Memang ada benarnya berjaya mengekalkan 15-20 tahun usia perkahwinan, jika tiada sifat sabar diantara suami isteri tak mungkin ia dapat bertahan. Asas perhubungan dalam perkahwinan seharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi. Bersikap sabar bukan sahaja pada pasangan, namun juga pada perkara-perkara yang lain.
Bila orang tanya, dah berapa lama kahwin?
“15 tahun dah, 20 tahun dah…”
Wah, ni mesti pandai jaga hati pasangan, pandai masak, pandai mengemas rumah, pandai jaga badan, pandai bergaya.Seronok la boleh kekal lama macam tu.
Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…orang akan nampak macam 20 tahun tu adalah tempoh yang seronok, yang bahagia, walhal dalam 20 tahun tu dah macam-macam yang jadi dalam rumahtangga.
Sifat Sabar Dalam Hati
Dah pernah ada rasa nak berpisah, dah pernah ada rasa nak mengalah, dah pernah ada rasa tawar hati, dah pernah ada rasa nak hidup sendiri. Kalau bukan disebabkan sifat sabar yang ada dalam hati tu, tak mungkin dan hampir mustahil untuk bertahan selama tempoh tersebut.
Sepanjang tempoh mendirikan rumahtangga, ada naik turunnya…ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka…bukan hari-hari kita gembira, dan bukan juga hari-hari kita berduka.
Sabar Dalam Rumahtangga
Sabar dalam rumahtangga ni tak terhad kepada sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan semata-mata. Ada orang bersabar dengan mertua, ada orang bersabar dengan ipar duai, ada orang bersabar dengan orang ketiga, ada orang bersabar dengan kesusahan keluarga, ada orang bersabar dengan ujian kesihatan, ada orang bersabar dengan rezeki Allah s.w.t dan sebagainya…
Ads
Kalau sabar itu tiada dihati, dalam beberapa bulan sahaja hubungan tu dah tamat, dah diletakkan titik hanya kerana tak sabar.
Tak sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dengan mulut mertua, tak sabar dengan karenah ipar duai, tak sabar dengan kehadiran orang ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya.
Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal untuk terus menanti sesuatu yang tak pasti. Hati kalau dah sayang, akan sentiasa meletakkan harapan dalam hubungan tu agar ianya berkekalan.
Ads
Selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yang difikirkan…
Untuk berada dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yang sukar, namun ianya juga tidak semudah yang disangkakan.
Hanya SABAR sebagai peneman.
Nota Kaki : Ada orang, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun…disaat kesabaran dia hilanglah dia mula untuk buat pilihan yang baru kerana dia dah cukup lama BERSABAR.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya sifat sabar asas dalam perhubungan perkahwinan untuk kekal bertahan lama. Bersabarlah selagi mampu bersabar.
Melakukan tugasan setiap hari dari celik mata dinihari hinggalah membawa ke tengah malam bukanlah satu tugasan yang mudah buat wanita yang bergelar ibu.
Bukanlah mengungkit atau berkira, namun bila suami dan anak-anak selalu bantu lakukan tugasan di rumah, hati isteri pasti berbunga. Terasa bahagia bila ada yang sudi mengurangkan bebanan kerja rumah yang tak pernah berkesudahan.
Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor dan hadam baik-baik penjelasannya:
Bila Suami Bantu Lakukan Tugasan Rumah
Semalam selepas Isyak saya on washing machine. Dan kemudian pukul 10 lebih saya dah terlelap.
Bangun awal pagi saya turun bawah siapkan menu sahur, sediakan ubat Abah dan keperluan lain. Sudah ready semua saya gerak (kejut) Abah dan si kembar yang tidur di ruang bawah. Tak lama kemudian encik suami turun dan sahur bersama- sama.
Selesai sahur dia bantu saya mengemas dapur, basuh periuk nasi dan sebagainya.
Suami Bantu Sidai Pakaian
Bila naik atas semula saya jenguk ke balkoni. Lega. Setel satu kerja. Encik suami ku dah siap sidai semua pakaian yang dibasuh semalam di ampaian. Tak pasti sama ada dia sidai semalam atau sebelum turun sahur tadi.
Ya, antara salah satu punca mood orang perempuan stabil adalah disebabkan perkara kecil seperti ini. Mungkin kecil bagi orang lain, tapi tidak bagi kami kaum wanita.
Bila ada yang membantu memudahkan tugasan di rumah hati cukup rasa berbunga- bunga.
Isteri Rasa Happy Bila Suami & Anak Membantu
Percayalah…
Apabila suami dan anak- anak selalu bantu melakukan tugasan rumah bersama ianya mengurangkan tugasan dan penat lelah kita seharian. Bila kurang tugasan, badan dan otak taklah penat dan ini membuatkan mood kita happy dan ceria.
Andaikata seorang ibu atau isteri secara tiba- tiba hilang mood, mungkin ini antara puncanya. Segeralah bertindak. Bantu dia melakukan tugasan rumah bersama- sama dan pasti anda akan lihat dia berubah menjadi individu yang 'normal' semula.
Bantu Hari-hari Lagi Happy
Sebenarnya kaum wanita bukanlah serumit yang disangka. Tak susah pun nak happy kan orang perempuan ni. Kalau bagi bunga atau hadiah satu hari saja happy, tapi kalau selalu bantu buat kerja rumah hari- hari jadi happy. Happy wife, happy life.
Terima kasih kepada kaum adam yang ringan tulang membantu melakukan tugasan di rumah bersama. Tindakan sebegini cukup buat kami kaum hawa rasa disayangi dan dihargai…
MW: Sesungguhnya mudah saja membeli jiwa kaum perempuan iaitu isteri, ringan tangan bantu serba-sedikit sudah memadai. Isteri tidak pernah meminta lebih, betul tak?
Setiap pasangan suami isteri tentunya mengimpikan bahtera perkahwinan yang dibina akan belayar dengan tenang sehingga ke hembusan nafas terakhir. Namun, tiada siapa dapat menduga, laut yang nampak tenang di permukaan, rupa-rupanya terdapat pusaran air yang hebat di bawahnya. Apabila pasangan yang nampak bahagia dan romantis itu tiba-tiba berpisah, orang sekeliling akan hairan. Tapi pasti ada sebab di sebalik perpisahan itu!
Tak Setia
Banyak faktor yang membuatkan pasangan berpisah. Antaranya faktor kecurangan pasangan. Wahai isteri. Tanyakan pada diri, apakah suami layak diberikan peluang kedua (atau ketiga..atau keempat) selepas kantoi curang dengan perempuan lain?
Hati seorang wanita cukup kuat dan tabah untuk menghadapi apa saja rintangan yang melanda. Malah diri mereka tetap utuh berada di sisi suami kala susah dan senang. Namun satu hal yang sukar untuk wanita terima, cinta dan kasih sayang mereka diperkotak-katikkan! Seorang isteri tak kisah hidup susah, asal diri suami setia dan jujur dalam perhubungan. Tapi, andai itu telah digadai, apa lagi yang tinggal?
Tepuk Dada, Tanya Hati
Bukan mudah untuk seorang isteri melupakan api kecurangan yang dinyalakan oleh suami dalam rumah tangga. Namun, demi sayang yang masih menebal, ramai yang memilih untuk memaafkan. Ya, itu pilihan si isteri. Namun, bukan bermakna isteri itu zalim jika tak dapat memaafkan suami. Itu bermakna hati mereka sudah hancur berkeping-keping, tak mampu dicantum kembali.
Janji Tak Ulangi
Ada suami yang beria-ia meminta ampun sehingga sanggup sujud di kaki isteri apabila dah kantoi. Katanya hanya ‘main-main’ saja. Tak ada niat nak serius pun. Kalau begitu, terpulang pada isteri untuk menerima atau tidak. Mungkin suami itu sudah benar-benar menyesal. Tapi, apa jaminan dia akan 100% berubah? Risiko tetap ada untuk dia kembali menabur benih kecurangan pada masa depan.
Demi Anak
Ramai isteri yang sanggup memaafkan suami berkali-kali atas nama anak-anak. Jangan begitu! Pilihan di tangan anda. Diri anda yang berhak membuat pilihan untuk kehidupan anda sendiri. Buat apa terus bertahan andai sudah tiada rasa cinta, kasih dan kesetiaan? Lebih baik keluar saja daripada perkahwinan yang menyesakkan nafas itu. Anak-anak akan faham nanti..
Berdoa Pada Allah
Yang paling penting, sujud dan berdoa kepada Allah SWT. Semoga diberikan petunjuk untuk kemelut yang berlaku. Jika isteri masih ingin meneruskan perkahwinan itu, mohonlah agar hati anda benar-benar ikhlas memaafkan kecurangan suami dan kemaafan itu bukan sekadar di mulut saja kerana hati anda akan selamanya sengsara andai maaf itu bukan tulus daripada hati. Kalau begitu, baik move on saja!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami kalau berdebat dengan isteri kena tahu, “Wanita sentiasa betul!”. Jadi berilah peluang untuk menang dalam kata-katanya. Insyallah rumah tangga akan lebih tenang.
Tapi kebanyakan ayah-ayah gemar mengusik isteri setiap kali ada benda atau perkara yang tidak kena di mata isteri. Ada sahaja perkara yang hendak dibangkang, mulalah isteri pun jadi emosi. Jadi berhati-hatilah wahai suami.
Ikuti peringatan Mohd Fhais Salim ini dan mengapa dikatakan wanita ini sentiasa betul dan tak pernah salah:
Suami Kalau Berdebat
Makan dekat foodcourt mydin baru-baru ini.
Wife beli nasi goreng paprik ayam. Sampai saja makanan, dia jamah sikit kemudia terus mengomel.
“Cakap masakan thai tapi tak ada rasa thai pun”
Dengan Isteri Kena Tahu
Saya pun cuba berseloroh.
“Nak rasa masakan thai kena pergi thailand lah”
Wife tak boleh move on lagi tu. Dia ngomel lagi.
“Mana nak rasa thai, yang masak dia bangla”
Saya seloroh lagi.
“Habis tu kalau makan western, orang western ke masak?”
Jawab selagi boleh. Orang perempuankan.
“Tu lain, tu western ni masakan thai, lain”
Krik..krik.. saya diam.
Wanita Sentiasa Betul!
Ini nasihat untuk semua bakal suami di luar sana.
Bila dah kahwin nanti kena faham satu benda.
Apa pun berlaku, kalau berdebat dengan isteri nanti kena tahu yang isteri sentiasa betul.
Makanan thai khususnya, kena ada rasa thai!
Jangan cuba-cuba nak berdebat, isteri anda pasti menang punya…
Kita diam bukan tanda kalah tapi diam sebab memang mustahil kita boleh memang
Anak-anak pun malas layan papa & mama dia berdebat pasal makanan thai. Huh!
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...