Dah Kenapa? Suami Goyang Kaki Isteri Pula Yang Kerja Mati-matian

Ada isteri yang diuji dengan suami yang cuma tahu goyang kaki, duduk rumah, habiskan duit beli rokok, enggan laksanakan tanggungjawab beri nafkah pada anak isteri. Terpaksalah isteri kerja sendirian. Maka, berbahagialah isteri yang punyai suami baik lagi bertanggungjawab.

Andai itu ujian yang tuhan hadirkan, apabila pilihan yang isteri ada. Berhadapan dengan situasi pedih ini, wanita ini, Busseroa Abd Jalil berkongsi rasa.

Bagaimana saban waktu dia berhadapan dengan situasi perit. Baik wanita dari negara seberang mahupun Malaysia, sama saja pedihnya andai diuji dengan suami yang tidak amanah terhadap isterinya.

Kemelut Di Muara Kasih

Seperti yang kebanyakan anda tahu, saya memiliki agensi pekerjaan yang membekalkan maid kepada majikan. 80% maid yang saya supply datangnya dari Indonesia.

Setiap kali maid sampai dari indonesia, saya akan mengadakan sesi interview dengan mereka. Dalam sesi interview antara soalan yang paling wajib saya tanya ialah:

Mengapa kamu mahu bekerja di sini?

Jawapan mereka mesti salah satu daripada berikut:
√   Mahu biaya anak sekolah.
√   Mahu bayar hutang.
√   Mahu bikin rumah.

Saya tanya lagi.
Kamu ada suami. Mengapa kamu yang harus cari “rejeki” untuk keluarga?

Ini jawapannya:

“Suami di rumah aja. Dulu di indon aku yang kerja sana sini. Bali aku pergi.. Bandung aku pergi.. Kerja semua. Suami tetap di rumah aja.”

Suami jaga anak?

IKLAN

“Ngak bu. Anak-anak dengan ibu saya. Suami mahu sendiri di rumah.
Kedengaran pelik bunyinya. Tapi itulah realitinya.”

 

Dah Kenapa? Suami Goyang Kaki Isteri Pula Yang Kerja Mati-matian

Isteri Kerja, Suami Main Dam Haji Di Kedai Kopi

Apabila saya ke indonesia juga saya melihat banyak situasi yang sama. Isteri berjunjung jualan ke sana sini. Suami main dam aji di kedai kopi.

Saya pernah bertanya, mengapa bapak tidak kerja? Jawapannya mudah.. Ngak ada kerjaan yang sesuai.Mula-mula rasa pelik. Tetapi lama kelamaan saya faham. Itulah budayanya.

Nak tahu penyebabnya?
Sebab utama kerana si isteri yang supply semua keperluan family. Isteri pergi berjualan. Sebelum pergi tinggal dulu duit rokok untuk suami. Aduhaiiiii letih menengoknya…”

Yang kerja di Malaysia pun sama.
Bila kerja dapat gaji sibuk nak hantar duit kepada suami. Kesian suami tak ada makan di rumah. Tak ada duit rokok dan macam-macam lagi.”

IKLAN

Kadang-kadang tak cukup yang isteri kirim, suami pula kacau majikan minta duit gaji isteri sampai majikan pun jadi stress.”

Dah lama saya telan situasi ini sehinggakan daripada pelik dah jadi lali. Sampai saya pula yang selalu pesan kepada majikan supaya jangan hantar semua duit bibik kepada suami supaya bibik ada duit sebelum balik indonesia nanti.

Suami Tak Bekerja, Saya Seorang Yang Menanggung

Itu kisah dari seberang.
Tapi rupa-rupanya kisah dalam negara pun sama juga walaupun skripnya mungkin berbeza.

Sebentar tadi video pengakuan selebriti popular tentang kemelut perkahwinannnya terpampang di wall fb saya. Katanya, 3 tahun suami saya tidak bekerja dan saya menanggung semuanya seorang diri. Dia tidak ada apa-apa usaha untuk mencari kerja. Suami saya hanya merokok dan mengambil anak sekolah.

Allahuakbar..
Relaksnya sang suami.
Mentang-mentang isteri ada income maka anda menjadi sangat sambil lewa dan cool sahaja kerana tanggungjawab anda telah dipikul oleh insan lain yang bernama maid tanpa gaji.

Teringat pula saya kepada satu perbualan dengan usahawan terkenal. Katanya

IKLAN

Saya kan Puan Era…
Dalam keadaan saya sekarang saya sudah tidak perlu bertungkus-lumus untuk bekerja. Saya hanya perlu layan whatsapp dan fb sedikit insyaallah income saya sudah tetap sekitar 6-10k SEHARI.”

 

Dah Kenapa? Suami Goyang Kaki Isteri Pula Yang Kerja Mati-matian

Kereta Audi Saya Suami Yang Bayar

Saya tetap berusaha untuk dapat lebih daripada itu. Dan yang penting, saya tidak mahu saya seorang yang berusaha. Suami saya juga mesti memberi sumbangan kepada keluarga.”

Alhamdulillah pendapatan suami saya melalui beberapa bisnes yang beliau lakukan agak memuaskan. Kereta audi saya suami yang bayar.”

Secara jujurnya saya rasa betul sangat-sangat apa yang usahawan terkenal itu katakan. Suami isteri mesti sama-sama menyumbang kepada family walaupun isteri sudah mempunyai pendapatan yang selesa.

Rasa tanggungjawab terhadap nafkah zahir mesti suami pikul. Bukan sekadar goyang kaki tunggu di meja makan sahaja. Membantu isteri dalam perniagaan itu lain cerita!

Saya percaya,
Pendedahan selebriti tu hanyalah satu daripada berpuluh-puluh ribu cerita lain yang ada. Tambah-tambah dalam musim pemberhentian kerja sekarang ini. Senangnya memegang title suami jika hanya terbongkang di rumah sambil cucuh rokok sebatang demi sebatang.”

Jika tidak menyumbang kepada ekonomi keluarga, tetapi hal anak-anak dan hal rumah beres dari segenap perkara itu juga lain kisahnya..

Sumber/Foto : Busseroa Abd Jalil

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI