkah yang dikongsikan ni, pasti jadi. Kuihnya lembut, lemak manis dan sedap! Paling penting mudah je ikut sukatan cawan dan tak perlu kukus,
Resipi rendang di negara kita sebenarnya ada bermacam jenis. Daripada rendang daging, ayam, kambing, sehinggalah kepada rendang buah-buahan seperti betik. Pernah dengar tak?
Masakan Negeri Sembilan cukup sinonim dengan rasa pedasnya. Bak kata orang, kalau tak pedas, bukan masakan Nismilan namanya!
Rendang Autentik Negeri Sembilan
Begitu resipi Rendang Betik atau Rendang Kepaya ini. Sebenarnya resipi ia cukup terkenal di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Menurut Puan Mastura Osman (FB: https://www.facebook.com/teachersamer.samerian), yang telah berkongsi resipi ini di fb miliknya, rendang betik ini merupakan masakan tradisi orang lama yang diwarisi turun temurun dan merupakan masakan autentik Negeri Sembilan.
Tak Guna Banyak Bahan
Ia sangat mudah disediakan dan bahan-bahan juga tak terlalu rencam. Malah, rendang ini semakin dipanaskan dan dikeringkan, ia akan semakin sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Apa lagi, bagi mereka yang suka mencuba resipi baru, jom cuba untuk kelainan. Mungkin masakan ini berjaya menarik minat keluarga anda untuk menikmatinya saat berbuka nanti!
Untuk menyediakannya resipi ini, mula-mula tumbuk kasar cili padi, kunyit hidup, ikan bilis dan sebatang serai. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan semua bahan tumbuk tadi. Kemudian goreng hingga naik bau.
Setelah itu, masukkan santan pekat. Masak sampai terbit minyak. Bila kuah telah mula kering sedikit, masukkan hirisan betik tadi dan serai yang dititik. Perasakan dengan garam secukupnya Gaul sekata dan masak sehingga kering. Jika nak berkuah sedikit pun boleh, terpulang ikut kesukaan masing-masing.
Sekiranya mahu kering, terus panaskan lagi. Rendang ini sangat membuka selera jika dimakan bersama nasi putih yang masih panas.
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”