tak bagi tengok TV tapi hulur smartphone

Ada mak ayah tak bagi anak tengok TV tapi hulur smartphone dekat mereka. Nampak macam simple tak ada apa-apa kan tindakan itu. Tapi bila tahu kesannya, mak ayah takkan semudah ABC menyerahkan handphone dekat anak. Sebabnya lebih banyak buruk dari baiknya. Terutama smartphone. Kalau mereka dah ‘ketagih’ lagilah parah.

Sebab itu pemberian gajet pada anak perlu dipantau. Bab gajet merosakkan anak-anak bersepah boleh ditemui infonya di Internet, tapi kenapa masih tak berkurang. Anak masih dok ralit pegang gajet. Tengok TV pun bukannya satu kesalahan, sebab ada cara yang betul nak bagi anak tengok TV tanpa kita rasa susah hati.

Sebenarnya umur berapa patut anak-anak kita pegang handphone ini? Ikuti perkongsian jitu daripada Puan Ashikin Hashim, Pengetua Genius Aulad Saujana Utama tentang pandangannya mengenai pemberian handphone pada anak-anak.

Sebab parenting style yang beliau kongsikan ini akan selamatkan anak-anak daripada terjebak ke arah jenayah siber. Ini yang memang mak ayah takut sangat-sangat!

Tak Bagi Anak Tengok TV Tapi Hulur Smartphone…

Bila Anak Patut Diberikan Handphone

Saya pernah ditanya soalan sebegini. Anak-anak juga pernah tanya saya, “Ummi, bila kitaorang nak ada handphone. Kawan-kawan ramai yang dah ada handphone.”

Ummi diam sebentar.

Boleh nak ada handphone. Tapi bukan sekarang. Ummi dulu, dah masuk UIA Gombak baru lah ada telefon. You are not ready.”

Sememangnya, bila anak minta begitu memang kasihan. Bagi pengetua dan juga ibu kepada 4 orang anak, prinsipnya mesti TEGAS. Tiada keperluan lagi untuk anak-anak punya telefon sendiri. Mungkin anak akan cakap, senang nak telefon Ummi nanti kalau ada apa-apa.

Setakat kalau ada apa-apa, rasanya masih boleh dikawal. Samada beritahu cikgu sekolah atau Ummi yang akan cari kamu di sekolah. Anak-anak pun tidak pernah lagi keluar tanpa Ummi Abi. Jika pergi rombongan sekolah, cukup dengan hubungi cikgu sahaja.

Cegah Sebelum Terjebak

Baik cegah sebelum terjebak. Tak apa tak ada handphone. Struggle. Biar susah. Kalau mahu telefon kawan, telefon rumah ada, guna telefon Ummi Abi pun tak apa. Tiada halangan.

Persoalan “Tak kongkong anakkah?” tentu akan terbit di hati mak ayah. Lagi-lagi bila anak sudah meningkat remaja dan mula berkawan-kawan. Mak ayah kasihan kan anak. Ini pula kata beliau.

Saya sudah banyak menyaksikan betapa ramai anak-anak yang sudah terjebak dan terperangkap dengan handphone. Mula-mula minta handphone. Kemudian minta smartphone. Minta pula dimasukkan data plan.

Mula kenal dunia tanpa sempadan. Lepak-lepak dengan kawan, buat temujanji sana sini. Layar internet. Main games. Kenal orang lain melalui facebook.

Tengok video ntah apa-apa melalui youtube. Semuanya di belakang kita.
Menyendiri, duduk dalam bilik atau di satu sudut. Senyap-senyap buat hal sendiri.

Oh…belum tiba masanya untuk anak-anak saya. InshaAllah akan tiba masa yang sesuai. Tapi bukan sekarang. Cukuplah dengan pelbagai cabaran yang ada kini. Minimakan kesusahan. Tak semua benda kita boleh beri walau kita mampu.

Tak Bagi Anak Tengok TV Tapi Hulur Smartphone…

Style Kami: Layari Tengok TV, Baca Facebook Sama-sama Anak

Kami layari internet bersama, pergi outing bersama, tonton TV bersama, baca FB and we talk about it, boleh buka laptop & wifi. Semuanya bersama kami.

Ada orang yang tak bagi tengok TV sebab katanya TV banyak rancangan entah apa-apa tapi bagi smartphone ke anak. No activities with them. And without supervision they have their very ‘smart’ phone, so what is the different?

The keywords is ‘together’. Bukan tak bagi langsung tapi kami lakukan bersama.

Biar Ummi ‘ikat’ kamu dulu. Tarbiyah sentap cukup-cukup. Masukkan elemen kekeluargaan, buat aktiviti bersama. Tiba masa, Ummi lepaskan kamu. Masa itu kamu sudah cukup matang untuk memilih jalan mana yang terbaik buat kamu.

Lain sekolah lain pelajarannya. Saya sekadar kongsi pengalaman. Tak setuju tak apa. Masing-masing ada parenting style yang tersendiri.

Sumber/Foto : Facebook Ashikin Hashim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI