Sesungguhnya berstatus single di lanjut usia bukan dosa, sebaliknya lagi berdosa jika kita terdesak hendak kahwin hingga aniaya wanita lain. Oleh itu, fikir dalam-dalam sebelum tamatkan zaman bujang dengan suami orang yang sememangnya tidak berkemampuan.

Jangan disebabkan rasa tertekan dengan orang sekeliling membuatkan anda mengambil jalan pintas berkahwin dengan suami orang tanpa berfikir panjang.

Ikuti perkongsian Pengamal Undang-Undang, Puan Kheyr Hameed ini dan hadam baik-baik ya:

Kes Permohonan Poligami

Minggu ini, tiga kes suami ingin berpoligami dengan anak dara lanjut usia. Para isteri ingin tahu samada dengan paras gaji suami-suami ini mahkamah akan benarkan permohonan poligami dan jika ditakdirkan suami nikah di sempadan secara tiba-tiba apa pula hak yang mereka boleh tuntut.

Gaji suami masing-masing. Seorang RM 5.5k, seorang lagi RM 2.3k dan lagi seorang RM 4.5k.

Alasan mereka rasa mampu. Calon isteri mereka semua kerja bagus, ada kereta, ada rumah. Cuma hendak kasih sayang sahaja.

Baca Juga Di Sini:

‘Mulut Orang Takkan Berhenti Menilai..’ Ini Survival Gadis Tanpa Sebelah Mata

IKLAN

“Saya Tidak Dapat Menutup Mulut Orang” Ara Johari Sumpah Tak Ambil Minuman Keras

Single Bukan Dosa

Keluarga calon isteri bersetuju? Ya, kerana mereka tak mahu anak dara mereka jadi anak dara tua dan dipandang serong oleh masyarakat.

Tuan puan, ini realiti kehidupan. Single, orang kecam. Sudah kahwin, kena kecam sebab lambat beranak.

Sudah beranak, kena kecam pula sebab anak seorang saja. Apabila sudah beranak-pinak, kena kecam sebab anak berderet rapat bergentel macam biji cermai.

Jangan Ikutkan Mulut Masyarakat

Hidup kalau hendak jadikan mulut masyarakat sebagai kayu ukur, kita tidak akan rasa aman, tenang dan bahagia. Prinsipnya mudah, apa pandangan Allah SWT dengan tindakan aku?

IKLAN

Elok ke aku kahwin dengan lelaki tak mampu, yang wife dia pun struggle bantu ekonomi keluarga semata-mata sebab aku nak kasih sayang?

Islam tekankan isu kemampuan dan penganiayaan dalam hal poligami, kena ingat tu.

Lagi Berdosa Kita Terdesak Hendak Kahwin Hingga Aniaya Wanita Lain

Madam tak salahkan anak-anak dara lanjut usia ini semata kalau mereka terdesak hendak kahwin walaupun dengan suami orang. Sebab famili memaksa dan masyarakat sibuk mengata.

Akhir kalam, pilihan di tangan sendiri, sama ada untuk rasa terdesak atau abaikan sahaja. Kita pula sebagai masyarakat, doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka ini.

Jangan asyik mendesak sampai mereka rasa tersesak.

IKLAN

Notakaki: single bukan dosa, lagi dosa kalau kita terdesak hendak kahwin sampai aniaya hidup wanita lain yang struggle bantu suami selama perkahwinan mereka.

Mingguan Wanita : Abaikan kata-kata orang kerana hidup kita bukannya bergantung dengan mulut orang. Betul tak, jadi renung-renungkan.

Sumber: Puan Kheyr Hameed

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube :https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI