Sejak 19 tahun dulu, butik pengantin yang terletak di Changkat Jering, Perak ini telah memulakan bisnes majlis perancang perkahwinan dan salon rambut. Kemudiannya, diwariskan ke anaknya, Azie Mohamad Zaini.
Butik Sazliees Bridal Gallery & Hair Beauty Saloon ini, mula dibuka dari tahun 2000. Seiring peredaran zaman, baju pengantin di butik ini tetap direka dan dijahit sendiri oleh pemiliknya.
Menurut Azie, butik ini adalah peninggalan daripada arwah ayah dan ibu tercinta. Jadi, dia diberi mandat untuk meneruskan perniagaan keluarganya ini.
“Sebenarnya, saya mengambil butik peninggalan arwah ayah yang fokus menjalankan perkhidmatan majlis perancang perkahwinan dan salon rambut. Walaupun sudah 19 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini, ia masih boleh dikatakan relevan dengan permintaan daripada pelanggan sekarang ini,” kata Azie memulakan bicara.
Butik Pengantin – Ada Pelanggan Sanggup Datang Dari Jauh
Kata Azie lagi, pengalaman dan dan tempoh butik ini yang agak lama, ia memberi kelebihan dengan menghasilkan banyak rekaan dan dekorasi untuk pelanggan.
“Tidak mustahillah, ramai pelanggan tetap dan tidak kurang juga pelanggan yang sanggup datang dari jauh kerana inginkan perkhidmatan dan percaya dengan hasil kerja kami,” tambahnya lagi.
Kebanyakan pelanggan butik ini juga tidak mengira lapisan masyarakat mahu pun berbilang kaum kerana apa yang butik Sazlees Bridal Gallery & Hair Beauty Saloon berikan adalah harga pakej yang fleksibel dan mengikut kemampuan pelanggan.
Semua Busana Pengantin Direka Dan Dijahit Sendiri
Ditanya tentang kelebihan yang ada pada butik ini berbanding butik pengantin lain, Azie memberitahu bahawa semua pakaian direka dan dijahit sendiri. Boleh dikatakan ia adalah rekaan sendiri.
“Oleh kerana trend sekarang lebih kepada less is more dan kembali kepada gaya tradisional, jadi sentuhan untuk kebaya tradisional tidaklah terlalu sarat. Begitu juga dengan pembuatan hiasan dan rekaan seperti kerawang yang dahulunya lebih berat dan material yang menggunakan kayu ukiran atau kayu jati.
“Sekarang rekaan kerawang lebih mudah dengan menggunakan span lebih ringan untuk dibawa dan teknik pencahaytaan pun lebih advance berbanding dahulu,” ulasnya tentang permintaan untuk rekaan pakaian sekarang ini.
Ads
Tambah Azie lagi, dari segi solekan pun tidak sama berbanding dahulu. Sekarang ini ramai bakat muda muncul dengan teknik dan gaya tersendiri.
Semua ini tidak memberi gentar pada Azie kerana kelebihan yang ada pada butiknya adalah mampu menghasilkan rekaan pakaian dan dekorasi pelamin sendiri tanpa perlu menempah dengan pihak ketika.
“Kami banyak menghasilkan karya sedni kami sendiri dan pastinya ia tidak ada pada butik-butik pengantin yang lain,” jelas Azie yang menerima tempahan sekurang-kurangnya empat majlis dalam sebulan.
Jangan Obses Mengejar Bisnes
Pengalaman yang dikuti selama 19 tahun telah mengajar Azie tentang asam garam dalam bidang ini.
“Bagi mereka yang masih baru dalam perniagaan ini, jangan terlalu obses untuk mengejar bisnes. Malah, ada yang sanggup menurunkan harga pakej pada kadar yang tidak masuk akal.
Ads
“Kita kena ingat ada pelbagai perbelanjaan yang harus kita tanggung seperti gaji pekerja, sewa kedai, upah lori dan sebagainya. Jika meletakkan harga yang terlalu rendah, sudah tentu kita tidak dapat menampung perbelanjaan, malah terpaksa keluar duit poket sendiri.
“Jadi, tetapkan harga dan percaya pada bakat dan kebolehan seni yang ada. Jika kita ikhlas, pasti pelanggan akan datang mendapatkan perkhidmatan kita. Percayalah rezeki itu datang dariNya dan usah ada sikap saling caras mencaras,” nasihatnya sebelum mengakhiri perbualan.
Foto: Koleksi Peribadi Butik Sazlees Bridal Gallery, Jalan Padang Besar, Changkat Jering, Perak.
Gula Cakery merupakan sebuah kafe yang menjual pelbagai jenis kek dan pastri seterusnya mengembangkan menu mengetengahkan makanan Barat serta Asia.
Bermula sebagai sebuah impian, perniagaan yang diasaskan bersama ahli keluarga ini membuktikan kerjasama yang baik di kalangan ahli keluarga mampu merealisasikan sebuah jenama yang menjadi lambang kejayaan bersama.
Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gula Cakery, Arieni Ritzal, café di KLCC merupakan cawangan ke-10 dan lokasi ini dipilih bagi memenuhi selera warga kota selain usaha untuk mengembangkan lagi jenama yang dibina.
“Istimewa cawangan di KLCC ini, kami membawakan menu istimewa seperti croissant, big breakfast untuk memenuhi selera pelancong yang berkunjung Malah barisan menu kek dan pastri yang dipilih sendiri oleh saya dan chef di Gula Cakery juga mendapat sambutan yang hangat di kalangan pelanggan.
Kafe Dengan Sentuhan Santorini
Walaupun café di sini agak comel, namun kami menawarkan lebih daripada 60 jenis kek. Leboh penting, lek kami juga mendapat pengiktirafan sijil Halal,” ujar Arieni ketika ditemui di majlis perasmian kafe tersebut baru-baru ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gula Cakery, Arieni Ritzal
Ketika ditanya mengenai keistimewaan yang terdapat di cawanngan terbaharu itu, menurut Arieni antara menu yang menjadi pilihan para pelanggan termasuklah Berry Pavlova dan Double Chocolate Hazelnut.
Permulaan Dari Dapur Keluarga
Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal sewaktu kecil sering membantu nenek memasak dan membakar kek di dapur. Setiap kali menjelang Aidilfitri, Ariena menjadi pembantu dan teman rapat nenek di dapur sehingga dia mahir menyediakan kek dan biskut tanpa bantuan orang lain.
Oleh kerana minat mendalami pelbagai ilmu masakan sama ada secara formal atau praktikal dengan sokongan nenek, ayah dan ibu, Arieni memberanikan diri menjual kek kegemarannya menerusi dalam talian.
Tidak mudah meniti kejayaan yang diraih, namun jelas Arieni, dia jelas dengan misi dan matlamat. Malah ulasnya, selain menu yang lazat, mutu perkhidmatan pelanggan harus dititikberatkan bagi memberikan pengalaman terbaik buat pelanggan.
“Tidak dinafikan cabaran untuk terus bertahan sangat sengit, namun selama 13 tahun beroperasi, kami sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan. Walaupun menu yang dihidangkan sedap, namun servis dan suasana café juga memainkan peranan penting dalam menentukan naik turun bisnes. Sebab itu semua cawangan Gula Cakery dipersembahkan dalam rekabentuk dan ‘vibes’ berbeza. Dan kita mesti ikut trend semasa”,ujarnya.
Untuk kekal relevan, perlu mengetahui tren makanan terkini. Gula Cakery bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis kek, pencuci mulut, dan hidangan berkhasiat yang dimasak dengan penuh kasih sayang.
Arieni berkata penting untuk dirinya mencari keseimbangan yang tepat dalam mempertingkatkan tawaran selaras dengan tren terkini.
“Orang suka mencuba perkara baru. Kita perlu memahami pasaran sasaran kita. Terdapat kumpulan yang berbeza – sebagai contoh, keluarga mungkin tidak selalu mengikuti trend
baru, manakala yang lain mungkin berminat untuk lebih berani dan mencuba perkara baru, jadi ia mengenai cara menguruskan ini,” katanya.
Kini, Gula Cakery telah membuka cawangan ke-10 mereka di Suria KLCC, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan perniagaan mereka. Dengan pembukaan cawangan baru ini, mereka berharap untuk terus menyediakan hidangan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pelanggan, sambil mengekalkan keunikan dan keaslian yang telah menjadikan mereka pilihan kegemaran ramai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd Rashid yang juga isteri kepada Datuk Seri Aliff Shukri.
Sebelum ini pelakon, Rebecca Nur Islam telah tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.
Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.
Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik”
Terbaru Bonda Rozita tampil mempertahankan dan membuat luahan tentang menantunya Shahida yang dianggap sebagai seorang wanita yang hebat di hatinya. Bonda juga sangat sayangkan Shahida.
“Shahida wanita yang saya kasihi. Beauty with brain. Sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu. Jika saya uzur nanti pasti dia ialah menantu yang boleh menemani saya. Allah jagakan insan ini untuk Kri (Aliff Syukri) dan anak-anaknya.
“Dia sahabat baik saya yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tak tahu. Saya sorokkan. Hanya dengan Ida saya ceritakan. Dia wanita hebat di hati saya.
“Saya pernah jadi menantu. Saya tahu pedih dan susahnya masuk dalam keluarga suami. Saya ingin menjadi mentua yang terbaik pada mereka.
“Saya patut berterima kasih kepada menantu perempuan sebab dia melayani anak lelaki saya dalam susah dan senang. Saya tahu bagaimana rasanya masuk dalam keluarga orang. Kekok dan rasa terasing.
“Saya sangat membela hak menantu. Kerana saya tahu kelemahan anak-anak saya. Mereka ialah anak orang yang perlu dihargai. Menantu pilihan saya Ida dan Fiza ialah hadiah termahal saya beri pada anak lelaki kerana mereka sabar, bijak dan kuat. Itulah kecantikan mereka. Dia adalah anugerah Allah yang bernilai dalam kehidupan saya,” tulis Bonda.
Menantu Saya Tak Kaya Tapi Kaya Kebaikan
Bonda juga turut memuji Shahida yang tidak pernah meminta-minta harta daripada anaknya biarpun dia sendiri pernah meminta menantunya untuk berbuat demikian.
“Menantu saya tak kaya, tapi kaya kebaikan. Teramat baik. Tak meminta-minta pada anak lelaki saya. Saya pernah suruh Ida ambil duit Kri sebab saya risau Kri ramai peminat. Ida bukan mata duitan!
“Itulah menantu saat saya jatuh dalam bisnes dan emosi tentang hal-hal keluarga, Ida dan Fiza selalu temankan saya. Mereka setia dan ada untuk saya bila-bila masa,” kongsinya lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Di dunia fesyen intim, Triumph telah lama menjadi nama yang dihormati dan disegani. Menggabungkan unsur-unsur reka bentuk canggih dengan keselesaan yang tiada tandingan, Triumph mencipta pakaian dalam yang benar-benar istimewa untuk wanita.
Sesuai untuk wanita yang berasa diri sangat istimewa dan dihargai, melalui koleksi terbaru The Signature Sheer, Triumph terus menetapkan standard tinggi dalam hal keindahan dan fungsi. Corak rekaan ‘T’ monogram yang menjadi ciri khas Triumph, memberikan rupa moden yang terkini untuk musim ini.
Terokai Dunia Fashion Dengan Koleksi Moden Triumph
Menawarkan koleksi pakaian dalam yang mewakili kehalusan, keanggunan dan kepercayaan diri, Triumph menawarkan pernyataan cinta terhadap diri sendiri dan keanggunan wanita melalui pemakaian bra koleksi terbaru mereka ini.
Meneruskan keunggulan koleksi The Signature Sheer, Triumph mengeluarkan tiga koleksi terkini untuk wanita yang menyayangi diri mereka.
Koleksi baju dalam yang selesa dan bergaya
Wired Padded Bra: Bra Pad Berwayar ini direka dengan sokongan signature Triumph iaitu Wire Light yang memberikan keselesaan maksimum kepada wanita yang mencintai payudara mereka. Bra ini diperbuat daripada material kitar semula yang mesra alam. Pada bahagian tulang tepi bra jenis ini, ia turut mencipta siluet agar payudara terletak cantik.
Wired Bra: Bra jenis ini mampu menyerlahkan bentuk payu dara yang merupakan aset kebanggaan wanita. Ia didatangkan dengan pad nipple discretion bagi memberikan lebih keyakinan kepada diri walau ketika mengenakan top mengikut bentuk badan.
Non-Wired Deep V Bra: Payudara wanita memerlukan peredaran darah di sekelilingnya untuk kekal anjal. Begitu juga puting juga berkeperluan untuk bernafas. Memilih bra tanpa wayar ini yang direka dengan garis leher infinti adalah pilihan wanita yang berani. Potongan cup di bahagian tengahnya sangat baik untuk mengampu payudara sekaligus menampakkan lurah lebih anjal dan terletak secara semulajadi.
Ketiga-tiga koleksi “The Signature Sheer” ini didatangkan dalam rona warna Toasted Almond, Decadent Chocolate dan Classic Black. Untuk tampil lebih menarik, kenakan seluar dalam sedondon dengan garis tepi tidak kelihatan.
Untuk perut tidak menonjol, dapatkan The Signature Maxi atau boleh memilih Smooth Hipster.
Lebih unik, koleksi eksklusif yang boleh didapati di pasaran mulai 28 September lalu, The Signature Sheer turut menawarkan dua koleksi tambahan iaitu :-
– The Corsage:- Top korset ini direka dengan jahitan bertulang bagi menyerlahkan bentuk badan ideal seperti jam pasir. Ianya sangat cantik kerana individu ini memiliki saiz pinggang yang kecil tetapi lemak badan sekata antara bahagian tubuh sebelah atas dan bawah. Anda boleh menangggalkan tali strap untuk mencipta gaya top berbeza. Ia direka tanpa wayar untuk keselesaan namun dilengkapi padded liner untuk sokongan ekstra.
Koleksi ini turut tampil dengan Long Sleeved top di mana ia direka dengan corak renda moden dan didatangkan dalam warna hitam klasik yang sofistikated dan kekal stailo.
Kedua-dua koleksi Top Korset dan Long Sleeved top ini terhad kepada butik Triumph terpilih sahaja seperti Triumph Boutique IOI City Putrajaya, Triumph Boutique Sunway Pyramid, Triumph Boutique Pavilion KL dan Parkson Pavilion KL.
Mengutamakan kain yang lembut dan ringan, setiap helai bra dan seluar dalam Triumph direka untuk memberi pengalaman yang mewah dan selesa. Materialnya yang sejuk dan lembut terhadap kulit membuatkan ia menjadi pilihan sempurna untuk wanita yang menghargai keselesaan tanpa mengorbankan gaya.
Triumph telah berjaya mencipta lebih dari sekadar pakaian dalam malah mereka telah mencipta pengalaman yang memungkinkan wanita merasa dihargai dan yakin pada diri sendiri. Dengan The Signature Sheer, wanita tidak hanya mendapatkan pakaian dalam yang indah dan selesa tetapi juga mendapatkan rasa percaya diri dan kepuasan yang datang dari rasa cantik dan dihargai.
Bahkan, Triumph bukan sekadar pakaian dalam biasa sebaliknya koleksi The Signature Sheer membawa seni dan keindahan ke dalam dunia fesyen intim. Dengan garis-garis halus dan potongan yang mengikut bentuk, setiap helai pakaian dalam ini adalah karya seni tersendiri. Corak dan warna yang ditawarkan dalam koleksi ini juga sangat indah dan feminin, menampilkan keanggunan dan kehalusan yang hanya dapat ditemui dalam produk Triumph.
Kesemua koleksi terbaru Triumph ini boleh didapati di semua butik Triumph seluruh negara. Bagi pembelian secara online, boleh layari https://my.triumph.com/pages/signature-sheer.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!