Sudah tentu pemergian insan tersayang terutamanya ahli Keluarga amat memilukan, apatah lagi wabak pendemik Covid-19.
Jenazah pesakit Covid-19 perlu diuruskan mengikut SOP dan hanya petugas yang diamanahkan sahaja bertanggungjawab menguruskan daripada AtoZ.
Itulah realitinya, walaupun pahit kita semua perlu terima dan akur. Amat sedih apabila tiada ahli keluarga yang dapat melihat jenazah pesakit covid-19, mereka hanya minta petugas untuk merakam gambar sepanjang proses berlangsung.
Sedih Tiada Peluang Ahli Keluarga Melihat Jenazah
Sandakan: “Tiada peluang langsung untuk ahli keluarga melihat jenazah (pesakit Covid-19), ada antara mereka meminta kami merakam gambar dan video ketika proses pengebumian, ia saat yang sangat menyedihkan,” kata Yunizam Yusop.
Itu antara pengalaman Yunizam, 32, bersama rakan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Abam Botak Van Jenazah, mengurus, memandikan jenazah dengan bertayammum sahaja dan mengkafankan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di daerah ini sejak penularan wabak itu semakin kritikal di Sabah.
Bagi Yunizam, dia dan rakan dalam pertubuhan itu perlu cekal, tahan dari segi mental dan fizikal serta perlu sentiasa bersiap sedia berhadapan tugasan menguruskan jenazah dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengendalian Mayat Pesakit Covid-19 Memang Berbeza
Menurutnya, sejak dua tahun menawarkan khidmat menguruskan jenazah secara percuma, pengendalian mayat pesakit Covid-19 memang berbeza daripada yang biasa dilakukan untuk mengelak mereka dijangkiti wabak pandemik itu.
Ads
“Seperti semalam, kami membantu mengebumikan 12 pesakit Covid-19 berusia lingkungan 40-an dan ke atas.
“Tugas kami bermula sebaik sahaja pihak hospital mengumumkan kematian (berkaitan Covid-19),” katanya ketika dihubungi NSTP.
Menguruskan Jenazah Mengikut SOP
Mengenai protokol pengurusan jenazah Covid-19, Yunizam berkata, sebaik menerima panggilan daripada hospital, pihaknya akan mengurus, memandikan jenazah dengan bertayammum dan mengkafankan kemudian mengadakan solat jenazah mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.
Menurutnya, ketika urusan pengebumian, perjalanan mereka dari hospital ke tanah perkuburan akan diiringi polis dan juga kakitangan hospital.
Ads
Katanya, berikutan protokol ketat daripada kerajaan, tiada ahli keluarga yang dibenarkan membuat penghormatan terakhir untuk jenazah.
“Ia sangat menyedihkan, tetapi kumpulan (pengurusan jenazah) saya perlu kuat untuk bersama menunaikan tanggungjawab ini dengan pasukan barisan hadapan yang lain,” katanya.
Sandakan ketika ini antara 16 kawasan zon merah di Sabah. Selain 16 kawasan zon merah itu, ada tujuh kawasan disenarai kawasan kuning dan hanya Tongod dan Nabawan tidak merekodkan sebarang kes.
Sabah mencatatkan lebih 4,650 kes aktif dan merekodkan 64 kematian di seluruh negeri itu.
MW: Ternyata ujian Covid-19 sungguh berat dan menguji semua orang sama ada pesakit yang dijangkiti dan juga barisan hadapan yang bertungkus-lumus dari awal hingga ke saat ini. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan.
Ketentuan ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya ditangan tuhan. Bagaimana dan bila waktunya sememangnya tak dapat diduga.Apa yang penting berterusan melakukan amal ibadat semoga ada amalan kita yang di terimaNya.
Sayu mengenangkan keadaan wanita yang kematian suami secara tiba-tiba. Apatah lagi dengan keadaan diri yang sarat mengandung menantikan cahaya mata sekian lama.
“Setiap hari arwah berpesan kepada saya supaya banyak melakukan amal ibadat dan kebaikan kerana kita tidak pasti bila akan dijemput Ilahi.
“Kita tidak tahu amalan mana yang Allah SWT terima di sana nanti,” kata Nurul Izzati Nazirmuddin, 32, isteri kepada Muhammad Faisal Yaakub, 32, guru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Alam Impian, Klang yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.
Sempat Hadiri Mesyuarat
Menurutnya, dia sempat menghubungi arwah suaminya kira-kira jam 1 tengah hari dan arwah memberitahu dia menghadiri program dan mesyuarat di MITS.
“Sepanjang perkahwinan, arwah seorang yang ceria dan terlalu baik. Dia tidak pernah menolak kalau sesiapa yang meminta pertolongan malah dia akan melakukan dengan sebaik mungkin.
“Allah SWT sudah tetapkan ajal arwah suami saya malah arwah juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan ceria seperti biasa.
“Arwah tidak mengalami sebarang tanda penyakit termasuk serangan jantung atau tekanan darah.
“Kehilangannya dirasai semua kenalan kerana arwah sangat disenangi semua orang. Ramai kenalan yang datang ziarah arwah sama ada di hospital atau di rumah,” katanya ketika dihubungi di Kampung Ketoyong, Tanjung Malim, Perak, semalam.
Sedih Anak Tak Sempat Jumpa Ayah
Nurul Izzati yang bekerja di Jabatan Agama Islam Selangor mendirikan rumah tangga dengan arwah pada 2012 dan mengandung tujuh bulan anak pertama mereka.
Menurutnya, dia sedih kerana bayi yang bakal dilahirkan tidak dapat bertemu bapanya.
“Setiap kali pulang ke kampungnya di Rantau Panjang, Kelantan, arwah akan menziarahi kubur bapanya. Pada 21 Disember lalu, arwah memuat naik gambar menziarahi kubur dalam Facebooknya yang menulis status ‘Setiap permulaan pasti ada pengakhiran… tiada penangguhan, hanyalah perlu persediaan’.
“Status ini menunjukkan arwah meminta kepada sesiapa membuat persiapan sebelum kematian datang menjemput,” katanya.
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketoyong, malam kelmarin.
Rebah Ketika Azan Zuhur Berkumandang
Pengetua MITS Abdul Halim Saljadi berkata, arwah sempat berbalas WhatsApp dengan rakan guru yang lain memaklumkan datang lambat ke mesyuarat.
“Tidak lama kemudian arwah datang dan tiba-tiba dia rebah di hadapan pintu bilik mesyuarat ketika azan Zuhur berkumandang. Staf yang berada di luar menjerit meminta pertolongan dan kami mendapati muka arwah kemerahan-merahan dan kejang kemungkinan sedang nazak,” katanya.
MW: Salam takziah daripada team Mingguan Wanita. Semoga wanita ini diberi kekuatan, kesabaran dan terus cekal meneruskan kehidupan serta hari-hari mendatang. Semoga roh arwah suaminya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Saya baru kehilangan ahli keluarga” itulah luahan kekecewaan Aufahanie yang baru saja kehilangan kehilangan abangnya iaitu Allahyarham Muhammad Nidza Afham, 23, yang meninggal dunia pada Rabu lalu selepas disahkan hilang di kawasan Sungai Klang.
Bagaikan tidak prihatin dengan keadaan yang menimpa penyanyi Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar menyatakan dirinya berasa sangat kecewa apabila ada jenama yang tidak sensitif dengan dugaan yang melanda keluarganya dan mengambil kesempatan untuk berkolaborasi demi melariskan produk mereka.
Aufa menerangkan mereka sekeluarga sedang berduka dengan pemergian abang tercinta.
“Saya Baru Kehilangan Ahli Keluarga”
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Aufa mendedahkan dirinya menerima beberapa kiriman mesej di platform media sosialnya daripada individu yang bekerja untuk jenama sama.
“Saya tak mahu burukkan keadaan, tapi makin lama, makin banyak pula jenama-jenama yang mesej saya untuk kempen dan ‘review’ (ulasan) produk mereka.
“Saya baru kehilangan ahli keluarga.
“Akaun saya dicari untuk perkembangan abang saya, bukan saya tular kerana benda lain.
“Dimanakah naluri kemanusiaan anda?, mesej saya untuk beri kempen kerana ‘engagement’ saya sedang tinggi sekarang untuk kepentingan jenama anda?
“Ini tak boleh diterima sebab dari TikTok hingga ke Instagram, dua hingga tiga kali jenama ini mesej saya untuk berkolaborasi kempen mereka seolah memaksa,” luah Aufa.
Dek kerana itu juga Aufa bertindak tegas bersuara kerana merasakan bahawa perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku.
“Jadi, saya rasa perlu bersuara supaya anda faham ini tidak patut berlaku. Tolonglah jadi profesional. Takkan tak ada seorang pun dalam pasukan ‘PR’ (perhubungan awam) anda yang tahu ini tidak patut berlaku? Kecewa saya,” sambungnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lelaki dimadukan, mahkamah syariah sahkan wanita dua suami masih pasangan suami isteri. Kes yang sangat luar biasa namun ia telah tercipta. Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah dua hari lalu mengesahkan lelaki yang mendakwa telah dimadukan oleh isterinya, masih lagi kekal sebagai suami isteri yang sah.
Hakim Ahmad Hariri Mohd Saat berkata, keputusan itu dibuat selepas Rahaman Mohamed Jaafar, 47, membuat sumpah penafian yang dirinya tidak pernah sesekali melafazkan cerai terhadap isterinya, Wan Nor Shakirin Wan Abdul Razak, 32.
Lelaki Dimadukan
Rahaman meluahkan rasa bersyukur dengan keputusan itu dan menegaskan dia tidak akan melepaskan isterinya itu kerana masih ada rasa sayang terhadapnya.
“Alhamdulillah, saya berani bersumpah kerana saya tidak pernah melafazkan cerai talak tiga sebagaimana yang didakwa isteri.
“Sehingga kini saya masih sayangkan isteri kedua saya dengan apa yang dia lakukan terhadap saya sehingga berkahwin dengan lelaki lain.
“Walaupun isteri ada memfailkan cerai, saya tidak akan melepaskannya kerana sayang saya terhadap dia masih kuat,” katanya.
Mahkamah Syariah Sahkan Wanita Dua Suami Masih Pasangan Suami Isteri
Dalam kes ini dibicarakan, Wan Nor Shakirin yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak hadir pada prosiding angkat sumpah oleh suami pertamanya itu.
Wan Nor Shakirin sebelum ini memberitahu mahkamah Rahaman sudah melafazkan cerai talak tiga ke atasnya namun Rahaman menafikan perkara itu.
Memetik laporan media, pasangan itu bernikah pada 2 Januari 2019 di Narathiwat, Thailand dan telah disahkan mengikut hukum syarak pada 6 Jun lalu. Pernikahan mereka juga telah didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.
Bagaimanapun, Rahaman mendapat maklumat daripada pihak Pejabat Agama Shah Alam, Putrajaya bahawa isterinya itu telah berkahwin lagi dengan seorang lelaki lain, Mohd Kamarulazhar Ayob, 42.
Melalui peguamnya, Marzuqi Muhamad, dirinya memfailkan tuntutan faraq (perpisahan) nikah terhadap Wan Nor Shakirin dan Mohd Kamarulazhar di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.
Susulan itu, pada 7 Ogos lalu, mahkamah meluluskan perintah faraq nikah perkahwinan di antara isterinya dan Mohd Kamarulazhar sehingga kes pengesahan lafaz cerai antara mereka selesai sebelum kes tuntutan faraq nikah berkenan disambung.
Mahkamah menetapkan 22 Oktober ini sebagai tarikh sebutan permohonan cerai yang difailkan oleh Wan Nor Shakirin. Sumber:Sinar Harian
Dalam kehidupan seharian seorang Muslimah, perlu disulami rasa cinta yang mendalam terhadap Al Quran.
Kiasan Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah ketika menyampaikan Tahsin & Selawat di Festival Ummah Mega Haflah: Bidadari Berselawat, Wanita Peneman Syurga, Semarak Cahaya Al Quran” sememangnya mempunyai mesej yang amat mendalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Arwah Nurhazwani, pensyarah UiTM yang hamil 3 bulan, bukan meninggal dunia akibat lemas tetapi pengsan secara tiba-tiba ketika mandi di kolam renang. Suaminya cuba menyelamatkan, namun takdir Allah mendahului.