Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah memasuki fasa kedua. Alhamdulillah dalam tempoh ini rupanya ramai yang merebut peluang memanfaatkan sebaiknya dengan melakukan aktiviti dan amalan yang berfaedah. Terutamanya dalam pengisian rohani seperti membaca Al-quran, solat sunat dan sebagainya.

Semalam, Mingguan Wanita ada kongsikan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, memanfaatkan waktu bertadarus sesama sendiri dalam tempoh kuarantin, dikalangan staff Istana dan Tuanku Agong bagi menyempurnakan 30 juzuk Al Quran di dalam bilik masing-masing.

2 Minggu PKP Khatam Quran 7 Kali

Rupanya menerusi ruangan komen, ada dikalangan rakyat jelata yang juga melakukan perkara yang sama. Menariknya tadarus Al Quran tersebut dilakukan secara berkumpulan dengan rakan sekerja bermula sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laksanakan, iaitu 18 Mac lalu. Lebih istimewa, selama hampir 2 minggu tempoh PKP ini mereka berjaya khatam sehingga 7 kali.

Alhamdulillah dan pujian harus diberikan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun atas inisiatif yang sangat baik ini.

Menurut salah seorang yang terlibat dalam Tadarus Quran ini, Nur Adlina binti Mohd Rani, yang merupakan Pensyarah di Politeknik tersebut, 30 juzuk Al Quran diagih-agihkan mengikut pilihan masing-masing. Setelah habis di baca, ditanda dan dimaklumkan di dalam grup khas di aplikasi whatsapp.

“Alhamdulillah.. Kami pun buat tadarus ni dah nak masuk 7 kali khatam sepanjang PKP. Alhamdulillah, buat sesama kawan perempuan dekat tempat kerja.”

IKLAN

“Kami buat berkumpulan rakan sekerja dan pada mulanya ia adalah cadangan daripada KPro (Ketua program) kami Puan Azlin Yajid”

Kami ada 39 orang. Tapi tak semua terlibat dalam masa yang sama.Untuk yang pertama hanya 30 orang terlibat sebab ada yang uzur ketika itu.”

“Kami bahagikan kepada 30 juzuk. Masing-masing pilih nak juzuk mana.Dah bace, tanda. Dah masuk pusingan ke 7. Biasanya satu juzuk tu setakat ni.. dua hari settle,” ujar Adlina.

IKLAN
2 Minggu PKP, Khatam Quran 7 KALI Tadarus Dengan Rakan Sekerja!
Nur Adlina Mohd Rani, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun

Tujuan Eratkan Ukhwah & Hapuskan COVID-19

Tujuan mereka tadarus Al Quran secara berkumpulan dengan niat, semoga COVID0-19 dihapuskan dengan pertolongan dariNya selain merapatkan ukhwah bersama.

“Kiranya tadarus ni dibuat untuk hapuskan caronavirus di muka bumi Allah ni”

“Saya harap program seperti tadarus ni menjadi amalan ramai sebab jika kita sorang, agak sukar kita nak habiskan quran dalam masa yang singkat disamping kerja seharian lain. Semoga usaha ni menjadi ikutan buat yang lain juga”

IKLAN

“Selain merapatkan ukhwah, kekuatan kerja berpasukan ini sangat penting.Kita lebih kuat jika kita bersatu”

“Namun, tak kiralah berapa kali pun khatamnya.Kami dah mula rindukan kerja kami, anak didik kami.Semoga semuanya pulih seperti sediakala,” ujar Adlina lagi.

2 Minggu PKP, Khatam Quran 7 KALI Tadarus Dengan Rakan Sekerja!
Tadarus Alquran oleh staf Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun

Baca Lagi Di Sini:

RPA Manfaat Waktu Kuarantin Bertadarus Sama Sendiri, Doa Wabak Dihapuskan

MW: Semoga perkongsian positif ini menjadi ikutan dan inspirasi agar lebih ramai yang bertadarus Alquran secara berkumpulan terutamanya pada musim PKP ini. Menarik cara macam ni, ia buat kita konsisten dan rasa tak sabar untuk habiskan bacaan Al Quran.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI