Memang ada benarnya, lumrah bagi kebanyakan pasangan suami isteri akan melalui detik sukar di awal perkahwinan. Dalam erti kata baru belajar nak mulakan hidup bersama. Ramai  yang menyewa, makan bercatu, keperluan rumah tak lengkap dan sebagainya.Ia merupakan perkara biasa. Namun, berkat rezeki selepas berkahwin dan usaha perbaiki pendapatan ubah kehidupan rumahtangga, fasa kesusahan yang dialami akan beransur menjadi lebih senang.

Buat pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan sedang melalui detik sukar dalam kehidupan ketika ini, percayalah, berkat usaha gigih dan saling menyokong diantara satu sama lain, akan memberikan kebahagiaan dan kesenangan di kemudian hari. Malah ia akan menjadi kenangan manis bersama untuk dikenang nanti dan akan lebih menghargai pengorbanan pasangan.

Jemput baca perkongsian Firdaus Shakirin ini;

Kalau kau kahwin dengan anak raja, anak menteri, anak Tan Sri, anak Dato, anak orang kaya… Maka, lepas kahwin kau cuci kaki ja masuk rumah dia.

Tapi kalau kau kahwin dengan orang biasa, yang keje makan gaji, keje sendiri atau berniaga, maka kau kena bersedia untuk hidup susah dengan dia.

Bukan senang nak kumpul duit 20k, 30k dengan hanya berbekalkan pendapatan bulanan sebanyak 1000 sehingga 2000…nak bagi mak ayah, nak bayar sewa rumah, nak bayar ansuran kenderaan, nak bayar duit minyak, duit makan, duit top up.

Baki baru menyimpan untuk kahwin.Ada yang setahun boleh dapat 20k, ada yang 2 tahun, ada yang lebih.Bila dah cukup duit, habis 20k digunakan untuk majlis…mungkin ada la sikit baki 1k, 2k untuk honeymoon. Selepas itu kembali kepada pendapatan bulanan yang selalu dapat.

IKLAN

Tapi lepas kahwin, nak kena beli mesin basuh, peti ais, dapur, almari, meja makan, sofa, tv, katil, tilam dan lain-lain lagi…dah ada isteri, tak kan nak bagi isteri tidur atas lantai.

Susah Diawal Perkahwinan Adalah Normal

Jika anda berkahwin dengan orang biasa, bukan orang kenamaan, tidur atas toto, biasa…pakai almari kain, biasa…tengah bulan makan megi, biasa…basuh baju guna tangan, biasa…kira duit syiling sebelum gaji, biasa…

Sementara nak ada kelengkapan yang mencukupi, maka kena susah-susah dahulu.

IKLAN

Then, satu persatu akan lengkap bila usia perkahwinan kita semakin berganjak tahun…cukup 5 tahun atau 10 tahun, dulunya motor ex5, sekarang dah berkereta…dulunya kereta myvi, sekarang dah mpv…dulunya kipas KDK, sekarang dah aircond Panasonic…dulunya tidur atas narita, sekarang dah tidur atas tilam Ziana Zain.

Dulunya menyewa, sekarang dah ada rumah sendiri.

Perubahan yang macam ni normal dalam alam rumahtangga orang biasa…jangan takut jika anda masih di fasa tidur atas lantai dengan pasangan atau rumah masih kosong tanpa perabot…usahakanlah untuk perbaiki pendapatan bulanan supaya kita boleh mengubah kehidupan rumahtangga kita.

IKLAN

Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.

Nota kaki : Bila dah senang, jangan pi umrah seorang diri.

Baca Lagi Di Sini: “Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia..”

MW: Semoga perkongsian ini menjadi panduan buat suami isteri dalam melayari bahtera rumahtangga. Rasa susah diawal perkahwinan merupakan lumrah bagi pasanngan suami isteri. Berkat kesabaran, usaha perbaiki pendapatan dalam rumahtangga akan memberi rezeki dan kesenangan nanti. Paling penting bila dah senang jangan lupakan pengorbanan pasangan yang sanggup lalui tempoh susah sama-sama dengan kita.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI