Motosikal Diseret 2km, Mangsa Pemandu Mabuk Bapa Saudara Aishah Azman

Makin menjadi-jadi kes kemalangan yang diakibatkan oleh pemandu mabuk ini. PDRM mencatatkan 9 kes disebabkan pemandu mabuk sejak Januari hingga Mei tahun ini. Terbaru melibatkan Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed, penghantar makanan yang maut selepas motosikalnya dirempuh pemandu mabuk.

Malah, selepas mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, motosikalnya itu diseret sejauh 2km dari tempat kejadian. Pemergian arwah meninggalkan balu Zahlawati Zahlan, 47 yang bergantung sepenuhnya dengan suami.

Isterinya itu menyifatkan pemergian suami tiada galang gantinya memandangkan suamilah tulah belakang keluarga dalam mencari rezeki.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kehidupan isteri ini bergantung kepada suaminya yang melakukan pelbagai pekerjaan sambilan. Nanti, suamilah yang akan menghantar makanan yang ditempah pelanggan dari perniagaan kecil-kecilan mereka.

IKLAN

Kini saya hilang arah.” Sebak hati isteri mengenangkan keadaannya kelak yang perlu membesarkan empat orang anak tiri berusia 7 hingga 15 tahun dan anak usia 6 tahun hasil perkongsian hidupnya bersama suami.

Arwah Keluar Hantar Makanan Jam 9.30 Malam

Dalam jam 1.30 pagi, isteri ini cuba menghubungi suami tapi tak berangkat. Lima kali dia cuba mendail nombor suami, sehingga kali keenam telefon bimbit suami dijawab oleh orang awam. Rupanya suaminya terbabit dalam kemalangan.

Segera bergegas ke tempat kejadian, malangnya arwah suaminya sudah tak bernyawa lagi. Malah, tubuhnya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

IKLAN

Allahyarham Mohamed Zaili, 44 meninggal dunia akibat cedera parah di kepala di tempat kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.

Allahyarham Bapa Saudara Pelakon Aishah Azman

Berita sedih kehilangan Mohamed Zaili ini turut dikongsikan oleh pelakon Aishah Azman,24 yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham.

Arwah merupakan adik kepada ibunya. Sebelumnya, Aishah turut berkongsi video motosikal arwah yang diseret kereta terbabit sejauh dua kilometer di laman instagramnya.

IKLAN
Motosikal Diseret 2km, Mangsa Pemandu Mabuk Bapa Saudara Aishah Azman
Kredit foto : Bernama via Star

Suspek yang berusia 21 tahun itu kemudiannya memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Tititwangsa berdekatan dengan lokasi kejadian selepas ditahan orang awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

MW : Diharapkan kerajaan mempertimbangkan semula hukuman pemandu mabuk ini yang sememangnya memberi kesan bahaya kepada orang lain.

Sumber/Foto : Berita Harian, MStar, Aishah Azman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI