MW himpunkan dua versi membuat mee kuning buat sendiri. Satu boleh dibuat ketika emergency apabila ketiadaan mesin potong mee.
Satu lagi resipi boleh dicuba buat anda yang ada mesin potong mee. Kalau dah mahir, boleh jadikan sumber pendapatan keluarga.
Resipi mee kuning emergency ini dikongsikan oleh Puan Fahrini Marsyaley. Manakala mee kuning guna mesin pula dihasilkan oleh Puan Tahrunnisah Jali.
Mee Kuning Emergency Tanpa Mesin
Resepi: Puan Fahrini Marsyaley
(Adunan ini boleh makan untuk 2-4 orang)
Bahan-bahan
250 gram tepung gandum
Secubit garam
1 biji telur ayam
Ads
50 ml air
Nota: saya lebihkan sedikit sukatannya supaya doh dapat diuli dengan baik)
1 sudu teh serbuk kunyit
Caranya
Gaul semua bahan sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.
Potong doh jadi 4-5 bahagian.
Canai satu-satu dan nipis.
Potong guna pisau.
Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mee ke dalam air.
Rebus dalam jangkamasa seminit dua. Jangan terlalu lama nanti mee jadi lembik
Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk supaya memberhentikan mee dari terlebih masak.
Nota
Buatlah berulang-ulang sampai doh tadi habis.
Sediakan pula bahan nak goreng mee tu. Bawang, ayam, telur, sawi dan sebagainya.
“Mee emergency ini dibuat kelmarin, sebab nak makan sangat. Gara-gara tak ada mee langsung di rumah dan malas keluar ke pekan. So tanya En Google la resipinya.
“Semua bahan ada kat dapur. Apa lagi beraksilah. Walaupun benda penting tak ada ‘Mesin Buat Mee’.
“Jadi dapat idea dari langit. Canai doh pakai kayu pencanai, potong halus-halus pakai pisau, rebus dan tadaaa siap mee goreng cik kak. Licin mee goreng tu.
Ads
“Mee ala-ala kue teaw. Sedap pula. Satu famili suka. Paling best buatan sendiri. Pewarna guna kunyit je”
“Bagi yang ada mesin mee lagi senang. Masuk dalam mesin, memang cantik kejadiannya. Saya tak ada mesin. Tu la cari idea ni. Alhamdulillah menjadi.”
(Kalau dah mahir, bolehlah buat niaga sebab 500 gram tepung gandum tu dapat menghasilkan 1.5 kg mee kuning)
Bahan-bahan
500 gram tepung gandum
Ads
1 biji telur
Pewarna kuning
Nota: Pewarna ni agak-agaklah ya jangan banyak sangat. Saya guna yang serbuk secubit je. Kalau cecair tu agak-agak. Penggunaan kunyit jika dicampur dengan air kapur akan jadikan warna oren. Sebaik-baiknya pewarna kuning)
2 sudu besar air kapur
200 ml air
air = 200 ml
Caranya
Panaskan air dalam periuk untuk merebus mee dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dalam 2 sudu besar (Saya tak masuk dalam gandum sebab nak jaga mesin dari berkarat).
Masukkan tepung gandum dalam bekas dan tuangkan air.
Gaul sebati. Doh ini agak keras sedikit dari doh karipap ya. Tak payah bagi licin pun tak apa, asal semua sebati.
Bahagikan 3 bahagian dan leperkan.
Menggunakan Mesin
Masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan laraskan no. 1(mesin mee saya ada 6 laras (1-6). 1 bukaan paling besar dan 6 tu bukaan paling kecil/halus_. Ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada mesin tersebut sehingga habis. Buat 2 kali (2 kali masuk).
Kemudian, laraskan semula ke no. 4 (bagi laras bukaan 1-6 atau 2/7 bagi laras bukaan 1-9.
Masukkan kepingan mee tadi. Yang ni untuk nipiskan mee buat 2 kali.
Kemudian, masukkan kepingan yang dah nipis ini pada mesin yang ada gigi halus.
Masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis.
Sekarang masa nak merebus mee. Rebus selama 5 minit. Masa masukkan mee jangan kacau dulu. Biarkan dalam 1-2 minit baru kacau. Kalau kacau masa masukkan mee nanti mee akan putus.
Cukup 5 minit toskan mee.
Terus masukkan mee salam air paip biasa. (ini untuk menghilangkan kanji pada mee).
Kacau-kacau untuk buang kanji.
Toskan semula mee sehingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sampai sebati.
“Resepi mee kuning, insyaallah bersih dan halal serta dari air tangan kita. Dan ia sangat menjimatkan.
Bila umur meningkat nie, macam-macam maslah timbul. Kalau masa remaja dulu, jerawat jadi musuh utama. Bukan apa, malu kawan-kawan tengok jerawat batu kat muka.
Bila usia meningkat, lain pula halnya. Ingatkan tahi lalat baru tumbuh di muka, rupanya jeragat. Susah betul nak hilangkat jeragat nie. Kalau dibiarkan makin banyak pula yang tumbuh.
Nak lakukan rawatan untuk hilangkan jeragat, mungkin ambil kos pula. Apa kata anda selongkar bahan-bahan kat dapur tu, mana tahu ia boleh bantu hilangkan jeragat.
Nah! Cuba ini.
Ubat Gigi + Garam
Caranya:
Campurkan satu sudu teh garam dengan satu sudu teh ubat gigi pudina.
Kacau sekata.
Sapukan adunan tadi pada bahagian jeragat. Tekan lembut deengan menggunakan jari yang bersih.
Biarkan selama 5 minit.
Selepas itu, basuh dengan air bersih.
Ubat Gigi + Putih Telur
Caranya:
Ambil putih telur, masukkan dalam mangkuk bersama ubat gigi mint.
Kacau sekata. Letakkan tisu pada bahagian hidung dan sapukan pada bahagian yang berjeragat.
Biarkan selama 15 minit.
Selepas itu, tanggalkan tisu tadi secara perlahan-lahan.
Basuh dengan air bersih.
Ubat Gigi + Limau Nipis
Caranya:
Campurkan satu sudu teh air perahan limau dengan ubat gigi.
Kacau sekata.
Sapukan pada bahagian yang berjeragat.
Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.
Mudahkan!. Tak perlu pening-pening untuk melakukan rawatan di luar. Kat rumah sudah cukup dengan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Jimat masa, jimat duit dan wajah kembali berseri. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam dunia penanaman yang serba luas ini, ada bermacam kaedah penanaman yang mak-mak boleh cuba. Kaedah Aquaphonic mudah ini salah satunya.
Kaedah ini membolehkan anda menanam pokok-pokok dalam masa yang sama membela ikan dalam satu bekas yang sama.
Lelaki ini, Ahmad Yusri berkongsi cara kaedah Aquaphonic mudah yang mak-mak boleh praktikkan di laman rumah sendiri.
Kongsinya, “Saya nak share kaedah aquaphonic mudah. Boleh tanam pokok yang sukakan air seperti kesum, selom, kangkung dan sebagainya.
Boleh juga tanam pokok lain. Terpulang.”
Ini Kaedah Aquaphonic Mudah
1. Tong sampah/ baldi atau apa-apa yang sesuai.
2. Bakul atau apa-apa bekas yang berlubang. – Cari BAKUL PLASTIK BULAT di sini
3. Lecca/batu/ arang
4. Ikan tempatan yang lasak seperti keli, sepat, puyu dan lain-lain.
Tips : Ikan keli saya tak galakkan sebab air akan mudah kotor. Tapi sangat lasak, saya tak tukar air berbulan-bulan tetap hidup. Saya hanya tambah air sahaja.
Syarat Lain Kena Ikut
Dalam gambar pokok kesum yang lebat tu ada ikan puyu 12 ekor.
Cucuk pokok kesum, lepas tu bagi ikan makan. Tambah air jika air menyusut. Pastikan akar kena air.
Jangan lupa buat lubang overflow jika letak di luar tanpa atap.
Mingguan Wanita : Jimat ruang kan bila buat macam ni. Pokok kesum dapat, bela ikan pun dapat. Menarik untuk dicuba ni mak-mak.
Jika selalu buat rendang ayam atau daging, mak-mak boleh cuba kelainan dengan buat rendang telur. Malah, jimat sikit bajet tak semahal harga ayam dan daging. Menurut perkongsian pemilik resipi Puan Siti Anah Saleh, rendang telur ni sedap dimakan bersama Nasi Lemak mahupun pulut kuning.
Berikut resipi yang dikongsikan sebagai rujukan;
“Hari mak try buat nasi lemak rendang telur.Terima kasih pada pencetus idea ni Pak long semenyih tu.Firstime buat rendang telur sampai anak pun tanye, mak tiru resepi siapa ni. Rendang ni kalau makan dengan nasi lemak atau pulut kuning ok lah.Kalau makan dengan nasi putih tentulah sedap rendang ayam atau daging”
Bahan-Bahan:
Telur anggaran 30 biji
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
11 ulas bawang merah
Cili kering / cili api ikut suka banyak mane
2 sudu makan rempah kari daging babas ( terpulang rempah jenama lain)
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan kerisik
1/2 caw santan kotak (mak memang guna santan tak banyak)
2 helai daun kunyit.
Asam keping, gula dan garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Rebus telur dan goreng dalam kuali, tapi kalau tak goreng pun ok je.
2.Kisar bawang, halia, lengkuas, serai dan cili, serta sehelai daun kunyit.
3.Tumis bahan yang dikisar agak-agak wangi masukkann rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan manis.
4.Masukkann santan, asam keping, gula & garam.
5.Tambahkan sikit air letak asam keping masukan kerisik.
6.Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan telur.Terpulang nak kuah banyak ke kuah kering.
7.Taburkan rendang dengan hirisan daun kunyit.
Siap!
Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat.
Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak tukar selera atau tengah bajet bahan basah, boleh cuba resipi rendang telur yang dikongsikan ini. Sedap dimakan bersama nasi lemak atau pulut kuning.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.