Tanya diri sendiri dan pasangan, berapa orang anak yang dimahukan dalam hidup ini. Sebab perlu diingat, kesuburan wanita akan menurun apabila usia bertambah!
Ikuti perkongsian Dr Salleha Khalid, Pakar Fertiliti dan Sakit Puan ini.
Pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri berapa orang anak yang diimpikan? Seorang, dua atau empat orang? Atau mungkin persoalan ini tidak pernah terlintas di dalam fikiran. Malah ianya mungkin soalan yang tidak relevan dan tidak diberi perhatian.
Rata-rata kebanyakan lelaki dan wanita mempunyai tanggapan atau harapan akan berumah tangga pada satu ketika akan datang dan memiliki cahaya mata. Ada yang mungkin akan impikan keluarga yang besar iaitu memiliki anak yang ramai.
Mungkin ada yang menyatakan dalam hati kecilnya mungkin beberapa orang anak. Namun tidak pasti berapa kerana ini semua rezeki masing-masing.
Sekiranya inilah yang berlaku atau mungkin ini merupakan kali pertama anda memikirkan isu berapa orang anak, anda tidak perlu risau.
Kebanyakan kajian yang dijalankan ke atas lelaki dan wanita dewasa menunjukkan bahawa ramai yang tidak pasti bilakah mereka akan berumah tangga dan berapa ramai anak yang mereka impikan.
Dr Salleha Khalid
Mula Menurun Di Awal Usia 30-an
Percaya atau tidak jika dinyatakan bahawa terdapat satu kajian yang menarik melihat kepada jumlah berapa orang anak, peratusan berjaya mengandung serta umur yang digalakkan mulakan keluarga bergantung kepada bilangan anak yang diinginkan.
Seperti yang diketahui, kadar kesuburan terutamanya bagi golongan wanita menurun dengan usia. Ianya mula menurun di awal usia 30-an. Penurunan yang ketara pada usia 35 tahun dan seterusnya pada usia 40 tahun.
Kebarangkalian untuk berjaya hamil secara semulajadi bagi wanita sebelum usia 30 tahun adalah setinggi 20%. Namun kebarangkalian ini menurun mendadak bagi mereka yang berusia 40 tahun, iaitu sebanyak 5%.
Ramai yang bertanya bilakah patutnya seseorang itu mula cuba mengandung. Apakah peratusan kejayaan untuk mendapat anak pada usia tertentu? Berapa bilangan anak yang diidamkan dan bilakah sepatutnya seseorang itu mula mencuba?
Umur Berapa Wanita Patut Berusaha Mengandung?
Jika dilihat pada kajian yang dilakukan, terdapat satu hasil kajian yang melihat kepada peratus kejayaan mengandung, bilangan anak yang diidamkan dan berapakah umur seseorang wanita patut mula berusaha mengandung.
Kajian ini dijalankan oleh Habbema dan juga pasukan penyilidiknya pada tahun 2015. Di dalam kajiannya yang bertajuk Realizing a desired family size: when should couples start? yang diterbitkan di dalam jurnal kesuburan iaitu Human Reproduction.
Ianya menunjukkan bilakah wanita perlu mencuba bagi mendapatkan 50, 75 dan 90 peratus kejayaan bagi memiliki seorang, dua orang dan tiga orang anak sama ada apabila cuba hamil dengan cara semulajadi dan apabila menggunakan rawatan kesuburan dengan kaedah IVF (In-Vitro Fertilization).
Sebagai contoh, untuk mendapat peratus kejayaan 90% berjaya hamil bagi yang ingin memiliki 3 orang anak, seseorang wanita itu digalakkan untuk mencuba sejak usianya 23 tahun atau ketika usianya 31 tahun bagi peratus kejayaan 75% berjaya hamil dan pada usianya 35 tahun bagi peratus kejayaan 50% tanpa menggunakan teknik rawatan IVF.
Bagi yang memerlukan rawatan IVF dan inginkan 3 orang anak, maka usia semuda 28 tahun perlu memulakan rawatan IVF bagi mendapatkan peratusan berjaya sebanyak 90%, atau pada usia 33 tahun dengan peratusan 75% atau pada usia 36 tahun dengan kadar 50% berjaya bagi mendapatkan 3 orang cahaya mata.
Ads
Purata Bilangan Bayi Yang Dilahirkan Tidak Mencukupi
Jika dilihat pada hasil daripada kajian, ianya memberi saranan, bagi pasangan yang ingin memiliki lebih bilangan anak sebagai contoh tiga orang anak, umur seawal 23 sudah dinasihatkan untuk memulakan keluarga.
Namun, pada umur 23 tahun rata-rata wanita baru menamatkan pengajian di menara gading atau baru memulakan kerjayanya di sektor awam mahupun swasta.
Agenda memulakan keluarga atau menimang cahaya mata tidak berada antara yang tertinggi dalam senarai perkara yang perlu dilakukan bagi mereka yang berusia 23 tahun.
Jika dilihat pada perangkaan penduduk di Malaysia pada tahun 2019, umur penegah bagi wanita berumah tangga adalah pada usia 26 tahun dan lelaki pada usia 28 tahun. Manakala purata usia ibu pada kelahiran pertama adalah pada usia 27.8 tahun.
Manakala kadar kesuburan adalah pada 1.8 bayi (iaitu 1 atau 2 bayi) bagi setiap wanita dalam tempoh reproduktifnya.
Dalam erti kata lainnya, purata bilangan bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang tempoh kesuburannya tidak mencukupi untuk menggantikan dirinya dan pasangannya
Bergantung Pada Setiap Pasangan Bila Mahu Mencuba
Dijangkakan kadar kesuburan dan pertumbuhan masyarakat akan terus menurun pada masa akan datang. Maka kita perlu melihat semula perkara ini dengan lebih serius lagi.
Ini termasuklah penstrukturan masyarakat, nilai-nilai yang perlu diserapkan serta tanggapan masyarakat yang rata-rata berfikir bahawa teknik rawatan kesuburan yang serba canggih adalah sentiasa ada dan boleh menjaminkan kejayaan yang tinggi.
Oleh itu untuk menjawab soalan di atas, bilakah pasangan sepatutnya mula mencuba untuk mendapatkan cahaya mata, ianya bergantung pada setiap pasangan dan juga bilangan anak yang diidamkan.
Namun begitu setiap pasangan suami isteri perlu mengetahui bahawa tahap kesuburan akan merosot dengan usia. Umur dan kesuburan lebih terkesan bagi golongan wanita. Kerjaya, ijazah, wang dan harta boleh dicapai bila-bila masa dan tiada hadnya dengan usia. Namun kesuburan mampunyai had usia yang terbatas.
Ads
Usia yang berlalu tidak dapat diperolehi semula selepas ianya berlalu. Maka merancang dan bertindaklah dengan bijak. Jangan tunggu lama- lama. Mulakanlah keluarga anda pada usia muda.
Artikel ini ditulis oleh Dr Salleha Khalid. Beliau merupakan Pakar Fertiliti Dan Sakit Puan di Pusat Kesuburan Sophea. Pada masa yang sama turut menulis berkenaan isu kesuburan di www.kernamu.com
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Orang perempuan, kelakuan kasar macam mana sekalipun mesti ada sifat manja. Apatah lagi bila sudah mendirikan rumahtangga. Manja dengan suami bukan di buat-buat.
Lumrah sifat orang perempuan. Sifat manja inilah sampaikan pasangan sanggup lakukan apa saja. Tapi, janganlah dibuat-buat, nanti meluat pula.
Sebab itu, suami jangan sesekali rasa bosan atau anggap manja isteri ini hanya untuk tarik perhatian. Salah satunya memang betul tapi kena ingat, isteri yang suka bermanja ni sebab dia sangat sayang pada pasangannya.
Kadang-kadang manja orang perempuan ini dianggap lain macam seperti yang dikatakan oleh Mohd Fhais Salim ini. Makin dia sayang makin manja sifatnya.
Kadang kadang orang perempuan ni manja dia lain macam:
1. Bila kita tanya nak maggi tak, dia kata tak nak. Tapi bila dah siap masak, dia datang ngedeng pula. Dua tiga sudu juga la dia makan.
2. Bila kita tanya sayang nak makan apa hari ni, dia jawab ikut abang la. Tapi bila kita kata nak order kfc. Dia kata dah jemu la, bosan la.
3. Bila dia tiba-tiba keluar perkataan “sedapnya”, “dah lama tak makan”, “mana nak cari” atau “abg ingat tak kita pernah makan ….” tu maknanya dia nak suruh kita pergi cari la tu.
4. Bila kita dah bagi cadangan macam-macam makanan, habis semua senarai makanan kat grab food tu di scroll akhirnya dia kata, “order kfc je la” huh!
5. Bila ada terlalu gerai makanan tepi jalan tiba-tiba dia kata “abang berhenti berhenti, nak beli makanan tu”. Dia ingat jalanraya tu kita sorang je ke guna, orang kat belakang marah la kalau berhenti sesuka hati macam tu. aduhai..
6. Kadang malas juga nak u-turn. Lebih-lebih lagi kalau tengah peak hour, memang berjam jam la nak u-turn balik. Bila kita kata, “lain kali la” terus monyok muncung macam itik.
7. Tapi kalau kita ikut juga. Redah jem berjam jam semata-mata untuk belikan makanan idaman dia tadi, memang senyum sampai ke telinga punya la. Tak habis habis ucap terima kasih abang, sayang abangg. Muah muah bagai.
8. Bila kita nak makan apa-apa semua dia pandai je buat atau carikan, tapi bila dia rasa teringin nak makan sesuatu tu mesti kita di suruh carinya. “Abang tolong belikan …. ye”
Apa saya perasan,
Orang perempuan ni dia kalau dah sayang, dia sayang sungguh sungguh. Tak ada sayang separuh separuh punya.
Makin dia sayang, makin manja dia jadinya.
Lagipun itu la bahasa cinta hampir semua isteri iaitu mereka suka dimanjakan dan suka dilayankan semua permintaannya.
Sayangi isteri kalian sementara dia masih lagi sudi nak bermanja-manja…
Pelakon dan usahawan, Fattah Amin, 35, tampil mempertahankan ibunya, Azizah Abdul Ghani yang menjadi mangsa kecaman netizen baru-baru ini selepas timbul dakwaan kononnya beliau menggelar cucu sendiri, Fatima Aisya, “tidak comel”.
Ibu Rasa Sedih
Mengakui ibunya berasa sedih dengan serangan di media sosial, Fattah menasihati agar wanita yang amat disayanginya itu tidak membaca atau melayan komen negatif.
“Pastilah dia rasa sedih, tapi saya cakap tak perlu baca dan dengar perkara begini. Orang luar tak tahu apa yang berlaku, mereka boleh buat andaian, cakap macam-macam dan fitnah sesuka hati.
Kalau benda itu tak betul, kita jangan rasa bersalah atau terkesan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi dan pengumuman duta baharu Amber Eksklusif Casual Wear semalam.
Sebagai bapa, Fattah mengakui hatinya turut terusik apabila isu yang tidak berasas ini melibatkan anak perempuannya yang baru berusia lima tahun. Beliau berharap agar peminat dan orang ramai lebih berhati-hati sebelum meninggalkan komen yang boleh menimbulkan fitnah atau persepsi negatif.
“Saya rasa kesal bila benda-benda begini berlaku kepada ahli keluarga saya. Saya selalu nasihatkan peminat, kalau nak komen sekali pun, cakaplah yang baik-baik. Tapi kita tak boleh kawal semua orang nak taip, cakap dan fikir,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai hubungan Fatima dengan ibunya, Fattah berkata semuanya dalam keadaan baik dan tidak perlu diperbesar-besarkan.
“Setakat ini Fatima tidak menunjukkan sebarang reaksi atau emosi negatif. Hubungan kami sekeluarga semuanya masih okey dan tiada masalah,”ujar Fattah.
Fattah juga melahirkan rasa kesal dengan isu yang tular dan meminta orang ramai untuk tidak membuat andaian negatif. Fattah turut berkongsi video yang menunjukkan keakraban Fatima dengan neneknya dan merancang untuk bercuti bersama di Disneyland.
Bagi Fattah, keluarganya adalah keutamaan. Dan dalam dunia yang penuh dengan suara di hujung jari, memilih untuk tidak memberi ruang kepada kata-kata yang menyakitkan adalah cara terbaik menjaga hati yang kita sayang.
Meskipun selepas mati, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun masih berjasa kepada dua individu apabila mak dan ayahnya memutuskan mendermakan kornea anak mereka yang maut akibat kemalangan jalan raya itu.Nilai murni dan pengorbanan yang pasangan ini lakukan sanggup mendermakan mata anak kesayangan pada yang lebih memerlukan wajar dipuji.Ia bukan perkara yang mudah.
Meninggal Akibat Kemalangan
Menurut laporan Chengdu Economic Daily, kejadian yang berlaku di Beijing ini, kanak-kanak itu, Liu Ying, meninggal dunia Selasa lalu di Suining, wilayah Sichuan, 20 bulan selepas menderita kerosakan otak dan kecederaan serius lain akibat kemalangan motosikal.
Liu membonceng motosikal bersama ibu dan bapanya apabila mereka dilanggar sebuah lori. Doktor juga terpaksa memotong kaki kirinya.
Selepas pembedahan terbaru yang mengambil masa sehari pada 1 Februari lalu, pakar bedah memaklumkan ibu bapa Liu bahawa anak mereka mungkin tidak dapat bertahan.
“Sekurang-kurangnya penerima kornea itu boleh menikmati hidup dengan melihat dunia menerusi mata anak kami,” kata ibu Liu.
Pakar bedah dan jururawat bertugas sebak dengan pengorbanan ibu bapa kanak-kanak itu serta memberi penghormatan kepada Liu sebelum memulakan pembedahan mengeluarkan korneanya untuk dipindahkan kepada dua pesakit.
Pakar mata di hospital tempat Liu dirawat, Li Heng berkata:
“Pembedahan memindahkan kornea itu berjaya. Penerima kini semakin pulih daripada pembedahan.”
Derita Separuh Lumpuh
Ibu bapa Liu yang identitinya tidak dikenali menderita separuh lumpuh akibat kemalangan itu, memaksa mereka berhenti kerja dan meminjam 1,000 yuan (RM629) daripada rakan untuk membayar kos hospital.
Kakitangan hospital yang bersimpati dengan nasib pasangan itu mengumpul dana lebih 30,000 yuan (RM19,000) untuk didermakan kepada mereka.
“Belas kasihan dan kejujuran yang ditunjukkan pasangan itu membuatkan kami terharu,” kata pengarah pusat pediatrik hospital berkenaan.
Anzalna Nasir meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak di sekolah susulan peningkatan kes rogol pelajar. Ibu prihatin ini menyeru agar semua pihak lebih peka terhadap keselamatan pelajar.