Kesudahan episod drama ‘Rindu kasih’, mungkin ada yang tak puas hati dan ada juga sedih dengan pengakhirannya. Bagi yang tak pernah ‘miss’ mesti sedih apabila melihat Salina lakonan Ummie Naziera yang selamat melahirkan anaknya dan diberi nama Fayyadh sewaktu dia menjalani hukuman dalam penjara.
Bagi yang menonton Rindu Kasih akan tertanya-tanya bagaimana keadaan bayi itu sedangkan ibunya berada di penjara. Malah, dalam dunia sebenar pun, ibu yang melahirkan anak ketika dalam tahanan perlu dijaga dalam penjara dan membesarkan anak mereka sepanjang tempoh tahanan.
Menerusi video yang dikongsika, Penolong Penguasa Penjara iaitu Naterah Abdullah menerangkan bahawa terdapat SOP membenarkan kanak-kanak yang lahir dalam penjara untuk berada di bawah jagaan ibu masing-masing sehinggalah umur mereka mencecah 3 tahun.
Selain daripada banduan yang biasa menjalani hukuman, ada juga banduan yang mengandung, yang melahirkan anak di dalam penjara.
Penjara Wanita Kajang turut memberikan rawatan yang khusus kepada ibu mengandung dan penjagaan anak.
Ads
Dari segi penjagaan anak, banduan dibenarkan menjaga anak sehingga berusia tiga tahun.
Selepas daripada usia itu, anak tersebut akan diserahkan kepada ahli keluarga atau Jabatan Kebajikan Masyarakat sekiranya tiada waris terdekat.
Malah, ahli keluarga atau anak tersebut boleh bertemu dengan ibu di dalam penjara secara bersemuka.
Mingguan Wanita : Moga dengan pencerahan ini dapat membantu mereka di luar sana yang masih tidak tahu prosedur bila banduan wanita yang melahirkan anak.
Video klipnya pada 20 Mac lalu ketika PKP baru dua hari dikuatkuasakan hanyalah berdurasi sekitar 1.24. Dalam klip video pendek itu Jep Sepahtu menyiram pokok di laman rumahnya, sambil menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah, mendapat hampir 1 juta tontonan di instagramnya.
Suami kepada selebriti Sariyanti ini lagi dilihat ada saja modal menghiburkan pengikutnya di instagram. Jep yang terkenal dengan kelebihannya ber ‘pick up line’ dan ber ‘punch line’ berkongsi rutin hariannya di rumah sepanjang tempoh PKP dengan cara yang menghiburkan.
“Kena extand lagi dua minggu pun, kita tak rasa sangat… Sebab kita tahu banyak benda boleh buat. Hari ni lipat baju, hari tu masak welcome-welcome. Taklah boring. Nampak…tolong orang rumah, dia pun tak penat sangat,”kata Jep sambil menunjukkan teknik lipat baju yang dibelajarnya selepas berkahwin. Tambah Jep lagi nak lipat baju, logo biar di depan senang sikit nak pakai.
Masak ‘Welcome-welcome’, lipat baju, tidurkan anak antara rutin harian Jep sempena PKP bersama keluarga
Memandangkan Sari sedang sarat hamil anak kedua mereka, Jep dilihat tak kekok memasak di dapur. Dari sesi menidurkan Baasit dengan gaya tersendiri, menggoreng jemput-jemput, yang dipanggilnya ‘Welcome-welcome’, demonstrasi melipat baju dengan logonya di depan dan kekeliruan antara ikan sardin dan ikan mackerel ketika memasak makan malam mereka sekeluarga membuatkan Sariyanti pun ketawa dengan penjelasan suaminya tentang dua ikan berbeza itu.
Sebenarnya apa yang Jep kata ni ada betulnya. Inilah masanya encik suami tolong bantu-bantu isteri buat kerja rumah. Kena extend PKP pun tak apa, sebab masa yang ada terisi dengan kerja rumah. Jangan kata Sariyanti, semua isteri-isteri di luar sana, confirm happylah bila encik suami ringan tulang. Time cutilah masa nak tambah pahala berbakti pada isteri ye tak. Sambil-sambil itu, isteri pun boleh rehat bila ada yang tolong ambil alih sekejap uruskan hal rumah dan anak-anak.
Bukan mudah bergelar anggota bomba, apabila berdepan dengan risiko nyawa menjadi taruhan ketika melaksanakan tugas. Terkini dilaporkan Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang cedera parah dalam operasi memadam kebakaran kilang Sabtu lalu meninggal dunia pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata Pegawai Bomba (PB) Mohd Firdaus Sulaiman, 32, meninggal dunia pada jam 4.15 pagi di Hospital Segamat.
“Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sikamat, Negeri Sembilan,” katanya hari ini.
Letupan Dalam Operasi Memadam Kebakaran Kilang
Dalam kejadian jam 10 pagi Sabtu lalu, seorang pegawai bomba dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah, manakala seorang lagi pegawai bomba melecur akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu.
Anggota ERT kilang yang parah dikenali sebagai Mohamad Azuraini Mahrani, 40, manakala pegawai bomba yang melecur adalah Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52.
Allahyarham Mohd Firdaus Sulaiman yang meninggal dunia selepas cedera parah dalam letupan ketika operasi memadam kebakaran di kilang.
Tercampak 10 Meter
Kesan letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahang letupan.
Akibat kejadian itu Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala Syed Putra menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga Pegawai Bomba atas tragedi ini sehingga kehilangan nyawa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah.
Anak kedua pasangan suami isteri ini disahkan hidapi CdLS, sindrom penyakit satu dalam 10 000 orang. Ketika akhir trimester kehamilan, doktor mengesan saiz kepala bayi yang dikandungkan kecil sedikit.
Ikuti kisah pasangan Fadli Ramli, 34 dan isterinya, Fauzan Azima Mohamad, 32 (Jaja) menjaga anak keduanya, Fateh Fadli, 7 bulan yang dilahirkan istimewa.
“Kehamilan kali kedua ini cukup menguja. Anak sulung saya Maryam Fadli, 2 tahun 7 bulan pun gembira dan tak sabar mahu bermain bersama-sama dengan adiknya nanti.
“Sepanjang mengandungkan Fateh, saya tak mengalami apa-apa masalah serius dan tugas saya sebagai isteri dan ibu tetap berjalan seperti biasa.
Namun, ketika kandungan di trimester ketiga, doktor beritahu saiz kepala anak dalam kandungan sedikit kecil. Walau bagaimanapun, kata doktor ia tak menimbulkan sebarang isu kerana kadang-kadang keadaan ini boleh terjadi.”
Sepanjang 9 bulan Jaja menempuhi alam kehamilan, bayi dalam kandungan tak menimbulkan sebarang masalah.
Pada 5 Ogos 2017, anak keduanya, Fateh selamat dilahirkan dengan berat tiga kilogram di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
“Selepas bersalin, saya hanya berpeluang melihatnya pada hari kedua kerana Fateh ditempatkan di unit SCN (special care nursery) dan saya pada masa itu perlu melakukan pembedahan hematoma (blood clot).
Bila masuk dua hari baru dapat tengok baby, naluri Jaja sebagai ibu mula merasakan sesuatu.
“Sebaik kami suami isteri sampai dekat unit itu, terus doktor pakar ingin berjumpa. Dalam unit itu, cuma ada jururawat dan doktor saja. Waktu itulah, naluri saya kuat memberitahu ada ‘sesuatu’ yang penting ingin doktor beritahu.”
Anak Ini Adalah Hadiah, Takkan Anggap Sebagai Ujian
Bila doktor maklumkan sindrom yang Fateh alami, Jaja lakukan ini agar dirinya terus positif membesarkan Fateh.
Mata Jaja tak lepas dari memandang Fateh. Sarat kasih sayang yang mendalam.
“Saya redha dan tetap sayang anak saya walau apa pun keadaan Allah tentukan dan Fateh adalah hadiah untuk kami dan sekalipun tidak akan menganggap kehadiran Fateh sebagai ujian.”
Dalam masa yang sama, Jaja mula membaca dan mendapatkan maklumat tentang CdLS di Internet.
“Saya buat research dan menghantar e-mel kepada CdLS Foundation di USA untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sindrom ini. Syukur. mereka membantu saya berhubung dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak CdLS di Malaysia.”
Waktu penulis Mingguan Wanita hubungi ibu Fateh, anak kecil ini baru berusia 7 bulan. Jadi, Jaja tidak dapat mengulas lebih lanjut tentang perubahan pada anaknya kerana Fateh masih kecil dan tidak dapat melihat perubahan sikap.
“Cuma, saya boleh kategorikan Fateh sebagai mild syndrome iaitu sindrom yang tidak terlalu serius. Jika dilihatkan fizikalnya, Fateh sedikit kecil dan kepalanya juga lebih kecil dari saiz normal.
“Doktor beritahu kami, kemungkinan Fateh akan mengalami kelewatan dalam perkembangan otak atau kelewatan dari segi pemikiran tidak sejajar dengan peringkat umurnya. Tapi kami akan terus berusaha memberi yang terbaik kepada Fateh supaya dia dapat belajar mengikut cara yang sesuai,” kata Jaja lebih lanjut.
Ini Terapi Yang Fateh Buat
Setakat ini, Fateh tiada masalah yang membimbangkan dan diberi kesihatan yang baik. Malahan, Fateh perlu menjalani fisioterapi setiap bulan dan syukur kerana pakar terapi mengatakan perkembangan fisio Fateh sejajar dengan anak-anak normal yang lain.
“Setiap bulan kami bawa Fateh ke di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Fateh juga perlu lakukan beberapa ujian seperti ujian mata, ujian telinga, echocardiogram, head ultrasound dan temu janji berkala dengan pakar kanak-kanak.
“Sebagai tambahan, kami bawa juga Fateh ke terapi berenang. Ini akan bantu perkembangan anak-anak istimewa dengan lebih cepat.”
Membawa Fateh ke mana-mana tak pernah mengundang perasaan segan dalam diri Jaja dan suami. Malah mereka bersyukur kerana terpilih untuk menjaga Fateh.
“Mungkin anak inilah yang akan memberi rezeki melimpah ruah kepada kami. Mungkin anak inilah yang akan mengajar kami erti sebenar kasih sayang, pengikat cinta keluarga kami.
“Siapa tahu anak ini jugalah yang akan menyayangi kami hingga ke akhir hayat kami tanpa mengenal erti putus asa.”
Tiada yang diharapkan bagi Jaja sekeluarga selain ingin melihat Fateh membesar dengan sihat, dapat belajar seperti kanak-kanak normal yang lain, berdikari dan berdiri dengan dua kakinya sendiri suatu hari nanti.
Nasihat Jaja..
“Bagi ibu-ibu di luar sana, janganlah biarkan anak-anak istimewa ini tanpa didikan dan tunjuk ajar yang bersesuaian kerana mereka ini memerlukan orang yang arif.
“Jika ibu bapa tidak mampu untuk membawa ke sekolah berbayar, negara kita banyak menyediakan kelas-kelas percuma bagi kanak-kanak istimewa.
“Ada juga bengkel dan taklimat tentang bagaimana untuk mengurus anak istimewa. Apa yang penting adalah, jangan kita abaikan kebajikan dan bezakan anak istimewa ini dengan anak-anak yang lain.”
Info Tentang Cornelia de Lange Syndrome (CdLS)
CdLS adalah sindrom genetik yang berhubung kait dengan kromosom.
Ia berlaku kira-kira satu dari 10,000 kelahiran. Memberi kesan tidak kira jantina lelaki atau perempuan atau bangsa.
Kebanyakan individu yang mempunyai CdLS mempunyai ciri-ciri yang sama atau hampir sama seperti fizikal badan yang kecil, tangan, kaki dan kepala; kening yang bersambung; bulu mata yang panjang; hidungnya lebih ke atas berbanding ke bawah (upturned nose) dan bibir yang nipis ke bawah.
Pembangunan fizikal dan kognitif individu juga lebih lambat daripada individu normal.
Tingkah laku diri yang mencederakan adalah perkara biasa dan antara 60-70 peratus mempamerkan beberapa tahap gangguan spektrum autism.
Speech delayed – Pergerakan kaki dan / atau anggota badan yang hilang berlaku dalam 25 peratus kes.
Masalah perubatan biasa termasuk penyakit refluks gastroesophageal, keabnormalan usus, masalah jantung, sawan dan cleft palate.
Sejak 2004, perubahan dalam lima gen berbeza telah dikenal pasti sebagai penyebab CdLS.
Dalam 99 peratus kes, perubahan gen yang menyebabkan CdLS adalah sporadis, tidak diwarisi yang bermaksud perubahan berlaku secara rawak semasa konsepsi.
Rujukan info: www.cdlsusa.org
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi kemalangan van kilang di Jalan Mount Erskine meragut nyawa seorang wanita dan mencederakan tujuh yang lain. Kisah sebak suami dan keluarga ini menyentuh hati ramai.