Pemilik nama sebenar Sabrina Ali Dad Khan yang sudah tujuh tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya menamatkan zaman jandanya dengan memilih Wanji Aswandi sebagai suami.
Pernikahan pasangan ini melenyapkan gosip hubungannya dengan Saiful Apek. Sabrina Ali dan suaminya, Wanji Aswandi, kedua-duanya sebelum ini pernah melalui kegagalan rumah tangga, Wanji merupakan seorang duda sejak sembilan tahun lalu.
Menerusi perkahwinan pertama, Sabrina dikurniakan cahaya mata perempuan, Ariyana, 13. Dua lagi cahaya mata, Syed Aryan Khan, 9, dan Syed Adrian Khan, 7, pula menerusi perkahwinan kedua.
Sabrina Ali Doakan Rumah Tangga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat
Ads
Anak saudara penerbit filem terkenal, Datuk Dr. Yusof Haslam dan sepupu kepada Syamsul Yusof ini disatukan sebagai suami isteri di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Sabtu lalu.
“Kami mula kenal sejak Ogos lalu. Daripada status kawan ke teman rapat. Barangkali, mungkin disebabkan pernah berkahwin, jadi kami pantas mencipta keserasian dan memahami antara satu sama lain.
“Suami juga berdarah seni seperti saya. Dia bergelar pengarah aksi, penyanyi, pelakon, guru silat, penulis skrip dan buku.
Ads
“Kami pernah gagal dalam perkahwinan, sebelum ini. Semoga rumah tangga yang baru dibina ini akan kekal hingga ke akhir hayat,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi BH Online.
Difahamkan juga majlis pernikahan tersebut telah berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri 50 tetamu di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.
“Saya dan suami merancang mengadakan majlis resepsi, tahun depan sebelum bulan Ramadan. Tetapi, semuanya bergantung dengan situasi pandemik COVID-19
“Cukuplah, orang tahu saya sudah sah bernikah. Butiran lain seperti mas kahwin, wang dan dulang hantaran, saya memilih untuk tidak mendedahkannya,” kongsinya.
Seorang murid perempuan dipukul di sekolah dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas dipercayai diserang oleh seorang murid lelaki dalam satu insiden di sebuah sekolah rendah di daerah Sipitang pagi tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu mula menarik perhatian ramai selepas beberapa gambar mangsa tular di media sosial bersama dakwaan bahawa dia dipukul menggunakan tali pinggang.
Murid Perempuan Cedera Di Kepala
Dalam gambar berkenaan, murid tersebut kelihatan memakai pakaian seragam sekolah dengan kesan darah yang jelas kelihatan pada bajunya.
Menerusi foto yang sama, mangsa juga dilihat berada di dalam sebuah kenderaan sambil memegang kepalanya, dipercayai ketika sedang dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Murid perempuan cedera dipercayai dipukul oleh murid lelaki di sebuah sekolah di Sipitang. – Foto tular
Insiden Murid Perempuan Dipukul Di Sekolah Rendah Sipitang
Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintendan Awang Anak Suanda, ketika dihubungi, mengesahkan insiden itu berlaku dan memaklumkan bahawa siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Beliau berkata pihak polis akan mendapatkan keterangan daripada pihak sekolah, saksi kejadian serta ibu bapa mangsa bagi melengkapkan laporan siasatan.
Gambar Tular Tarik Perhatian Ramai
Beberapa pengguna media sosial turut meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan pelajar di sekolah selepas kejadian murid perempuan dipukul di sekolah ini tular. Ramai menggesa pihak berkuasa pendidikan memperketatkan pemantauan bagi mengelak insiden sama berulang.
Sementara itu, pihak sekolah dikatakan telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi membantu siasatan kes tersebut.
Tindakan Susulan dan Keselamatan Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijangka akan meneliti laporan penuh berhubung kes ini dan menilai semula prosedur keselamatan pelajar di kawasan sekolah rendah.
Pakar psikologi pendidikan turut menasihatkan agar murid yang terlibat diberikan sokongan emosi dan kaunseling bagi mengelakkan trauma jangka panjang. Guru serta ibu bapa juga digesa meningkatkan kesedaran terhadap bahaya buli dan kekerasan fizikal di sekolah.
Setakat ini, keadaan murid perempuan yang cedera di kepala dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital berhampiran.
Sakit tekak ini datangnya macam ribut, perginya macam siput. Kalau tak kena ubatnya memang ambil masa nak sembuh. Apa kata cuba rawat sakit tu dengan bahan dapur guna petua orang-orang lama.
Baca perkongsian dari Master Founder Produk Bahan Alami, Puan Sarifa Redzuan II tentang melegakan sakit tekak dengan bahan dapur.
9 Bahan Dapur Redakan Sakit Tekak
1 ulas Bawang putih – diketuk
2 Halia sebesar ibu jari – diketuk
1 sudu besar halba
1 batang kayu manis Ceylon (biasa pun boleh)
7 helai daun pudina
Madu
Secubit Garam bukit
1 hirisan lemon
Air 450 ml
Ini Panduan Petuanya
1. Rebus halia, kayu manis, halba, pudina dan bawang putih
2. Tutup api
3. Tapis masukkan dalam cawan
4. Perah 1 hirisan lemon
5. Masukkan 1 sudu besar madu
6. Masukkan secubit garam bukit
7. Kacau lawan jam sambil selawat dan minumlah untuk kelegaan
Amalkan Ikut Cara Ini
√ Minum sehari 2 kali.
√ In Sha Allah, tekak perit akan kurang sakit. Selang seli minum air asam jawa.
“Bahan ni mat salleh dah buat kajian tau. Anti radang , anti septik . Pendek kata mempercepatkan kelegaan . Cubalah petua melegakan sakit tekak dengan bahan dapur ini!”
√ Jangan lupa minum air putih secukupnya.
Sumber/Foto: Sarifa Redzuan II (Petua dan amalan orang lama)
3 Jenis Kayu Manis Ada Di Pasaran
Penting untuk anda mengetahuinya. Nanti mudahlah anda gunakan mengikut keperluannya.
1. Kayu Manis Cassia
Kayu manis ini biasanya suri rumah di Malaysia gunakan dalam masakan. Amat jarang digunakan untuk tujuan kesihatan. Ini kerana kandungannya yang agak kuat dan jika diambil berlebihan memberi kesan kurang baik pada tubuh. Aromanya istimewa dan dapat membangkitkan selera dalam masakan. Ia juga dikenali sebagai cassia cina kerana asal kedatangannya dari Republik Tiongkok.
2, Kayu Manis Ceylon
Nama asli untuknya ialah cinnamomum Zeylanicum. Ia digunakan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Berasal dari Srilanka. Ada juga yang menggunakannya untuk masakan. Tapi tumbuhan kayu manis jenis ini hanya pada sesetengah tempat saya kerana ia memerlukan cuaca yang khas untuk membolehkannya membiak dan membesar.
3. Cinnamomum Burmanii
Jenis kayu manis ini banyak ditemui di Indonesia. Ia berasal dari negara itu. Nama popularnya Kerinci kerana berasal dari Gunung Kerinci. Ia digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan jamu tradisional. Ia juga digunakan dalam masakan dan dapat membangkitkan aroma.
Sumber : kayumanisceylon.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang baru saja menimang cahaya mata ketiga mereka.
“Terima kasih Allah…. terima kasih semua yg mendokan kami syukur Alhamdullilah atas sgl nikmat dan kurnia mu ya Allah….. smg Allah balas jasa baik semua yg tak putus2 mendoakan kami…. amin….. luv u all so much! #babyboy” ungkap Diana menerusi entri akaun Instagram.
Sebelum itu suaminya, Zamarul Hisham, 49 menerusi perkongsian di laman Instagramnya, berkata, bayi yang lahir dengan berat 3.57kg itu amat bermakna buatnya dan keluarga.
“Syukur alhamdulillah. Hari Jumaat, jam 11.33 malam, lahirlah seorang putera seberat 3.57kg, di Avisena Women’s and Children Specialist Hospital.
“Kelahiran yang bakal menceriakan lagi keluarga kami. Terima kasih Allah atas rezeki yang kau berikan.
“Terima kasih wahai anakku kerana kelahiranmu membuatkan papa terasa semakin muda,” ujarnya.
Lahir Hari Jumaat
Dalam perkongsian sama, kata Zamarul, cahaya mata ketiganya itu sepatutnya dijangka lahir pada Rabu, 16 September, namun akhirnya selamat dilahirkan dua hari kemudian.
“Terima Kasih kepada pengikut yang sentiasa mendoakan Diana. Ingatkan baby nak lahir 16hb, rupa-rupanya dia nak hari Jumaat juga.
“Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan,” luahnya penuh syukur.
Zamarul dan Diana mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 10, dan Kayla Reysha, 3.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Zamarul Hisham & Instagram Diana Rafar Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie berkongsi kesedihan apabila arwah yang maut ditembak di Sungai Golok tidak sempat menimang cahaya mata sulung yang dijangka lahir pada hari kelahirannya.