Baik suami atau isteri, kena ada simpanan kecemasan. Inilah yang akan membantu bila berlaku perkara yang tidak diingini. Sementelah kalau isteri bekerja, suami janganlah pula kedekut sampai duit belanja atau nafkah langsung tidak diberi.
Bagi isteri yang memahami dan punya kerjaya, ia tidak menjadi isu kerana ia turut membantu suami menampung keperluan keluarga. Tapi suami, janganlah ambil kesempatan. Mentang-mentang isteri bekerja, duit belanja dapur pun isteri kena keluarkan.
Ditambah puladalam keadaan sekarang ini, simpanan kecemasan suami isteri kena ada. Sebab itu, sangat disarankan untuk pasangan lakukan hibah. Bimbang , jika berlaku perkara tidak diingini terutamanya buat suami yang tidak lagi mampu kudratnya, bolehlah gunakan simpanan kecemasan itu untuk isteri teruskan hidup.
Apa yang penting, suami isteri jangan malu untuk istihar harta dan amanah dengan rezeki yang ada. Suami juga boleh sediakan simpanan kecemasan, bolehlah isteri gunakan bila terdesak, tanpa pelu mengeluh atau membazir. Benarlah perkongsian Mohd Fadhli ini.
Sejak tahun 2014, di awal perkahwinan, saya hanya sediakan keperluan asas untuk isteri dan rumah sahaja. Antaranya barang makan dapur, sewa rumah dan pendidikan anak-anak. Itu pun dibahagikan dua dengan isteri.
Senang kata, saya guna pendapatan isteri untuk menampung komitmen bulanan keluarga. Ini pun setelah berbincang. Isteri yang banyak uruskan kewangan. Sampai satu ketika, RM 10.00 saya minta isteri.
Bukan itu sahaja, duit belanja isteri untuk isteri ber ‘me time’ tak pernah saya beri sejak bernikah. Nak katakan hulur RM50.00 ni dua bulan sekali sahaja. Kadang-kadang tak beri apa-apa pun.
Ads
Syukur sangat isteri faham.
Tahun ini setelah 9 tahun usia perkahwinan kami, barulah saya ada upaya berikan duit poketnya. Paling tidak sebulan sekali. Jika dapat lebih dapatlah saya berikan sebulan dua kali.
Kalau dulu RM10.00 pun payah, Alhamdulillah setakat ni RM500.00 masih belum putus.
Bukan Nilai Duit Tapi Persefahaman
Ceritanya bukan pasal nilai duit. Ceritanya adalah persefahaman. Isteri mesti faham kedudukan suami. Isteri wajib tahu komitmen suami,hutang piutang dan baki duit dalam akaun atau beg duit suami.
Bukan nak ‘control’ tetapi memadailah ada rasa ihsan dan empati. Suami atau ayah kepada anak-anak ni tidak akan meminta jika tidak mendesak. Biasanya suami akan diam selagi mana dia mampu.
Sebab itu, suami isteri jangan malu untuk isytihar harta. Amanah dengan pasangan apa jua rezeki yang diperolehi. Sampai satu ketika jika suami mampu beri duit poket, jangan dipertikaikan nilai dan sumbernya.
Berdoa sahaja agar suami dimurahkan rezeki dan dikurniakan rezeki yang halal. Tapi jika dapat tahu suami dapat sumber yang haram, para isteri boleh pertikaikan.
Ads
Ini tidak, ada para isteri bila diberi sahaja duit poket dibalasnya ‘Ni je ke ?’, ‘Sikitnya bang’, ‘Bang, tak cukup….’. Sangat mendukacitakan
Bersyukurlah kalian dapat. Daripada isteri saya 8 tahun lepas duit poket pun tiada. Alat solek untuk hias diri pun dia beli sendiri untuk suaminya.
Ingat para suami, rezeki yang kita dapat hari ini adalah doa daripada isteri tercinta. Jangan kedekut dengan isteri. Berilah seadanya.
Bantu Suami
Sebab itulah para isteri yang berkerjaya wajib bantu suami. Paling tidak buat pelan kecemasan yang mengejut untuk suami. Kita tak tahu bila kudrat suami kita akan terhenti.
Mungkin terhenti kerana diuji sakit dan tak mampu bekerja atau meninggal dunia. Tatkala diuji inilah kita guna simpanan kecemasan tiba-tiba ini. Jangan mengeluh atau rasa membazir.
Bayangkan tiba-tiba suami kita stroke atau sakit jantung sehingga dah tak boleh kerja. Isteri yang perlu uruskan. Sampai satu peringkat isteri pula kena berhenti kerja sebab nak uruskan suami. Simpanan kecemasan atau hibah inilah akan bantu menampung.
Jangan kedekut, buatlah paling kecil RM50,000 atau yang mana mampu terus ambil RM 1 juta. Kita tak tahu bila suami kita akan hilang kudratnya dan begitulah sebaliknya.
Ads
Untuk saya, saya dah siapkan hibah untuk isteri. Saya siap-siap cakap, jika saya mati adalah sikit duit tunai untuk dia uruskan anak-anak. Jika saya sakit dan lumpuh, gunalah duit hibah itu untuk uruskan kehidupan saya.
Saya tak sanggup isteri saya hilang dari saya dan pudar sayangnya tatkala saya lumpuh atau dah hilang kemampuan. Saya tak sanggup nak orang gaji jaga saya. Saya nak isteri saya jaga saya.
Saya nak isteri saya jaga saya tatkala saya hilang kudrat sebagaimana saya jaga dia ketika dia berpantang selepas pembedahan lahirkan Khaulah dan Miqdad.
Bagi para isteri atau suami yang belum ada hibah/simpanan kecemasan buatlah.
Mingguan Wanita : Mungkin sekarang tak nampak tapi kalau diatakdirkan berlaku, sekurangnya ia dapat meringankan beban pasangan dan teruskan kehidupan dengan anak-anak.
Walau tak memiliki harta yang banyak dan hidup mewah, sebenarnya kita perlu lihat pelbagai sudut lain yang mampu buat kita bahagia dalam hidup. Jangan ingat duit dan harta saja REZEKI yang Allah kurniakan.
Tak mengapa kalau pun tak punya harta banyak, tapi melihatkan anak-anak dapat membesar dengan sihat dan cergas, ia juga satu rezeki yang tak ternilai harganya. Andainya anak-anak kita cemerlang dalam akademik, itu satu lagi BONUS. Betul kan?
Walau Tak Cemerlang Akademik, Cukuplah Cemerlang Akhirat
Namun, yang paling penting, didiklah anak untuk cemerlang di akhirat. Tiada gunanya anak hanya cemerlang di dunia. Pandai belajar dan berkelulusan tinggi namun tak mampu mendoakan kita kelak bila kita sudah tiada. Alangkah ruginya kita.
Oleh itu jangan bersedih andai anak kita mungkin tak secemerlang anak orang lain. Tapi dia seorang anak yang taat pada Allah dan pada kita ibu bapanya. Seorang anak yang sangat menyenangkan hati. Itu pun rezeki bukan? Cuma sebagai mak, sentiasa doakan agar dia tetap menjadi orang yang berguna dan berjaya dengan caranya yang tersendiri kelak.
Walau Tak Kaya, Suami Penyayang Dan Bertanggungjawab
Apa lagi yang wanita inginkan selain memiliki suami yang penyayang dan bertanggungjawab pada dirinya dan anak-anak. Itu juga REZEKI bagi seorang isteri. Apatah lagi pada zaman sekarang, ramai suami yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Tak dinafikan, duit itu penting namun ia bukan perkara paling utama dalam hidup. Bila suami seorang yang bertanggungjawab, sudah pasti dia akan berusaha keras untuk memenuhi kecukupan keluarganya biar pun mungkin tidaklah mewah.
Keluarga Sihat Juga Rezeki
Apa gunanya harta dan duit yang melimpah ruah jika tidak sihat. Tak kira yang diuji sakit itu suami, anak-anak atau kita sendiri. Maka, bersyukurklah bila ada keluarga yang sihat kerana kesihatan tak mampu dinilai dengan wang ringgit.
Bila anak sihat, kita tak risau dan boleh bekerja tanpa rasa risau. Bayangkan kalau anak asyik sakit, tentu hati tak selesa hinggakan terpaksa ambil cuti untuk menjaga anak.
Kita perlu sedar tentang kemampuan diri. Jadi jangan terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain. Mungkin orang lain boleh setiap minggu membeli pakaian baru untuk anak-anaknya tapi kita hanya setiap tiga empat bukan sekali baru boleh belikan. Atau bila tiba musim perayaan barulah dibeli yang baru.
Lagi pula, daripada membeli pakaian baru untuk anak-anak, lebih baik beri anak makan makanan yang sedap walau pun yang dimasak sendiri.
Bila kita hidup berlandaskan kemampuan diri kita, pasti semuakan akan cukup. Namun, tak salah sesekali nak reward diri dan keluarga dengan pergi makan di tempat mahal, tapi kira bajet dulu ye.
Sentiasa Syukur
Sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa brsyukur dengan rezeki yang kita peroleh dalam hidup. Bila kita sentiasa bersyukur tak tak merungut, hati kita akan tenang. Kita dapat terima keadaan diri kita yang mungkin tak semewah orang lain.Tapi kita tetap mampu bahagia dengan cara kita sendiri. Memang duit itu penting namun bukan segala-galanya. Ingat tu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernah tak mak-mak rasa nak marah tak tentu pasal. Lebih-lebih bila balik rumah dengan keadaan yang bersepah-sepah, anak buat hal dan menangis tak tentu pasal. Keadaan inilah yang membuatkan mak-mak rasa ‘sensory overload’.
Jangan dibuat main-main dengan ‘sensory oveload’ kerana ia boleh memberi kesan yang lebih teruk pada mak-mak. Ingat keadaan ini hanyalah sementara dan akan hilang begitu saja. Tetapi, sebenarnya ia boleh membawa kepada kemurungan. Jangan main-main.
Perkongsian daripada Nurul Sheriena Musa boleh menjelaskan lebih lanjut lagi tentang ‘sensory overload’ yang mungkin mak-mak tak tahu sebelum ini.
Kenali Ciri Ciri Sensory Overload Yang Boleh Terjadi Pada Ibu Ayah
Selalu kita katakan anak anak Sahaja ada Sensory Overload. Tapikan kalau anda benar benar faham yang sensori ini seolah-olah makanan pada otak maka anda fahamlah yang setiap daripada kita perlukan stimulasi sensori.
Tapi jika antara ciri ciri di bawah ini anda ada maka mungkin kita sedang alami sepertimana anak sedang alami iaitu Sensory Overload.
1️. Mudah Rasa Nak Marah 2. Semua Benda Salah kita sahaja Betul 3. Tidak Boleh tengok Rumah bersepah 4. Sentiasa mahu Perfection 5️. Susahnya Nak Fokus 6️. Terasa sekeliling Sangat Bising 7️. Sangat Oversensitif dengan Bau sekeliling 8️. Masih rasa Penat walaupun sudah Rehat 9️. Sentiasa rasa Lesu Dan Tiada Semangat 1️0. Lebih suka duduk sendiri
Ciri ciri ini mungkin ada pada ibu atau ayah malah sesiapa sahaja yang alami Sensory Overload di mana perkara sekeliling berlaku sangat pantas dan anda mungkin tidak bersedia dan anda perlukan MASA untuk memproses.
Sensory Overload ini boleh terjadi pada sesiapa. Jika kes orang dewasa ibu atau wanita adalah orang yang selalu mudah terdedah dengan Sensory Overload.
Sebab kitalah yang sering layan karenah anak dan selalu ketepikan diri kita. Ya memang bagus. Ya memang fasa 0 ke 4 tahun waktu mencabar.
Tapi dalam fasa itu belajar lah juga Self Care diri untuk keharmonian diri.
Saya juga seringkali dalam terjebak dalam fasa ini. Tapi nasib baik ada guru dan circle menarik saya untuk tidak berlama lama.
Bila Sensory Overload terjadi
1. Ambil masa rehat. Pause sekejap 2. Cari Guru. Ambil aura dan semangat 3. Jumpa circle yang menyokong bukan Menyindir. 4. Dapatkan Pelukan kasih sayang Keluarga kita
Ya sensory Overload juga jika tidak dibantu mungkin lebih ramai ibu atau ayah akan terdedah risiko depression, anxiety dan macam macam lagi.
Jika nampak pasangan kita begini bantu dia dan jika nampak sahabat kita begini bantu dia ya.
Tak dapat Bantu. Doakan dia.
Tip Kekal Tenang
Beberapa tip untuk kekal tenang bila berhadapan dengan situasi burn out
1. Deep Breathing. Teknik ini banyak kali saya kongsikan sebelum ini. Bila kita betul betul tarik nafas dalam dalam jumlah oksigen masuk ke dalam otak adalah optimum. Jadi nak Tenang pastikan Oksigen juga Cukup sampai ke otak. 2. Bercakap dan Meluahkan secara berterusan. Tidak perlu tunggu ada masalah baru nak cakap. Tapi amalkan komunikasi berkesan dalam keluarga Bila rasa penat dan lelah dan mahu meluahkan cari orang yang kita percaya untuk meluahkan. Kadangkala It Could be a Stranger who just Listen. 3. Tengok jenaka ini sebenarnya bagus sebab boleh bantu rembeskan hormon endorphins. Hormon yang buatkan rasa gembira. Dalam sesi therapy ada juga jalankan Sesi Laughter Therapy atau Clown Therapy untuk buat pesakit kronik, kanak kanak untuk beri mereka motivasi. 4. Gerakkan Tubuh Badan Ini kalau tak buat memang badan akan lebih mudah freeze. Hadapi masalah je freeze dan tidak hadapi cabaran itu. Jadi perlu ada senaman yang kita lakukan sekurang kurangnya 30 minit dalam 3 ke 4 kali seminggu. Gerakan ini juga mampu bantu badan release hormon endorphin The Feel Good Hormone. 5. Sentiasa ingat pause. Berhenti kejap beri masa untuk diri proses apa yang berlaku. Tidak usah bandingkan. Bila rasa letih rehat bukan berhenti.
Lakukan sesuatu yang kita suka. Hiking Yoga Lepak Cafe Menjahit Melukis Baca Buku Pergi Facial Ke Spa
MW: Sekurang-kurang dengan tip yang diberikan ini dapat meredakan ‘sensory oveload’ yang mak-mak alami.
Isteri yang berhias dengan baik dapat menyemai kepercayaan diri dalam dirinya. Ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga kepada suami. Suami akan merasa bangga dan gembira memiliki isteri yang yakin dengan dirinya sendiri. Kepercayaan diri isteri juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keintiman dalam hubungan.
Daya tarikan fizikal antara suami isteri adalah aspek penting dalam perkahwinan. Dengan berhias, isteri dapat mengekalkan atau meningkatkan daya tarikan fizikalnya. Penjagaan terhadap penampilan luaran dapat memberikan kepuasan kepada pasangan, mencipta rasa teruja dan cinta yang berterusan.
Ini Sebab Penting Isteri Kena Rajin Berhias:
1. Bila kita cantik, kita bahagiakan suami. Insya-Allah kasih sayang suami akan lebih kukuh dan kekal.
2. Untuk memenangi hati suami, menjaga kecantikan diri adalah kuncinya. Kita cantik, suami gembira dan lebih sayang kita. Apa yang kita perlukan lebih mudah dipenuhi oleh suami.
3. Sentiasa ingatkan diri kita, usaha kita berias mencantikkan diri untuk suami adalah suatu ibadah dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.
4. Jangan kita cemburu atau marahkan suami yang suka melihat wanita cantik dan seksi, tetapi kita ambilnya sebagai cabaran untuk kita berias lebih cantik dan seksi daripada wanita lain. Insya-Allah kita lebih berpotensi memnangi cabaran tersebut.
Apa Agama Kata Tentang Isteri Yang Merias
Salah satu peranan isteri kepada suami adalah berhias dan memakai cantik-cantik untuk suaminya. Ini kerana fitrah suami inginkan isterinya cantik dan menyejukkan pandangan.
Merias itu bermakna memakai cantik-cantik mengikut kesukaan suami, untuk meghiburkan dan melayan suami. Apatah lagi dalam hubungan suami isteri, tiada aurat dibataskan dan ini membolehkan isteri menggayakan apa-apa fesyen yang menjadi kesukaan suami tanpa perlu terikat dengan menutup aurat.
Kenapa Kena Cantik Untuk Suami
Ini kerana, fitrah suami sukakan wanita cantik dan berias. Disebut dalam hadis nabi SAW, dikahwini seseorang wanita itu disebabkan empat faktor iaitu kerana kecantikan, kekayaan (kemampuan berias dan bergaya), kedudukan atau keturunan dan agamanya.
Kalau Mood Sindrom Malas Berhias Dah Datang
Sebenarnya sepanjang masa perlukan isteri kelihatan cantik dan berias untuk suami. Sebagaimana kita nakkan suami kita romantik setiap masa, begitulah juga suami kita nakkan kita sentiasa cantik dan berias setiap masa.
Lebih-lebih lagi bila dah semakin berusia, agar suami terikat dan terpaut dengan kita selamanya.
Boleh jadi mudah untuk suami berasa bosan dengan kita yang comot dan menyakitkan pandangannya, berbanding dengan ramai wanita lain di luar yang kelihatan cantik dan menarik perhatian. Di samping ketinggian budi pekerti dan akhlak, kecantikan jadi tarikan utama juga.
Siti Aisyah & Siti Fatimah Juga Berhias Untuk Suami
Pada zaman Rasulullah SAW, Siti Aisyah dikatakan sangat menjaga diri dengan berias cantik dan memakai pakaian menarik yang berwarna warni di dalam rumah. Begitu juga Siti Fatimah yang sentiasa kemas dan menarik berhias untuk menyambut kepulangan Sayyidina Ali setiap hari. Wallahua’lam
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...