Penyanyi yang muncul menerusi rancangan Akademi Fantasia, Ara Johari kesal apabila dilabel sebagai artis bermasalah gara-gara tindakannya menarik diri pada saat akhir daripada menjayakan rakaman sebuah program terbitan sebuah stesen TV baru-baru ini.
Biarpun sudah menjelaskan penarikan dirinya itu kerana masalah kesihatan di mana dia diserang asma beberapa hari sebelum rakaman tersebut bermula, insiden itu terus diperkatakan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Tidak cukup dengan itu, tular pula dakwaan yang mengatakan penyanyi Bunga dan Paku itu terbabit dalam pengambilan minuman keras dan barang terlarang sehingga mendatangkan masalah kepada dirinya.
Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 23, bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
“Saya berani bersumpah tidak pernah mengambil minuman beralkohol atau barang terlarang.
“Saya tidak dapat menutup mulut orang daripada terus berkata-kata, tapi saya percaya lama-lama mereka akan diam juga kerana ia adalah perkara tidak benar.
“Memang kadang-kadang ada rasa marah, tapi asalkan keluarga dan orang terdekat tahu perkara sebenar, ia sudah cukup buat saya,” jelasnya.
IKLAN
Berkawan Dengan Semua Orang
Dalam pada itu, Ara tidak menafikan dakwaan tersebut mungkin berpunca daripada pergaulannya dengan kenalan dan rakan-rakan yang terlibat dalam perkara tersebut.
“Memang ada kenalan saya yang mengamalkan cara hidup begitu, tetapi ia tiada kaitan dengan saya.
IKLAN
“Saya berkawan dengan semua orang, tapi yang menentukan sesuatu tindakan itu adalah diri kita sendiri. Kita yang bentuk diri kita dan bukan orang lain,” tegasnya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/ Foto: Instagram Ara Johari
Selalu mak yang sebak dan tak dapat menahan air mata tapi lain pula kisahnya dengan keluarga Kilafairy. Artis popular ini membuat kejutan kepada ayahnya, Jahangir Khan. Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa merakam momen indah ini agar menjadi kenangan abadi buatnya sekeluarga.
Dalam video tersebut, ayah Kilafairy begitu sebak bercampur gembira apabila mengetahui anaknya tekad berhijab. Video ini turut mengundang sebak netizen, mereka begitu gembira dengan penampilan terbaru Kilafairy dan mendoakan artis ini bahagia bersama keluarga. Sehingga artikel ini ditulis, video ini mencatat 328 ribu view di Youtube.
“Family Kila ni jenis yang susah nak nangis depan each other. We don’t show emotion sangat. But my dad paling sensitif. Me and my dad, kitaorang macam Hindustan sikitlah. I’m glad sempat tengok my dad happy, my family happy,”ujar Kila yang kelihatan begitu manis dan sopan.
Netizen Sebak Neelofa Doakan Kilafairy Kekal Istiqomah
Penampilan terbaru Kilafairy turut mencuri perhatian rakan artis, Neelofa. Dalam akaun Instagram ladylofaa, Neelofa mendoakan Kilafairy menjadi wanita solehah yang dicontohi
“Aku doakan semoga kau istiqomah, semoga Allah tak bolak balikkan hati kau. Kuatkan iman. Semoga kau dapat menjadi manfaat dan menjadi wanita solehah yang dicontohi. Semoga bahagia, tenang dan disayangi ramai,”ujar Neelofa.
Hikmah WhatsApp Group Road To Jannah
Kilafairy turut memanjat kesyukuran pada Allah apabila dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan antara satu sama lain. Artis ini berkongsi post dan gambar bersama kawan-kawan baiknya di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, lucky me. Rupanya nama group WhatsApp yang kita saja letak Road To Jannah tu ada hikmahnya. Bertahun juga kita guna nama group ni until today. Love you my Jannah girls,”ungkap Kilafairy penuh makna.
Ramai sebenarnya tak perasan pernah mengalami ‘microsleep’ ini sewaktu memandu.Walaupun terlelap hanya 2 saat, ia cukup membahaya diri dan nyawa serta boleh mengakibatkan kemalangan dan kematian.
Sempena musim perayaan ni, pasti ramai yang akan memandu pulang ke kampung halaman.Oleh itu, jemput baca perkongsian ilmu oleh Dr Ahmad Rostam Md Zin sebagai peringatan buat kita.
*Apa itu MICROSLEEP?
INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA
Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.
Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja.
Punca Terjadi
Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk ‘monotonous’. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.
Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.
Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini. Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.
Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.
Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.
*APA ITU POWER NAP?*
Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan ‘physical performance’. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).
Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.
Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat ‘loading’. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hati di jalan raya dan selamat memandu.
INGATLAH: 2 saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.
Dr Ahmad Rostam Md Zin
Presiden
Early Career Psychiatrist
Malaysian Psychiatric Association
Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat, berhati-hatilah memandu dijalanraya pada musim perayaan ni. Mak-mak mohon temankan suami memandu, bagi elak mengantuk.Namun sebaiknya jika mengantuk, berehatlah dan tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan semula.
Sebaknya hati, lihat anak kecil seusia 4 tahun dipimpin ayah masuk ke dalam ambulans. Anak itu positif Covid-19, tapi ibu dan ayah negatif. Terpisahlah si kecil itu dari ibu dan ayah selama dirawat dalam bilik isolasi di hospital.
Tidak boleh berjumpa, tidak boleh dicium apatah lagi dipeluk. Jauh terasing dari mak ayah yang selama ini melayan setiap keletahnya. Allahu..
Dan itulah gambaran hakikat yang akan dilalui oleh sesiapa saja yang positif Covid-19. mereka akan diasingkan. Melalui proses rawatan isolasi.. terasing, yang tidak tahu bila kan berakhir.
Sebak sekali membaca catatan Dr Redza Zainol, doktor yang menjadi barisan hadapan berdepan secara langsung dengan pesakit-pesakit Covid-19. Betapa sunyinya mereka, semoga Allah memberi kekuatan kepada semua yang diuji.
Rayuan Seorang Ibu Di Bilik Isolasi
Dari pagi mata ni asyik berkaca-kaca.
Sekejap-kejap ditelan air liur supaya air mata tu tak tumpah.
Setiap kali kami masuk ke bilik isolasi, mereka akan tanya.
“Saya positif Covid ke doktor?”
Saya jawab belum lagi. Belum tahu lagi.
Sebenarnya, hari ni giliran saya menjaga 2 pesakit PUI (patient under investigation) Covid-19 dengan kawan.
Seorang ibu dan seorang anak.
Dari awal saya masuk ke bilik pesakit, ibu ni dah merayu supaya ayahnya boleh datang untuk melawat anak.
Sekejap merayu, sekejap menangis. Sampaikan kita pun nak ikut sama menangis.
“Tolong doktor. Tolong saya. Sekejap je.”
Merayu macam mana pun, jawapannya tetap sama.
Pesakit Covid-19 Perjalanannya Memang Sunyi
Maafkan saya, pesakit begini perjalanannya memang sunyi. Banyak masa mereka ini seorang diri.
Tidak ada pelawat. Tak ada penjaga.
Di dalam wad isolasi, lepas selesai memeriksa pesakit, memberi perawatan, semua staf akan sama keluar dan pintu ditutup.
Perbualan hanya melalui walkie talkie atau telefon. Ada masa kami berhubung gunakan papan putih dan marker melalui tingkap kaca.
Banyak masa kami masuk cuma 2 kali sehari, ikut keperluan.
Deritanya menjadi mereka ini hanya Allah yang tahu. Dan saya, saya hanya buat apa yang termampu.
Selebihnya, saya serahkan pada Allah.
Dan setiap kali saya solat, saya doakan moga mereka ni sembuh. Moga kalian pun sama-sama doakan.
MW : Wahai rakyat Malaysia.. teruslah berdoa untuk mereka.. untuk diri sendiri juga. Kita tak tahu doa siapa yang Allah dengar dan angkat, maka berdoalah terus demi kesejahteraan bersama.
Sumber/Foto : Redza Zainol, Jika apa yang dibuat ni masih belum cukup, ampuni hambamu ini ya Allah.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...