Sedapnya Sambal Belacan Cili Kering ni.Setiap daripada kita pasti ada nostalgia dengan sesuatu makanan ataupun sering kita makan atau resipi yang mak kita selalu buat masa kecil-kecil dulu. Ia pastinya suatu kenangan manis yang takkan dapat dilupakan apatah lagi jika ia air tangan daripada mak sendiri. Kesedapannya nya tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-katalah, walaupun ia hanya resipi yang simple je.
Melalui perkongsian oleh Murni Rahmat, beliau berkongsi resipi air tangan ibunya iaitu Sambal Belacan Cili Kering yang sering ibunya sediakan buat mereka adik beradik. Berikut antara perkongsian beliau;
“Masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat sambal belacan cili kering. Dah berbelas tahun tak makan, hari ni mak minta buatkan sambal belacan macam dulu-dulu. Dulu mak buat untuk kami. Sekarang saya buatkan untuk mak pulak. Nostalgia sungguh. Zaman kecik-kecik dulu kami hidup susah. Apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan. Sayang mak.”
Bahan-Bahan:
Sebiji bawang besar saiz sederhana *
Seulas bawang putih *
Seketul belacan *
Ikan bilis kalau suka *
Cili kering *
Asam jawa/limau
Garam dan gula
Ads
Cara-Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * sampai wangi.
2. Cili kering goreng dengan api perlahan, sebab mudah hangit.
Ads
3. Tumbuk/blend sampai hancur.
4. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya dengan garam, gula dan asam jawa/limau.
Ads
5. Sedap kalau makan dengan nasi panas, sayur lemak putih n ikan masin.
Biasanya, kalau beli air dalam tin, mesti ada yang pilih minuman jus aloe vera. Mungkin kalau anda yang pertama kali rasa, ia tidaklah ‘teruk’ sangat pun. Masih boleh terima kekenyalannya seperti agar-agar.
Mesti tertanya-tanya macam mana boleh hasilkan jus aloe vera ini dan cara membuatnya. Kat rumah memang banyak pokok, Cuma tak tahu macam mana nak manfaatkan nya.
Bagi tidak mensia-siakan tanaman ini, apa kata kita buat sendiri jus aloe vera kat rumah. Norija Nyoep turut berkongsi cara untuk membuatnya. Lepas ni, tak payahlah nak beli kat kedai, tambah perisa yang anda suka. Siap untuk di minum.
1. Mula-mula, ambil beberapa helai daun aloe vera yang sudah berbunga.
2. Kemudian, potong aloe vera ni dan kupas kulitnya.
3. Ambil isi seperti ini.
4. Potong isi aloe vera tu halus-halus bentuk kiub. Cuci potongan tadi dan toskan.
5. Masakan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan gula secukupnya.
6. Bila air + gula dah mendidih, masukkan kuib aloe vera yang ditoskan tadi dan kacau. Biarkan mendidih lagi beberapa minit sehingga kuib aloe vera tu terapung.
7. Apabila isi aloe vera dah terapung, kacau dan biarkan mendidih 5 minit. Jangan lama sangat nanti isi aloe vera tu hancur. Selepas itu, padam api dan biarkan sejuk.
Dah sejuk, masukkan ketul ais dan siap untuk di minum. Selamat mencuba.
.
MW: Kalau nak bagi sedap, bolehlah letak macam-macam perisa kan!
Pisang goreng antara menu minum petang kegemaran ramai. Nak buat pisang goreng yang rangup macam jual di tepi jalan, ada resipinya bancuhan tepungnya yang tersendiri. Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah atau pun di buat niaga juga nanti. Bila buat sendiri, lebih jimat dan puas hati makan.
Ini perkongsian resipi bancuhan tepung Puan Azura Haron yang dibuat niaga sebagai panduan.
NI RESEPI SAYA NIAGA YE. Goreng Pisang Krispy MEK ZURA. Saya halalkan dunia akhirat.Doakan saya pun di murahkan rezeki.Sihat pon rezeki juga aamin.
1 pek tepung beras yang 1/2 kilo (tak kisah brand apa)
1/2 sudu makan tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 sudu besar marjerin
3 sudu kfc garam
1 sudu kfc kapur makan (dibancuh dengan setengah cawan air)
1 sudu teh serbuk kunyit (saya tak guna pewarna ye. Kalau nak letak pun boleh. Tapi saya lebih suka yang ori kunyit je)
1 cawan ais atau air sejuk
resepi ni saya tak letak gula, kalau nak letak terpulang
Cara Membuat:
1. Campur semua dan bancuh macam nak buat lempeng tu, tapi jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
2. Agak-agaklah rasa dah ok, goreng dalam minyak yang banyak ye. Tengok pada kuatiti banyak atau sikit yang nak goreng.
Mingguan Wanita: Terima kasih berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang dibuat niaga. Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah, atau pun di buat niaga juga nanti.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi gulai tempoyak memang menjadi menu pembuka selera seisi keluarga. Kita buat sedikit kelainan dengan mencuba resipi gulai tempoyak telur goyang. Biasanya gulai tempoyak kita guna telur itik tapi resipi ini boleh juga menggunakan telur ayam.
Nampak sedap dan mudah dimasak. Malah menu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak, bolehlah cuba menu ini ya!
RESIPI GULAI TEMPOYAK TELUR GOYANG
BAHAN-BAHAN:
Telur ayam @ telur itik – digoreng goyang
Cili padi
Cili merah besar – buang biji
Bawang putih (guna banyak)
Tempoyak segar – ditumbuk @ dikisar halus
Air secukupnya
Serai – diketuk
Sedikit santan
Serbuk kunyit secukupnya
Cili api – boleh ganti dengan timun/petai/nanas muda/labu siam/terung
Garam, gula & penyedap rasa jika perlu
Asam keping – jika guna tempoyak baru yang kurang masam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih untuk mengurangkan baunya. Guna bawang putih yang banyak untuk memekatkan kuah.
2. Kisar cili padi, cili merah dan bawng putih hingga halus.
3. Masukkan bahan kisar dan tempoyak ke dalam kuali atau periuk yang bersesuaian.
4. Masukkan air dan serai yang telah diketuk. Jumlah air bergantung pada jumlah telur yang digunakan.
5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit.
6. Masukkan juga cili padi sebiji-sebiji. Ia boleh digantikan dengan bahan-bahan sampingan lain seperti timun, petai, nanas muda, labu siam atau terung.
7. Akhir sekali, masukkan telur ayam atau telur itik yang sudah digoreng goyang terlebih dahulu.
8. Perasakan dengan garam, gula dan penyedap rasa jika perlu.
9. Jika menggunakan tempoyak baru yang kurang masam, tambahkan asam keping.
10. Gulai tempoyak telur goyang sedia untuk dinikmati.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...