masih-belum-bercakap

Bapa ini, Azman Mustafa berkongsi pesanan, agar ibu dan ayah tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya. Enggan menerima kenyataan, walaupun anak sudah masuk dua tahun dan masih belum bercakap. Bapa ini masih enggan merujuk masalah anak pada pakar yang selayaknya.

Apabila anaknya yang bernama Ariff ini memasuki umur 3 tahun, masalah belum bercakap tetap juga terjadi. Malah, tantrum si kecil makin menjadi-jadi.

Dan akhirnya, ayah ini membuat keputusan untuk membawa Ariff bertemu doktor pakar psikologi kanak-kanak. Dari situlah segalanya terjawab.

Hadamkan perkongsian bapa ini.

Jangan Ikut Kesilapan Saya

Semoga Allah memberi memori yang kuat semasa saya menulis post ini kerana ia telah berlaku mulai tahun 2015.

Masa umur Ariff 2 tahun (2013) isteri saya kata dia ada masalah.Kami jumpa paedtrician kami dan dia kata Ariff OK. Saya pun rasa lega tapi saya tahu Ariff ada masalah.

Isteri pernah advise saya supaya baca tentang Autisme. Tapi saya malas nak tahu.

Mak mertua saya kata bagi Ariff masa sebab anak lelaki memang biasanya lambat bercakap. Saya pun rasa lega walaupun saya tahu Ariff ada masalah.

IKLAN

Masuk 3 Tahun Ariff Masih Belum Bercakap

Apabila umur Ariff masuk 3 tahun dia masih belum bercakap.Nak Minta susu pun tak pandai malah panggil saya Daddy tak boleh. Isteri kata nak bawa jumpa doktor. Saya kata tunggu Ariff masuk 4 tahun walaupun saya tahu dia bermasalah.

Tantrum Ariff menjadi jadi. Tak kisah masa atau tempat.Memang tak boleh duga bila dia tantrum. Nak bawa Ariff keluar pergi ke mall kena fikir 2 kali. Isteri saya dah tak tahan sebab Ariff menangis sebelum tidur. Ini berlarutan selama 2 minggu.

Kali ini saya tak kata NO pada isteri saya. Saya pun kena akur dengan keputusannya walaupun saya tak suka.

Jumpa paedtrician dan selepas Tu rujuk pada clinical psychologist..Keputusan Yang diberinya dia mengubah mind set saya selama lamanya iaitu Ariff disahkan Autisme..Menyesal memang menyesal dan saya mesti perbetulkam keadaan.

Pengajarannya:

Kalau anda rasa anak anda ada masalah dapatkan seboleh bolehnya 2nd or 3rd opinion dari pakar kalau Kita tak puas hati. Personally saya prefer clinical/child psychologist dan bukan paedtrican. Semasa saya buat assessment untuk Ariff Kali kedua pada tahun 2017 saya jumpa direct terus dengan clinical/child psychologist.

IKLAN

Kalau mampu….bawa anak terus ke terapi swasta. Tak perlu tunggu yang kerajaan punya.

Mulakan Search/explore tentang masalah anak. Tanyalah sesiapa yang sekasut.

JANGAN terpengaruh pada sesiapa pun terutama keluarga dekat yang tiada pengalaman membesarkan anak istimewa atau sesiapa yang sekasut dengan kita. Kalau hati Kita kata anak ada masalah memang biasanya adalah benar walaupun orang sekeliling kata anak kita normal.

Jangan ego.. Jangan denial dan jangan ignorant dan jangan MALAS. Kalau Kita ada salah satu atau keempat empat ni… ia akan menghancurkan masa depan anak kita nanti. Ini saya jamin. Bila dah terlambat nanti THERE IS NOTHING YOU CAN DO.

Hentikan salahkan diri sendiri. Tak guna dan buang masa. Tiada siapa nak layan Kita kalau Kita sendiri tak kuat. Hanya Minta simpati pun tak guna.

IKLAN

Minta maaf pada anak kerana kesilapan kita dulu walaupun anak tak faham. Cukuplah Allah sebagai saksi.

Kena PERCAYA naluri isteri sama ada Kita suka atau tidak. Bukan pada mak atau mak mertua kita atau keluarga terdekat sebab isteri Kita yang melahirkan anak Kita.

Baca sini : Putera sulung disahkan autisme, Dian Sastro kongsi beberapa ciri autisme, langkah intervensi awal pada kanak-kanak

Mingguan Wanita : Jangan bernanti-nanti ya mak ayah, lagi-lagi melibatkan masa depan anak-anak. Semoga kisah pengajaran bapa ini menjadi teladan untuk semua.

Sumber/Foto : Azman Mustafa

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI