Bukan semua orang berkemampuan untuk beli lauk mahal-mahal. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, ramai yang terjejas daripada sumber pendapatan. Lauk sekadar yang mampu, namun cukup membangkit selera dan mengenyangkan seisi rumah, apatah lagi air tangan daripada mak tersayang.

Kadangkala walaupun lauk simple, seperti sambal racun ni yang hanya guna 3 ramuan asas yang utama, namun rasa sedapnya tak terkata.

Boleh cuba resipi Sambal Racun yang dikongsikan oleh Puan Azlina Ina ini.

Arini petang baru terasa nak makan nasi.Tapi teringin makan macam ni. Dulu arwah mak ade masa sekolah-sekolah kalau mak takde duit nak beli lauk mahal-mahal dia goreng bilis terus buat sambal racun ni.

Nak tau kenapa sambal racun nampak simple tapi sedap dia ya Allah memang makan meracun fikiran nak tambah 5-6 kali hahaa.Boleh simpan di bekas kecik bertutup simpan peti ais tahan 1-2 bulan tau.

Geng dia nasik panas, ikan goreng ke bilis goreng, minyak ikan goreng tu letak kat nasi sikit dapat kicap renjis-renjis kat nasik, sumpah kalau tak tambah 2 kali memang sengaja la

Bahan-Bahan:

15-20 tangkai cili padi kalau kampung lagi sedap. Takde stok cili padi kampung tadi.Campur colour merah hijau lawa sikit sambal nanti. Kalau nak buat banyak tambah lagi kuantiti ek mana tau nak simpan
2 ulas bawang merah ( tengok jenis bawang, mak tunjuk bawang tu sedap)
1 inci belacan tapi kalau suka belacan lebih letak je

Takde Duit Beli Lauk Mahal-Mahal, Arwah Mak Buat ‘SAMBAL RACUN’ Ni

Cara Membuat :

1. Goreng dengan minyak sedikit kalau tak nak cili tu letup-letup, patah-patahkan cili tu ye
2. Dah layu masukkan dalam lesung.

Takde Duit Beli Lauk Mahal-Mahal, Arwah Mak Buat ‘SAMBAL RACUN’ Ni3. Tambah 2 sudu besar gula dan sedikit perasa. Tumbuk lumat.

Takde Duit Beli Lauk Mahal-Mahal, Arwah Mak Buat ‘SAMBAL RACUN’ Ni4. Tambahkan minyak goreng cili dan belacan serta bawang tadi dalam 1-2 sudu besar. Kacau kan.

IKLAN

Takde Duit Beli Lauk Mahal-Mahal, Arwah Mak Buat ‘SAMBAL RACUN’ Ni5. Tambah perahan asam limau. Alhamdulillah siap.

Takde Duit Beli Lauk Mahal-Mahal, Arwah Mak Buat ‘SAMBAL RACUN’ Ni

Kalau rasa ni makan dengan ulam gitu saja pun sumpah sedap giler.

Takde Duit Beli Lauk Mahal-Mahal, Arwah Mak Buat ‘SAMBAL RACUN’ Ni

Selamat Mencuba!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini :
RESIPI SAMBAL Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, Lauk Favourite Arwah Abah!

SAMBAL GARING Pedas Homemade Guna 4 Bahan, Makan Dengan Bubur Pun Sedap!

Masak Sambal Sardin Goreng Dulu Ikan, Kurangkan Bau Hanyir & Lebih Sedap!

Cara MUDAH Masak Sambal Hitam Tak Payah Rebus, Tahan Lama, 30 Minit Siap!

Mingguan Wanita : Mudah nya buat sambal Racun ni, guna 3 ramuan bahan utama je. Sambal simple macam ni memang sedap, boleh bangkit selera makan bertambah-tambah nanti. Kena cuba!

IKLAN

Sumber: Azlina Ina

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI