Uyaina akui berat badan naik lepas bersalin. Sememangnya selepas mengandung dan melahirkan anak pasti perubahan pada bentuk badan seorang wanita akan berlaku perubahan.

Begitu jugalah yang dilalui oleh pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad yang baru sahaja melahirkan bayi sulung.

Terbaru Uyaina menjawab sindiran seorang pengikut di Instagram yang berbunyi;

“Lepas bersalin ni, badan makin berisi… maaf ye Uyaina,”.

Uyaina Akui Berat Badan Naik Lepas Bersalin

Seperti mana luahannya, Uyaina mengaku berat badannya naik selepas bersalin anak sulung.

“Paling menyedihkan, ini adalah benar. Selepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam sedang mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” luah Uyaina.

Tambahnya lagi pada wakti ini sudah dua bulan selepas beliau bersalin.

Uyaina mengakui merupakan fasa yang agak mencabar juga untuk menurunkan berat badan.

IKLAN

Walaupun jaga makan namun penurunan berat badan agak perlahan.

“Mungkin saya bersalin melalui kaedah pembedahan jadi proses menurunkan berat badan agak lambat sedikit berbanding bersalin normal. Hendak kecilkan inci badan pun mengambil masa.

“Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menurunkan berat badan, tidak mengapa. Biarlah proses ini berlaku secara perlahan-lahan,” sambung Uyaina.

Menurut salah seorang netizen yang bernama arrosaekin1 perlu sebagai ibu itulah pengorbanan yang perlu dilalui;

IKLAN

“Ni lah pengorbanan org yg bergelar ibu mama ummi mommy ibu.. Perasaan yg takleh nak gambar dgn kata kata.. Anugerah terindah. Im proud that im a mother.. And how it changed our life..9 month journey to sgt la bermakna..setiap saat setiap masa.. Priceless.”

Untuk rekod, Uyaina telah mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Raja Urhan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan Terasa Hati OK…Yang Penting Kesihatan” Jozlynnhanania 

Menerusi ruangan komen selebriti dan pengikut setia Uyaina di Instagram memberikan nasihat buat ibu muda ini agar terus tabah dan tidak kecil hati.

IKLAN

Uyaina Akui Berat Badan Naik Lepas Bersalin “Pengorbanan Ibu, Perasaan Tak Boleh Gambarkan Dengan Kata-Kata” Uyaina Akui Berat Badan Naik Lepas Bersalin “Pengorbanan Ibu, Perasaan Tak Boleh Gambarkan Dengan Kata-Kata” Uyaina Akui Berat Badan Naik Lepas Bersalin “Pengorbanan Ibu, Perasaan Tak Boleh Gambarkan Dengan Kata-Kata” Uyaina Akui Berat Badan Naik Lepas Bersalin “Pengorbanan Ibu, Perasaan Tak Boleh Gambarkan Dengan Kata-Kata”

Mingguan Wanita : Memang tak mudah menjadi seorang ibu. 

Sumber : Instagram Uyaina Arshad

 RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI