Sumber / Sumber Foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew begitu sebak melihat Umi dan Abah kepada arwah Adik Amir hanya mampu mengalirkan aiar mata sewaktu figura hebat ini berkunjung ke rumah mereka.

Ustaz Ebit sempat menziarah keluarga angkat arwah adik Amir yang terletak di Rawang.

Seperti mana luahan Ustaz Ebit di laman Facebook miliknya, ketika bertandang ke kediaman pasangan itu, dia begitu sebak melihat ibu dan ayah angkat arwah Adik Amir menangis. Malah mereka cukup terharu dengan kehadiran ustaz.

Sebaknya Umi & Abah Menangis “Sempat Tengok Video Arwah Amir Solat Baca Surah Al Mulk”

Umi & Abah Anggap Arwah Adik Amir Seperti Anak Kandung Sendiri

Meskipun anak angkat, sayangnya juga bagaikan anak kandung sendiri. Apatah lagi yang dijaga dan dipelihara sejak kecil. Pastinya luluh hati seorang ibu apabila menerima berita mengenai anak angkatnya berusia tujuh tahun yang dijaga sebelum ini, meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati dipercayai akibat didera.

Norlida Abu Hassan, 50, berkata, walaupun reda dengan pemergian anak lelaki jagaannya namun terkilan kerana kanak-kanak yang dijaga seperti darah daging sendiri dengan penuh kasih sayang itu diperlakukan sedemikian rupa.

Sebaknya Umi & Abah Menangis “Sempat Tengok Video Arwah Amir Solat Baca Surah Al Mulk” Sebaknya Umi & Abah Menangis “Sempat Tengok Video Arwah Amir Solat Baca Surah Al Mulk” Sebaknya Umi & Abah Menangis “Sempat Tengok Video Arwah Amir Solat Baca Surah Al Mulk”

IKLAN

Ustaz Ebit Hadir Beri Semangat

Keluarga pasangan ini begitu sedih dengan pemergiaan arwah Adik Amir. Malah sewaktu berada di sana Ustaz sempat memberi sedikit semangat.

Sebaknya Umi & Abah Menangis “Sempat Tengok Video Arwah Amir Solat Baca Surah Al Mulk” Sebaknya Umi & Abah Menangis “Sempat Tengok Video Arwah Amir Solat Baca Surah Al Mulk”

“Saya hadir untuk beri sedikit semangat, doa,dan sedikit hadiah.

“Sepanjang berbual dan berkongsi tadi terasa berat sangat ujian buat keluarga ini. Sempat dengar dan tengok video adik Amir solat, baca surah Al Mulk, minta maaf setiap kali buat salah. Allahuakbar. Dengar kisah dari kecilnya Amir sampai akhir hayatnya.

IKLAN

Betapa Sayangnya, Betul-Betul Seperti Keluarga Sendiri

“Masa dengar tentang Amir, saya di Sabah. Berdoa dari jauh jer. Mendengar betapa sayangnya dan manjanya Amir dengan keluarganya dan abang serta kakak angkat. Betul-betul seperti keluarga.

“Sehinggalah mereka berpisah kerana ibu kandung dan ayah tirinya datang ambil.

“Saya sempat berdoa bersama keluarga. Menangis jer umi dan abah Amir. Berat ujian ini. Semoga satu hari bertemu kembali dalam syurga Firdaus,” tulis Ustaz Ebit Lew.

Baca Disini Juga:

IKLAN

Doa ‘Manis’ Daripada Ustaz Buat Anak-anak Tahfiz, Moga Ujian Kebakaran Ini Semua Asbab Hidayah

7 Sekeluarga Peluk Islam, Anak 11 Tahun Nak Jadi Hero Macam Ustaz Ebit

Usaha Ustaz EBIT LEW, Satu Kampung Peluk ISLAM Rela Tanpa Paksaan!

Semoga Keluarga Ini Lebih Kuat

Sebaknya Umi & Abah Menangis “Sempat Tengok Video Arwah Amir Solat Baca Surah Al Mulk” Sebaknya Umi & Abah Menangis “Sempat Tengok Video Arwah Amir Solat Baca Surah Al Mulk”

Sumber / Sumber Foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI