Siapa yang tidak kenal dengan instafamous yang menjadi sebutan di kalangan pengikutnya. Setiap hasil sentuhan solekannya turut menarik perhatian sesiapa sahaja. Tidak hairan daripada pengalaam nzero dalam bidang solekan, namaya kini sering disebut-sebut.
Permulaan penglibatannya dalam media sosial, apabila dia memuat turun hasil solekan sentuhannya. Apatah lagi, pada masa itu, hasil solekan cukup membanggakan. Dengan taruhan wajahnya yang dahulu berjerawat dan mampu menutupi cela-cela yang solekan ringkasnya.
Daripada situ, dia mula mendapat permintaan untuk membuat solekan terutamanya solekan untuk orang kahwin atau bertunang. bayangkan ketika itu, pada tahun 2014, dia hanya mengambil upah untuk mekap orang bertunang dengan harga RM60 sahaja.
Kini, semuanya telah merubah kehidupan Nor Nabilah Zulyadaini, 26 tahun atau dikenali sebagai Bella. Sehingga sekarang jumlah pengikutnya di IG telah mencapai 969 000 dan setiap kali dia muncul secara live di media sosial, viewer masih ramai iaitu 10 000. Dengan populariti dan ditambah dengan kejayaannya dalam perniagaan yang berkait rapat dengan kecantikan, dia telah menerima anugerah Ikon Belia 2018 oleh kerajaan negeri Kedah dan Ikon Usahawati Utara 2019.
Cari Duit Sendiri
Menurut Bella, sebelum kehidupannya berubah 360 darjah, dia adalah anak kampung yang bekerja untuk menampung dan membantu keluarganya.
Ads
“Saya anak keempat daripada enam orang adik-beradik dan belajar sehingga tamat SPM sahaja. Tiada niat untuk saya sambung belajar kerana fokus saya adalah untuk bekerja dan membantu keluarga.
“Dalam satu hari, saya lakukan dua jensi kerja. Siang hari saya kerja di kilang ikan bilis dari jam 7 pagi hingga 5 petang dengan gaji RM15 sahaja. Malamnya, saya bekerja di kedai makan pula,” kata Bella yang berasal dari Tanjung Dawai, Kedah.
Sambung Bella lagi, memandangkan tidak mahu menyusahkan ibu dan bapanya kerana kesusahan hidup, Bella berkahwin pada usia muda dan kebetulan sudah sampai jodohnya.
“Saya berkahwin pada tahun 2012. Sebab utama saya kahwin awal kerana sudah jodoh, satu lagi supaya suami dapat tanggung saya dan tidak mahu membebankan keluarga. Lagipun perkenalan dengan suami tidak lama dan dia terus menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin dengan saya,” katanya yang berkahwin pada usia 20 tahun.
Ads
Jual Karipap & Belajar Solekan
Selepas berkahwin, Bella tinggal bersama mertua. Memikirkan tidak lakukan apa-apa Bella cuba belajar membuat karipap, cucur badak kuih keria daripada mertua untuk diletakkan di kedai-kedai makan berhampiran rumah.
“Pada masa yang sama, suami akan turut membantu kerana mendapat permintaan daripada penduduk kampung. Semua itu berlarutan sehingga tahun 2013. Pernah, saya berfikir dan bertanya kepada suami, sampai bilakah saya harus menjual karipap?,” kata Bella yang pekat dengan loghat Kedahnya.
Semasa hamil anak pertama pada tahun 2013, selain membuat karipap pada sebelah malam dan pagi, sebelah petangnya Bella akan menghabiskan masa dengan belajar solekan di media sosial dengan menggunakan alat solek yang ada sahaja.
Ads
Ada Pertikai
Walaupun nama Bella mula disebut-sebut dan mempunyai pengikut yang semakin ramai, ada juga yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Bella kerana dia tidak mempunyai sebarang sijil kemahiran untuk mengajar solekan.
“Tidak dinafikan, ada yang mempertikaikan kebolehan saya, tetapi pada saya, apa yang diajarkan itu adalah yang basic dan mengajar pada mereka yang ingin belajar cara solekan ringkas
“Pada masa yang sama, saya mula memperkenalkan makeupbybella. Banyak nama besar dalam media sosial yang membantu menviralkan hasil solekan saya. Daripada 11 orang pengikut menjadi 32k pengikut,” katanya yang turut mendapat jemputan untuk solekan dalam majalah dan mekap untuk selebriti serta mengajar kelas mekap dengan jumlah 200 orang setiap satu sessi,” katanya yang pekat dengan lograt Kedah.
Tambah Bella, apa yang diperoleh ini adalah rezeki untuk suami dan anak-anaknya. Bagi perancangan akan datang, Bella ingin tembus pasaran di Dubai dan setakat ini, Bella masih lai tinggal di Kedah dan akan berulang alik ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka niat untuk menghantar barangan keperluan anak di kolej matrikulasi tidak kesampaian. Pasangan suami isteri yang maut selepas kereta terbabas di di KM 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu, petang tadi dalam perjalanan menghantar barang yang dibeli kepada anaknya yang baru mendaftar di Kolej Matrikulasi Gopeng.
Keluar Beli Keperluan Barang Anak
Selepas menghantar seorang anak mereka ke kolej itu, Mohd Ramddan Abd Rahim, 44, dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43 serta ibu Mohd Ramddan, Noraini Ahmad, 63, serta anak pasangan itu yang berusia tujuh tahun, Nur Fatihah Najihah Mohd Ramddan keluar membeli barang.
“Mereka kemudiannya (ingin) kembali semula ke kolej matrikulasi berkenaan untuk menghantar barang yang dibeli namun sampai (dalam perjalanan) di tempat kejadian, kemalangan itu berlaku,” kata Ketua Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud.
Mohd Ramddan dan Kisdalliana terbunuh dalam kejadian itu manakala Noraini dan Nur Fatihah cedera parah apabila Proton Perdana yang mereka naiki terbabas kira-kira jam 5.20 petang.
Mohamad Nazri berkata hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lokasi kemalangan itu adalah di kawasan sebuah kilang memproses tayar terpakai.
Katanya, polis yang tiba di tempat kejadian mendapai Proton Perdana dinaiki empat beranak itu yang dipandu oleh Noraini dari arah Gopeng menuju arah Kota Bharu berada di atas pagar kawasan kilang itu dengan bahagian hadapannya menghala ke arah jalan.
“Dua mayat suami isteri itu berada berdekatan dengan kereta dinaiki mereka dan difahamkan kedua-dua mayat dialihkan oleh pihak bomba.
Menurutnya lagi, punca kemalangan itu belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Semoga anak yang baru mendaftar kolej ini diberi kekuatan untuk terus belajar meskipun kehilangan kedua ibu bapa tersayang.
Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, Elizad begitu mengharapkan kehadiran cahaya mata. Bukan sekali dua doanya dititip agar Allah membukakan pintu rezeki zuriat untuknya dan suami, Shamsul Baharin Rahman.
Pelakon dan mantan pengacara Mingguan Wanita Talkshow, Siti Elizad pada Februari lalu telah membuat keputusan mahu memberi fokus dengan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat. Perjalanan IVF ini juga sesekali dikongsi dengan pengikutnya di akaun Instagramnya.
Selesai Menjalani Proses Embryo Transfer
Terbaru, Elizad menerusi entri akaun Instagram telah berkongsi tentang dirinya yang baru selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya.
“Alhamdullillah syukur , baru selesai “ Embryo Transfer “ hari ni . Semuanya berjalan lancar. Doakan yg terbaik buat kami ya
“”Nervous tgu result akan dtg nnt . Hanya mampu berdoa . Moga2 adalah rezeki kami berdua , Selebihnya , kami hanya berserah pada Mu Ya Allah .
Sukar Gambarkan Perasaan
“Terima kasih Dr @dr.azlin @sophea_fertility & semua nurse yg byk membantu menenangkan saya tadi . Tak tau nak gambarkan pengalaman tadi . ” kongsi Siti Elizad.
Selain itu beberapa keping foto turut dimuat naik bagi tatapan ramai selepas melakukan proses itu.
Doa Dari Rakan Artis
Kami di Mingguan Wanita mendoakan Penyampai Radio Sinar FM ini dipermudahkan urusan mereka untuk memperolehi zuriat.
Sumber/ Sumber Foto: Instagram elizadsharifuddin Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Black Ivory’ diiktiraf kopi paling mahal didunia tapi sanggup ke nak menghirup secawan kopi ini bila tahu cara prosesnya menggunakan tahi gajah. Sebelum ini bagi penggemar kopi pasti biasa mendengar tentang kopi termahal di dunia iaitu kopi luwak ataupun Kopi tahi musang yang berasal dari Indonesia.
Kopi luwak pernah menjadi kontroversi sedikit masa dulu kerana keraguan dari segi hukumnya, adakah ia dibenarkan agama Islam untu meminumnya. Ini telah mendorong Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa kopi tersebut HARUS diminum.
Kopi Tahi Gajah
Namun kini ada satu lagi kopi yang terhasil daripada hasil pencernaan najis binatang yang amat terkenal di Thailand dan di kalangan penggemar kopi. Ia adalah Kopi Tahi Gajah atau dikenali sebagai Kopi Black Ivory. Ia mula diperkenalkan oleh Anantara, sebuah hotel di Thailand.
Menariknya Kopi Tahi Gajah ini ataupun Black Ivory Coffee ini bukan kopi biasa. Sebaliknya penghasilan pemprosesannya yang rumit membuatkan ia antara kopi yang dijual pada harga yang mahal iaitu kira-kira AS $1,100 (RM4,840) bagi setiap kilogram. Ini bersamaan AS $50 (RM220) bagi secawan kopi tersebut.
“Kajian yang dilakukan mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah itu mengandungi protein sekaligus menjadikan ia biji kopi yang dihasilkan lebih berkualiti”.
“Memandangkan protein memainkan peranan utama dalam menentukan rasa pahit kopi, maka kurang protein bermakna kopi yang dihasilkan akan kurang pahitnya,’’ demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan hotel berkenaan.
33 Kg Biji Kopi Untuk 1 Kg Serbuk Kopi
Hotel ini mempunyai pusat penjagaan gajah di utara Thailand yang digunakan untuk memproses kopi berkenaan. Setakat ini ada sebanyak 30 ekor gajah yang menetap di pusat penjagaan tersebut bersama dengan penjaganya.Untuk menghasilkan sekilo serbuk kopi, gajah-gajah ini perlu makan anggaran 33 kilogram biji kopi, selain makan harian nasi dan pisang.
Untuk proses pembuatan kopi Tahi Gajah, gajah-gajah ini akan diberi makan biji kopi. Najis atau tahinya akan segera dikutip semula apabila gajah tersebut membuang najisnya.Kopi di dalam tahi gajah tadi akan segera dibersihkan dan dikeringkan sebelum diproses lagi menjadikannya serbuk kopi serta dinamakan Black Ivory.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...