Bila dalam keadaan terdesak, terbeban dengan masalah kewangan dan hutang orang memang sanggup melakukan apa sahaja. Mencari penyelesaian yang mudah dan cepat namun tidak memikirkan jangka panjang akibatnya. Barang kemas yang dipakai jiran juga, boleh menjadi sasaran digadaikan malah sanggup membunuh!
Terbaru seorang wanita tergamak membunuh jirannya sebelum mayatnya disorok di bawah katil dalam kediamannya di tingkat dua sebuah blok pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1 di sini.
Perkara itu terbongkar, petang semalam sebaik polis menjalankan siasatan berhubung kes seorang peniaga kuih warga Indonesia yang dilaporkan hilang oleh suaminya sejak kelmarin.
Isteri Hilang
Ketua Polis Daerah Subang Jaya,Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata suami mangsa, warga tempatan berusia 47 tahun pada mulanya pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam dan mendapati pintu hadapan tidak berkunci.
“Dia mendapati isterinya yang berusia 54 tahun tiada namun barangan peribadi termasuk telefon bimbitnya masih ada di dalam rumah.
“Selepas gagal mencari isterinya, lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis UJS 8 pada jam 12.01 tengah malam (semalam),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, malam tadi.
Ads
Jiran Gadai Barang Kemas
Abd Khalid berkata, kali terakhir lelaki itu bertemu dan berhubung dengan isterinya kira-kira jam 1.20 petang dan jam 3.45 petang, kelmarin.
“Semasa diambil keterangan, suami mangsa mengesyaki kehilangan isterinya ada kaitan dengan jiran mereka yang rumahnya terletak hanya kira-kira 10 meter.
“Ini kerana dia ada mendengar cerita mengatakan jirannya (suspek) menggadaikan barang kemas tidak lama selepas isterinya hilang dan mengetahui wanita berkenaan ada masalah kewangan serta hutang,” katanya.
Anggota polis dan pasukan forensik polis di lokasi pembunuhan seorang peniaga kuih di sebuah pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1 di sini, malam tadi.
Mengaku Bunuh Mangsa
Susulan itu, katanya, wanita berusia 39 itu dipanggil ke Balai Polis USJ 8 pada jam 3 petang, semalam untuk disoal siasat dan selepas hampir tiga jam, dia akhirnya mengaku membunuh mangsa di kediamannya.
“Kira-kira jam 8 malam tadi, suspek dibawa ke rumahnya oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) dan menunjukkan mayat mangsa yang diselubung dengan selimut disorok di bawah katil.
“Suspek dikatakan menelefon mangsa memintanya datang ke rumah dengan alasan tangannya cedera dan membantu menjaga dua anaknya yang berusia setahun dan tiga bulan, kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Ads
“Suspek mendakwa dia menghentak belakang badan mangsa dengan tangan sehingga terjatuh sebelum menghentak kepala mangsa ke lantai,” katanya yang turut memaklumkan suspek bekerja sebagai pembuat kuih di gerai mangsa.
Berpunca Masalah Kewangan
Menurutnya, motif pembunuhan ini dipercayai berpunca masalah kewangan dihadapi suspek dan terdesak membayar hutang berjumlah kira-kira RM5,000.
“Mangsa memakai banyak barang kemas dan mungkin ia mendorong suspek membunuh mangsa bagi mendapatkan barang kemas terbabit dan menggadainya untuk melangsaikan hutang.
“Buat masa ini, kita masih mengesan barang kemas terdiri daripada rantai leher dan gelang yang dikatakan sudah digadai suspek dan tidak dapat pastikan jumlahnya,” katanya.
Abd Khalid berkata, ketika kejadian suami suspek, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan bekerja sebagai kru produksi tiada di rumah namun turut ditahan bagi membantu siasatan.
Ads
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam pagi ini, untuk permohonan reman.
MW: Zaman sekarang ni ramai yang susah dan dalam keadaan terdesak. Hati-hatilah iya bila pamer kemewahan, pakai barangan kemas. Silap-silap boleh membahayakan diri.Niat orang dan mata-mata yang memandang kita tak tahu. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga di beri kekuatan menghadapi ujian ini.
Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia. Sebenarnya kanser boleh dirawat jika wanita dapat mengesan dan menyedari tanda-tanda tersebut dengan lebih awal.
Adalah amat penting bagi seorang wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan terutama di kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas.Ini kerana pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan.
Berikut antara tanda-tanda awal Kanser Payudara;
1. Ketulan Disekitar Payudara
Tanda paling awal ketika kanser payudara merebak adalah terdapat ketulan disekitar payudara. Tapi perlu anda tahu ada sebahagian wanita yang memang mempunyai ketulan dan boleh jadi itu bukan kanser.Sebaiknya apabila anda mendapati ketulan terus berjumpa doktor.
a. Tanda Mungkin BUKAN Kanser
Ketulan akan hilang selepas haid
Ketulan lembut
Ada beberapa ketulan di payudara
Terdapat ketulan di payudara sebelahnya
b. Tanda Mungkin Kanser
Ketulan terasa keras pada payudara atau bawah ketiak
Ketulan hanya ada satu
Kulit payudara mengecut
Keluar cecair lelehan dari ketulan tersebut
Tidak ada ketulan di payudara sebelahnya
2. Keluar Cecair dari Payudara
a.Cecair Jernih
Biasanya cecair ini tidak mempunyai warna atau jernih dan boleh agak kental artinya kanser masih dalam peringkat awal dan masih boleh diubati dengan cepat
b.Cecair Bercampur Darah
BIla payudara anda mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah atau boleh juga berwarna coklat artinya kanser sudah dalam tahap berbahaya dan mesti segera mendapatkan rawatan.
3. Warna Kulit Payudara Menjadi Merah
Ada perbezaan dari segi warna kulit payudara seperti kelihatan merah atau gelap di salah satu sisinya.Tanda ini mempunyai tanda khas iaitu bila disentuh akan terasa hangat namun pada berdekatan yang disentuh saja. selain itu boleh juga terdapat bengkak di bahagian yang berwarna merah tadi.
4. Terasa Gatal Pada Puting Susu
Sementara faktor lain sebagai tanda kanser payudara adalah terasa gatal pada bahagian puting.Selain itu kulit disekitar payudara juga akan mengelupas dan ini sangat sakit. Pada tahap ini sebaiknya segera mendapatkan rawatan kerana kulit adalah bahagian yang sangat peka apalagi bila terjadi pada bahagian payudara.
5. Saiz Payudara Menjadi Besar atau Kecil Tanpa Sebab
Biasanya bentuk payudara memang akan mengalami perubahan saiz bila anda masih dalam masa remaja ke arah dewasa. Tapi bila perubahan saiz pada satu bahagian payudara berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab boleh jadi itu adalah tanda kanser.
Selain itu, salah satu bahagian payudara mengalami perubahan saiz dan bentuk dari yang yang dahulu agak tegang kemudian menjadi kendur kebawah.
6. Terasa Sakit di Bahagian Payudara dan Tidak Hilang
Bila anda sedang masa haid atau hamil payudara memang biasanya akan terasa sakit dan beberapa waktu kemudian rasa sakit tersebut pasti akan hilang. Sebaiknya anda tengok pada bahagian yang sakit tersebut.Bila rasa sakit tidak hilang dan saiz payudara anda terus membesar boleh jadi adalah tanda kanser payudara, jadi apa yang harus anda lakukan?
Elakkan penggunaan minyak pereda sakit
Jangan disentuh-sentuh dengan kuat
Segera dapatkan nasihat pada doktor
7. Puting Masuk Ke Bahagian Dalam
Bila merasakan keadaan yang sangat tidak wajar seperti puting masuk ke bahagian dalam haruslah berhati-hati. secara normal puting akan menonjol keluar pada semua wanita dan jika ini terjadi adalah dengan segera berjumpa dengan doktor.
8. Terjadi Kerutan di Sekitar Bahagian Payudara
Setiap wanita yang mempunyai umur banyak pasti akan menghadapi kedutan di semua bahagian kulit termasuk payudara. Tapi bila anda masih muda namun memiliki sebuah kedutan di bahagian payudara anda harus waspada.Biasanya kedutan ini akan terasa amat kasar pada bahagian tertentu sahaja dan juga berwarna sedikit hitam.
Jika anda menghadapi dari satu atau semua tanda kanser payudara di atas cara yang paling betul adalah dengan segera berjumpa dengan doktor agar mendapatkan rawatan yang betul.
Kanser biasanya memakan masa 15 – 20 tahun untuk terjadi tapi ada juga yang terjadi dalam masa yang kurang daripada itu. Cara paling mudah untuk mengetahui kanser adalah dengan Blood Test untuk Cancer Marker.
Sayangi diri, tolong sampaikan maklumat ini pada wanita yang disayangi.
Selama ini msg2 sebok dgn qeja dan mencari rezeki membataskan masa dengan family ..
Alhamdulillah anak2 memahami mummy dgn daddy bekerja keras untuk masa depan yang lebih baik. .
Namun bila kita diuji dengan penularan wabak covid 19, sebenarnya ada sisi positif dan terselindung hikmah berharga yakni ruang masa bersama anak2 serta keluarga itu lebih banyak. Sambil kita menghormati dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, manfaat masa yang ada bersama keluarga. Lakukan apa saja aktiviti termasuk memasak dan makan bersama. Solat berjemaah bersama dan workout bersma, anak2 dgn laki (kecuali kami la.. blm workout lg lidah dah sampai ke lutut 😜) .
.
Sama sama kita pupuk nilai indah Rumahku Syurgaku. 😊
.
Sebarkan yang positif insyaAllah semoga mendung yang datang ini lekas pergi meninggalkan kita. Amin YRA🙏
Stay at home …Untung nya kami masa kuarantin ni dpt spend time dgn anak- anak .. kalau tidak , anak2 pun lupa mcm mana qupa mak depa – Rozita Che Wan
Betui kata Che Ta, dalam kita tak sedar…hidup kita terlalu sibuk dengan pelbagai urusan sampai ada masanya kita terpaksa ketepikan masa kita bersama keluarga. Dalam ada yang mengeluh bosannya duduk di rumah sampai tak tau nak buat apa, cuba kita renung kejap apa yang kita terlupa dan terlepas pandang selama hari ini.
Kalau sebelum ini mak-mak yang bekerja terpaksa hantar anak ke rumah pengasuh atau nurseri, ada yang terlajak ambil anak-anak lewat kerana tuntutan kerja di pejabat. Anak-anak ini terpaksa berdikari membesar ditangan orang lain yang kita amanahkan demi kita mencari kerja membantu suami mencukupkan keperluan seisi keluarga. Betulkan.
PKP lah waktu terbaik untuk berkumpul bersama anak-anak,memasak,mencuba resepi baru (walaupun ada waktunya tak menjadi 😆 ) melayan kerenah anak-anak dan suami..berbual dan solat berjemaah. Dalam tempoh PKP tak ada lagi isu terkejar-kejar mengejar rutin harian. Ada orang terpaksa berjauh dengan anak-anak, suami dan isteri kerana perlu bekerja di waktu getir ini. Kita yang diberi nikmat celik mata boleh pandang muka anak dan pasangan, lagi nak merungut.
Inilah nikmat yang kadang kita terlepas pandang. Sementara masa masih bersisa, manfaatkanlah masa yang ada bersama keluarga ini sebaiknya. Sama-samalah kita doakan Malaysia kembali pulih dari masalah pandemik ini. Hanya kepadaNya kita sama-sama berserah.
#kitajagakita #stayathome
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jadilah isteri hot untuk suami, pegang kata-kata ini jika kalian mahu bahagia hingga ke jannah. Suami adalah manusia biasa, mereka mempunyai keperluan yang isteri mesti penuhi. Silapnya isteri, apabila sudah berkahwin sibuk dengan kerjaya dan anak. Mereka tidak sedar tindakan itu mengabaikan suami.
Jika dilihat secara fizikal, suami tampak sasa dengan tubuh yang tegap berbanding isteri. Namun di sebalik sosok tubuh sasa itu, tersimpan perasaan yang begitu halus. Suami juga seperti kita, mereka mahukan layanan dan perhatian. Suami suka dimanja tapi ramai yang nafikan kerana ego.
Penampilan Rapi, Bau Harum
Untuk takhluk hati suami, isteri mesti bijak atur strategi. Tak susah pun, semuanya sudah diajar dalam Islam. Ada tiga nafsu suami yang isteri kena penuhi. Pertama, nafsu matanya. Suami suka melihat isterinya cantik, rapi dan harum.
Kesilapan kebanyakan isteri, bila ke pejabat penampilannya begitu anggun. Namun bila di rumah, selekeh dan kepam. Jadi tak hairanlah ramai suami yang ‘mati’ selera dengan isteri. Jom ubah tabiat ini, jadilah wanita paling hot di mata suami bukannya mata lelaki lain.
Jaga Makan Minum
Cantik sahaja tak cukup, isteri mesti rajin ke dapur. Nak pikat hati suami, tawan perutnya dulu. Belajar masak makanan kegemaran suami, jaga makan minum dengan baik. Suami pasti gembira melihat kesungguhan isteri memasak untuknya.
Walaupun ada pembantu rumah, bab makan minum suami kita kena uruskan. Sebaiknya makan bersama, namun jika kenyang temani suami di meja makan. Jangan biarkan suami keseorangan.
Layanan First Class Di Tempat Tidur
Nafsu ketiga suami adalah keperluan batinnya. Isteri mesti bagi layanan first class di tempat tidur. Jangan acuh tak acuh, keikhlasan isteri dapat dirasai suami. Sesibuk mana pun, tanggung jawab batin mesti dilaksanakan. Inilah syurga suami.
Sebagai isteri, kita dituntut menjaga penampilan luaran dan kecantikan dalaman. Jaga diri sebaiknya kerana kita adalah bidadari suami. Isteri yang hot pasti sentiasa dirindui suami.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...