Bukan mudah untuk memiliki cahayamata apatah lagi jika sering mengalami masalah keguguran.Siapa sangka dalam tempoh 11 tahun usia perkahwinan Dato’ Fazley Yaakob dan Datin Azrene Soraya Ahmad Aziz, isterinya pernah mengalami keguguran hampir 10 kali!
Namun alhamdulillah, meskipun kerapkali mengalami keguguran sepanjang tempoh tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Penantian sekian lama, akhirnya mereka dikurniakan dengan rezeki kehadiran anak perempuan, Alayna Selma pada Oktober lalu.
Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Fazley sendiri didalam posting instagram yang miliknya.
“11 tahun perkahwinan di antara saya dan @azrene_ahmad kami di kurniakan 3 anak lelaki, keguguran hampir 10 kali dan akhirnya tiba anak perempuan bongsu #Ellie #AlaynaSelma Syukur pada Allah!”
Ads
Pengalaman Serba Baru
Ternyata kehadiran puteri kesayangan Alayna Selma (2 bulan) atau lebih mesra digelar Ellie adalah suatu rahmat buat pelakon, chef selebriti, motivator dan usahawan berjaya ini.Mana tidaknya,Dato’ Fazley cukup teruja dengan kehadiran Alayna Selma yang juga anak keempat pasangan ini menjadi penyeri buat kehidupan mereka sekeluarga, yang sekian lama menantikan kehadiran anak perempuan setelah dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki, Ahmad Fariedz Shah (Payish)9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash),8, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush),6. Keluarga bahagia ini , kini lengkap ber-6!
Ads
Bagi Dato Dazley, keterujaan dan pengalaman memiliki anak perempuan ternyata berbeza daripada memiliki anak lelaki.Perkara ini turut di kongsikan didalam posting intagram beliau;
Ads
“Kata orang2 tua, bila dapat anak perempuan semuanya pengalaman serba baru, saya anak lelaki 3 orang, yang bongsu ni barulah perempuan. Memang ternyata berbeza #AlaynaSelma #EllieFazley”
Alhamdulillah dan tahniah buat Dato Fazley sekeluarga diatas kehadiran puteri kesayangan, Alayna Selma. Semoga keluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan selama-lamanya. Buat wanita lain, yang sering mengalami masalah keguguran, jangan berputus asa,bersabar dan teruslah berusaha.Insya Allah, akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata suatu hari nanti.
Tanpa sedar ada ibu bapa yang membuat amalan ini, membanding-bandingkan anak-anak dengan anak yang lain atau anak orang lain.
Harapan mak ayah nak anak faham yang mereka perlu berusaha sampai jadi terbaik seperti yang diharapkan. Sebenarnya cara ini kesalahan yang boleh memberi kesan besar pada anak.
Salah satu dosa ibu bapa terhadap anak adalah membanding-bandingkan mereka.
Nak bagi contoh tak pandai pula. Tapi perkara ini memang sering kali berlaku. Saya percaya anda tahu.
Amalan membanding-bandingkan anak sama ada dengan adik-beradiknya sendiri ataupun dengan anak orang lain (kawan anak, anak kawan kita, anak jiran atau sepupu) adalah cara yang salah dalam mendidik.
Setiap anak adalah berbeza. Mereka ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sedangkan kembar seiras pun tak sama, inikan pula yang jauh berbeza.
Cara ini sangat berisiko mencederakan emosi, melukakan hati dan boleh mengakibatkan anak menyimpan dendam kesumat.
Mungkin masa kita kecil dulu pun kita pernah disakiti sebegini oleh orang dewasa yang kita hormati lagi kita sayangi. (Ya, ia lebih menyakitkan apabila yang melakukannya adalah orang yang dekat dengan kita.)
Bahkan terkadang amalan ini berterusan terbawa-bawa sehingga kita dewasa dan berkeluarga.
Contohnya oleh ibu bapa sendiri, ibu bapa suami/isteri, datuk nenek yang kita kasihi dan mungkin guru yang kita segani.
Saya percaya dosa ini masih diamalkan oleh ibu bapa sama ada disedari mahupun tidak.
Kita yang dulu pernah kena begitu, masa sekarang dah dewasa kadang-kadang buat perkara yang sama kepada anak-anak.
Perkara yang buruk tak elok diteruskan. Derita yang kita pernah rasa usah diwariskan kepada mereka dan zuriat mereka nantinya.
Ya, sedikit sebanyak kita terikut-ikut cara yang ibu bapa kita amalkan. Begitu pula dengan anak kita nantinya.
Yang baik, teruskan. Yang buruk, tinggalkan.
Jika marah (semua orang pernah marah), biarlah kerana Allah dan sebab sayangkan mereka.
Andai kita buat salah kepada anak (semua orang buat salah), jangan segan minta maaf. Salam, peluk dan cium mereka. Lafazkan maaf dengan ikhlas.
Kalau tak buat salah pun kadang-kadang boleh buat macam ini.
Anak-anak lebih mudah belajar daripada apa yang kita tunjukkan daripada apa yang kita cakapkan.
Terima kasih sudi baca sampai habis. Care to share.
RFS : Masih belajar jadi ayah mithali
Sumber/Foto : Raisul Fadhla Safiruddin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kebiasaannya lelaki ni kurang emosi dan lebih bersikap tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tetapi perasan tak, ada masa-masa tertentu lelaki ni secara tiba-tiba jadi lebih sensitif,emosi, cepat marah-marah dan naik angin walaupun terhadap perkara-perkara yang kecil je. Kita wanita ni, mesti rasa pelik bila perkara macam ni berlaku kan.Tiba-tiba je dia nak emosi nak cari pasal je dengan kita, padahal isu remeh je.
Sebenarnya,dalam situasi ini lelaki sedang mengalami sindrom “datang bulan” namun tidaklah mengeluarkan darah ataupun mengalami sakit senggugut ketika period seperti wanita. Perubahan keadaan ini dipanggil Irritable Male Syndrome (IMS) yang disebabkan oleh hormon yang tidak stabil, sebagaimana yang sering wanita alami iaitu PMS.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh The telegraph di United Kingdom, lebih daripada separuh daripada penduduk lelaki mengalami keadaan ini. Begitu juga dengan maklum balas daripada pihak wanita, lebih daripada separuh wanita memaklumkan bahawa pasangan mereka akan bertindak seperti cepat marah ataupun cepat sedih dalam masa-masa tertentu.
Ketika berada dalam tempoh ini, lelaki akan kerap berasa lapar dan dia akan lebih cenderung untuk merisaukan tentang berat badan mereka. Sesetengah orang akan cepat berasa marah, ada yang cepat berasa lapar dan ada sesetengah mereka yang inginkan kasih sayang daripada orang tercinta.
“Period” bagi lelaki ini mungkin kedengaran agak melucukan, namun, ia merupakan satu fenomena yang benar dan telah dikenalpasti oleh pakar-pakar perubatan di seluruh dunia.
Professor Peter Schlegel, seorang pakar perubatan di New York-Presbyterian dan Weill Cornell Medicine memberitahu bahawa kitaran hormon bagi wanita dapat dijangka setiap bulan. Namun, berbeza dengan lelaki, kestabilan hormon mereka tidak dapat dijangka dan boleh meningkat dan menurun pada bila-bila masa sahaja.
Antara punca IMS atau Irritable Male Syndrome ini ialah bila mereka stress. Selalunya dikaitkan dengan stress yang kronik. Masalah kewangan, perubahan hormon testeron dan masalah fizikal & spiritual.
1. Hypersensitive
2. Anxiety(Kerisauan)
3. Frustation(Kekecewaan)
4. Anger(Kemarahan) -ini adalah simptom yang sangat kerap berlaku, letusan emosi sebegini biasanya adalah tahap kritikal yang selalunya berakhir dengan pentengkaran.
1. Merajuk
2. Melenting
3. Marah-marah
4. Pening
5. Keletihan
6. Berleter
Oleh itu, sekiranya perasan perubahan terhadap emosi suami anda yang cepat marah ataupun sedih, berikan mereka sedikit ruang kerana mereka mungkin sedang mengalami fenomena ini dan janganlah terlalu cepat menghukum mereka. Mereka sendiri juga mungkin tidak tahu tentang fenomena ini, berikan mereka sedikit ruang sehingga hormon mereka kembali stabil.
Stay cool dan relaks. Macamana bila orang perempuan kena PMS, selalunya banyak berehat. Selain itu, carilah coklat. Coklat dapat menaikkan hormon serotonin yang meredakan sindrom PMS. Sebab ia mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.
‘Nota kali ini panjang’. Itu Pesan Puan Nina Azahari dalam perkongsiannya travel ke Perth, Australia bersama anak-anak yang masih kecil.
Walaupun panjang, amat berbaloi untuk dibaca sebab ada 15 point yang akan membantu mak-mak yang bercadang nak bercuti dengan anak-anak ke Aussie. Boleh simpan siap-siap dalam nota travel masing-masing ya.
“Saya cuma nak kongsikan pengetahuan & info tentang pengalaman saya, suami, adik ipar bersama 3 orang anak lelaki kami berumur 10, 6 & 4 tahun waktu kami bercuti ke bumi kanggaru minggu lepas.
Pastinya ramai yang berfikir panjang bila plan nak bercuti ke luar negara dengan anak-anak kecil. Kalau anak sorang dua mungkin mudah. Suami jaga sorang, isteri jaga sorang. Tapi, kalau anak ada 3 dan ke atas mungkin agak payah nak handle sekaligus.
Jangan risau, bercuti ke negara yang dikatakan agak strict dengan peraturan ni mungkin menjadi tempat pertama untuk anda bawa anak-anak bercuti lepas ni.
Sebab, Penerbangan ke Perth cuma 5 jam 30 minit. Perth merupakan bandar di Australia yang paling dekat & singkat waktu penerbangannya dari Malaysia. Selalunya parents risau nak handle anak mereka waktu dalam flight.
Tapi, percayalah. Perjalanan 5 jam 30 minit ke Perth memang takkan terasa dan anak-anak pun taklah rasa bosan dan buat perangai sangat waktu dalam flight.
Terpulang pada kos dan bajet anda. Kami pergi 6 hari 5 malam. Tu pun rasa tak puas. Orang kata stay lebih seminggu baru puas jalan.
Tapi sebenarnya kalau plan bercuti ni tak yah lama-lama. Biar sekejap yang penting masa percutian tu berkualiti. Kalau nak stay lama better pindah terus je. Kalau nak dapat harga hotel yang murah klik sinidan guna promo kod ini.
Kami berenam pilih AirAsia X je untuk terbang ke Perth. Tak la murah sangat. Tapi kalau compare dengan airline lain memang murah banyak pun.
Itupun 3 bulan sebelum berangkat baru nak cari tiket flight. Kalau nak lagi murah, boleh survey tiket setahun atau 6 bulan awal.
Kadang-kadang ada promosi di luar jangka & anda boleh dapat harga lebih berbaloi. (Ref: Airasia.com, malindo air & Malaysia Airlines)
Pilih musim yang sesuai untuk kita & anak-anak. Buat mereka yang belum tahu lagi, Australia sama seperti negara-negara Eropah mempunyai 4 musim iaitu :
musim sejuk (winter) musim panas (summer) musim luruh (autumn) musim bunga (spring)
Tapi, di Australia waktu 4 musimnya terbalik dari Eropah.
Summer (panas) : Disember – Feb Autumn (Luruh) : Mac – Mei Winter (Sejuk) : Jun – Ogos Spring (Bunga) September – November
Cuma di bumi Perth ni tak ada lah salji turun ye.
Kami pilih untuk ke sana pada penghujung musim bunga. Yelah, cuti sekolah hujung tahun pun dah start. Waktu ni Cuaca panas terik tapi berangin kuat.
Boleh cecah 26-33 degree waktu siang. Malam 16-18 degree. Sejuk juga sampai ke tulang tambah-tambah waktu malam.
Kalau pergi awal musim bunga boleh tengok bunga tulip. Tapi, kami tak sempat nak tengok pun sebab dah hujung-hujung. (Ref: Blog )
Sebelum tahu mana nak tinggal, kena tanye dulu berapa ramai yang akan pergi bersama? Untuk kami sepatutnya 8 pax (5 dewasa, 3 kanak-kanak).
Tapi last minit seminggu lagi nak terbang ke sana 2 di antara kami (ibu & bapa mertua) saya tak dapat join sekali.
Ada kecederaan dan memang doktor tak benarkan bapa mertua saya pergi. Tak apelah. Bukan rezeki.
So, cuma kami berenam je. Mula-mula Saya sewa apartment dengan orang Malaysia. Tapi last minit owner apartment kami murah hati upgrade kami ke rumah landed 2 1/2 tingkat.
Alhamdulillah rezeki. Dapat rumah besar sikit, selesa dengan semua kelengkapan & peralatan memasak. Owner Melayu ya. So boleh cuci, masak & kedai halal pun berdekatan.
Kemudahan homestay begini melancarkan lagi percutian bersama anak-anak. Jimat kalau masak di rumah berbanding makan di luar. Jimat berdollar-dollar u ols!
(Nota: Homestay rental – Datuk Burn)
Ya! Nak masuk Australia harus ada kedua-duanya. Passport dah tentu semua orang pun tahu . Tapi, visa ada negara yang orang Malaysia tak perlu apply pun.
Namun, nak masuk Australia mesti apply visa. Visa boleh apply online je . Tak perlu ke embassy. Within 1 day dah approve kalau takde masalah.
Macam kami, setiap sorang dah ada passport. Cuma visa kami apply berasingan. Bayar pada agent yang kami kenal RM20 je untuk sorang. Hari ni apply, esok dah approve. ( Nota: Online visa – nadia)
Lepas dah survey homestay, perlu tahu juga transport apa yang kita nak guna masa di Perth. Macam kami stay 6 hari. So, saya plan 4 hari sewa kereta sebab nak ke Utara & Selatan Perth.
So, baki 2 hari lagi kami berenam akan explore bandar Perth dengan CAT bas percuma je (Central Area Transit).
Tujuan utama sewa kereta supaya senang kat anak-anak ni. Diorang penat tak ada lah merengek tak tentu hala.
Masuk kereta pasang aircond boleh rest tidur sementara nak ke destinasi yang lain.
Ikut masing-masing punya cara, anak-anak saya ni wajib tidur siang. Kalau tak, alamatnya bersilat la dengan diorang. ( Nota: Rental car – Pak Jubaidi )
Walaupun kita pergi sana tak pakai travel agent, tapi wajib juga buat itenari. Itenari ni ibarat kompas kita waktu nak jalan-jalan kat sana. Kalau tak ada itenari, rasanya kita terpinga-pinga tak tahu nak ke mana.
Perth ni terlalu banyak tempat menarik. Sebab tu kita kena buat itenari day by day. Takde la membazir waktu nak cari arah yang boleh makan masa berjam-jam.
Bila buat itenari, buat sekali list restoran ape yang kita patut cuba. Kalau nak itenari dari saya pun boleh. Letak email address kat komen ye (komen di link status Facebook Puan Nina Azahari)
Kami sewa estima 8 seater. Kat sana kanak-kanak hingga umur 6 tahun wajib pakai car seat. So, untuk kami ade 2 budak kecik bawah umur ni, terpaksalah minta agent kereta sewa sediakan 2 car seat masa di sana.
Tapi jangan risau, agent sana pun dah tahu. Masa nak sewa kereta diaorang minta detail umur setiap penumpang, lesen & passport pemandu masa nak booking. So, diorang dah tahu kerja diaorang.
Peraturan di Australia agak ketat. Ikut rules dan jangan terbawa-bawa karakter acah-acah hero bila kat sana. Ini bukan kira skema ke tak skema ye.
Kalau dah kena saman terbang duit dollar tu baru korang tahu macam mana azabnya nak bayar saman tu.
Saman memandu melebihi had laju $300 dollar ke atas.
Saman tak pakai seat belt bagi setiap penumpang $300 dollar ke atas.
Saman tak declare food item $300 dollar.
Saman parking $300 dollar.
Senang cerita kalau tak ikut rules, duit kita habis kat saman je lah.
Kastam di airport Perth mahupun mana-mana airport di Aussie sangat strict. So, makanan dari Malaysia jangan bawa sembarangan dan jangan lupa declare dalam arrival kad masa atas flight.
Belacan, rendang, ayam, daging, barang tenusu, telur atau ubat-ubatan tak boleh bawa sembarangan.
Kalau tak declare, kena saman on the spot $300 dollar. Kalau declare tapi diaorang check beg atau ada anjing boleh detect segala makanan atau ubat tadi diaorang akan buang dalam tong sampah.
Tapi di Perth, banyak restoran halal. Ayam halal pun ade jual. Pasaraya pun banyak jual produk halal.
So, tak perlu nak beratkan beg dengan makanan-makanan dari Malaysia. Kami hanya bawa instant nasi goreng, biskut munchys & maggie je pun. Cukuplah makan 6 orang untuk 6 hari. (Ref: Group Tips Cuti Cuti Perth )
Yelah, duit RM mana laku kat sana. So, kenalah tukar duit awal-awal di Malaysia. Duit RM ni nilainya kecil.
Bila dah tukar duit, waktu membeli jangan nak convert-convert pula. Memang lah mahal. Anggap je 1 aud = 1 RM. Baru kita rasa lega. (Ref: Money Master Midvalley)
Tahu tak? Orang kata Perth ni bandar untuk orang-orang tua yang dah berumur untuk rileks-rileks. Sebenarnya nak bagitahu, kalau anda datang Perth, bandarnya memang tenang. Bukan untuk orang-orang tua je. Orang muda yang busy macam kita pun layak pergi ke Perth.
Bagi saya, view di Perth ni sangat bersih dan cantik. Bayangkan, daun kat jalan raya pun kita susah nak jumpa. Ni kan pula sampah seketul.
Kat sini, kita boleh educate anak-anak tentang kebersihan. Jangan buang sampah merata tempat. Kalau ada sampah simpan dulu sampai kita jumpa tong sampah. Kalau di bandar tak ada tong sampah, buang lah di rumah nanti.
Kat Perth, tong sampah memang susah nak jumpa. Even penduduk sana pun kalau bawa anjing, anjing mereka pula berak, mereka akan kutip najis dan letakkan dalam plastik.
Kemudian buang di rumah. Hebat akhlak mereka kan? Sikap tanggungjawab mereka tinggi.
Hari pertama: KL- Perth (Caversham & Perth city) Hari kedua: (Perth-Yanchep-Lancelin-Cervantes-Pinnacles-Guilderton-Perth). Hari ketiga : Fremantle city & Perth city Hari keempat: (Perth-Bunburry-Busselton-Dunsborough-Madhurah-Perth) Hari kelima: Shopping di Perth city Hari keenam: Perth – KL
(Dalam itenari lebih detail)
Bila plan nak jalan jauh, anak-anak kena diberi keutamaan. Cabaran besar masa kat sana bila kena kejut anak-anak bangun pukul 4 pagi.
Kat Perth waktu musim bunga ni, siang agak panjang. 4:30 pagi dah terang benderang. Maghrib pukul 7 petang.
So, sebelum bertolak esok pagi, malam dah warning anak-anak tidur awal. Sebab 6 pagi dah kena gerak. Ke Utara & Selatan Perth memerlukan kami drive 2 jam lebih untuk sampai ke destinasi.
Kalau ke Perth jangan terlepas peluang shopping di watertown outlet, Eshed market, chemist, Big W, Coles & woolworth. Barang-barang di sini agak murah berbanding tempat lain.
Korang akan terjebak nak beli:
– set pinggan mangkuk corelle
– sourvenir
– smiggle
– bonds
– branded perfumes
– ice coffee DARE
– pandora
– kasut skechers atau Dr martin
– corica apple strudle dan macam2 lah. Aduii tak boleh nak sebut semua.
Kalau nak cari makanan halal di Perth memang mudah. Antara restoran yang saya suggest mesti pergi macam Charcoal Chicken Express, Ispa kebab, Newros kebab, Lobster shack (Cevantes), Kailis Fish & chip (fremantle).
Senang kata, Perth memang pilihan yang best dan selamat buat family yang ada anak kecil macam kami. Segala kemudahan termasuk public transport pun mudah untuk kita faham.
Kalau nak rasa feel sebenar kena lah pegi ke Perth. Ape lagi? Tag pasangan masing-masing dan mulakan planning terbang ke Perth.
PS : saya ada full itenari. Kalau malas buat research boleh bagi email address nanti saya emailkan.