Perjalanan Akhir Anak Kedua, Ayah Tercedera Iringi Pemergian Jenazah Haziq

Cuaca hari ini mendung dan redup. Tak terik seperti selalu. Awan seakan tahu hari ini rakyat Malaysia sedang berduka dengan perginya seorang remaja 17 tahun, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor, Chirstchurch, New Zealand.

Tepat jam 12 tengah hari ini, bersamaan 5 petang di bumi New Zealand jenazah Muhammad Haziq selamat dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurch.

Mohd Tarmizi yang mengalami kecederaan parah semasa insiden tembakan pengganas itu turut dirawat di hospital. Selepas menerima rawatan dan pembedahan, beliau sudah dibenarkan pulang.

Tengahari itu bapa yang tercedera ini mengiringi perjalanan akhir jenazah anak keduanya, Muhammad Haziq. Ratusan umat Islam dari Malaysia, Afghanistan dan Iran juga ada di tanah perkuburan.

 

Perjalanan Akhir Anak Kedua, Ayah Tercedera Iringi Pemergian Jenazah Haziq

Ibu Dan Kakak Ambil Keputusan Tak Iringi Jenazah Haziq

Bersama-sama yang lainnya melakukan solat jenazah bagi memuliakan jenazah anak remaja ini.

IKLAN

Untuk hari ini, jenazah Mohd Haziq adalah yang terakhir dikebumikan di tanah perkuburan itu.

Bagaimana pun, ibu dan kakak allahyarham Haziq tidak berada di tempat pengebumian. Mereka ambil keputusan untuk berada di rumah, kerana mahu bersendirian. Dan memilih untuk menziarahi pusara anaknya pada waktu yang lain.

Sebelum tragedi, Allahyarham menyambung persekolahan di Burnside High School. Menurut pengetua sekolahnya, Phil Holstein, Haziq seorang pelajar yang begitu menghormati guru dan rakan-rakan sekolahnya.

Malah beliau juga mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan NCEA (National Certificate of Educational Achievement).

 

IKLAN

Perjalanan Akhir Anak Kedua, Ayah Tercedera Iringi Pemergian Jenazah Haziq

Rakan-rakan Sekolah Hadir Sebagai Tanda Penghormatan Terakhir

Kebaikan allahyarham melekat di hati rakan-rakan dan guru sekolahnya. Tengahari itu, suasana sayu terus menyelubungi tanah perkuburan. Kelihatan juga rakan-rakan sekolah Haziq hadir sebagai penghormatan terakhir untuk rakan yang mereka kasihi.

Ketika kejadian, Mohd Tarmizi bersama dua orang anak lelakinya, Mohd Haris, 12 dan Muhammad Haziq berada di masjid Al Noor untuk menunaikan solat Jumaat.

Biarpun, Mohd Haris tidak tercedera namun dia mengalami trauma disebabkan kejadian itu.

IKLAN

Perincian masa dan lokasi jenazah Mohd Haziq ditemui tidak boleh didedahkan kerana tertakluk dengan akta privasi New Zealand.” jelas Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Begitu juga dengan Suruhanjaya Tinggi New Zealand, meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga arwah mangsa. Jangan bersikap keterlaluan dalam mendapatkan maklumat buat masa ini.

 

Perjalanan Akhir Anak Kedua, Ayah Tercedera Iringi Pemergian Jenazah Haziq

 

Sumber/Foto : Astro Awani, Berita Harian, stuff.co.nz

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI