Dianugerahkan anak istimewa ini adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul sebaiknya. Mungkin seorang masih mampu terima seadanya. Tapi tak boleh bayangkan bagaimana bapa tunggal ini jaga 5 anak istimewa tanpa isteri disisi.
Inilah yang dialami oleh Mohd Rani Mat yang perlu menjaga dan menguruskan 5 anak istimewa yang tidak pandai uruskan diri sendiri dari kecil sehinggalah sekarang.
“Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus menjaga, menguruskan dan menyayangi lima anak istimewa ini”.
Itulah kata Abdul Rani Mat, 62, dari Kampung Rumbia, Beserah, Kuantan yang kini bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan lima anak istimewanya setelah isteri, Zawiyah Mahmud, 58, meninggal dunia pada 24 April lalu.
Lima anak istimewa itu adalah, Mohamad Asrul Nizam, 37, Siti Nurul Ashikin, 34, Mohamad Iskandar, 30, Mohamad Ikmal Hakimi, 23, dan Mohamad Amir Azwan, 19.
Ads
Menurut Abdul Rani, kelima-lima anak istimewanya itu perlu dipantau dan diuruskan kerana mereka tidak pandai menguruskan diri sendiri.
“Kesemua anak istimewa saya ini juga tidak boleh bercakap sejak dari kecil, bagaimanapun faham dan dengar jika kita bercakap dengan mereka.
“Dahulu, saya dan arwah isteri menguruskan mereka bersama-sama, kini ia tanggungjawab saya sepenuhnya, namun, ia bukan beban buat saya,” katanya di sini semalam.
Abdul Rani berkata, kelima-lima anak istimewa itu dilahirkan normal seperti mana kanak-kanak yang lain.
“Apabila membesar, mereka tidak seperti kanak-kanak lain kerana tidak boleh bercakap dan tidak pandai menguruskan diri sendiri. Kini, mereka sudah boleh ke sekolah pendidikan khas. Ada sesetengah perkara, mereka boleh uruskan sendiri tetapi perlu sentiasa dipantau, selain ada waktunya bertindak agresif dan di luar jangkaan,” katanya.
Bapa kepada tujuh orang anak itu tidak pernah mengeluh dan berjanji akan terus menjaga anak-anak istimewanya tersebut dengan penuh kesabaran dan juga kasih sayang sehingga ke akhir hayatnya.
Ads
Ambil Upah Kerja Kampung
Bagi menyara kehidupannya dan keluarga, beliau yang juga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya melakukan kerja-kerja kampung dan mengambil upah membersihkan halaman rumah jiran dengan upah bulanan RM300.
“Dahulu semasa arwah isteri masih ada, saya buat macam-macam kerja setelah berpencen tentera termasuk menjadi pemandu lori. Kini, saya tidak boleh keluar bekerja jauh, hanya buat kerja-kerja kampung kerana tumpuan perlu diberikan sepenuh masa kepada anak-anak istimewa saya di rumah.
Selain itu, beliau juga bergantung bantuan kewangan dari anak perempuan yang bekerja di Selangor dan seorang lagi anak perempuan yang bekerja di sebuah pasaraya berdekatan.
Menurut Abdul Rani lagi, anak anaknya ada juga menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Walau pun ada menerima bantuan, masih banyak keperluan untuk anak anak ini yang tidak mampu beliau penuhi.
Tidak dapat dinafikan terlintas dibenak memikirkan urusan anak-anak ini apabila beliau tiada lagi.
Ads
Sekiranya ingin meringankan beban Mohd Rani Mat ini, boleh salurkan ke
Maybank Abd Rani Bin Mat 106098446564
Mingguan Wanita : Berat mta memandang, berat lagi bahu memikul. Moga Mohd Rani Mat sekeluarga dipermudahkan urusan. Aamiin.
“Rezeki Bukan Hanya Untuk Dinikmati Tapi Untuk Kita Kongsi” Jungle Girl. Itulah antara kata-kata yang diluahkan oleh usahawan Orang Asli yang dikenali sebagai Jungle Girl.
Menerusi perkongsian di TikTok Nur Rafidah Man, 27 menerangkan dirinya menyumbangkan RM100,000 dan menyalurkan sumbangan khas kepada sekumpulan pelajar pendidikan khas yang bakal berangkat ke Abu Dhabi kepada SMK Kuala Krau, Temerloh, Pahang.
“Rezeki Bukan Hanya Untuk Dinikmati Tapi Untuk Kita Kongsi”
Usaha yang dilakukan oleh Rafidah sangatlah mulia benarlah jika ada rezeki lebih, sebaiknya dikongsi kembali bersama masyarakat.
Bukan itu saja malah Rafidah juga menghadiahkan beberapa unit televisyen pintar bersaiz 43 inci untuk kegunaan pelajar dan pihak sekolah.
“Saya mungkin tak mampu nak taja semua, tapi saya ada buat tajaan sedikit untuk mereka.
“Saya taja budak-budak yang istimewa untuk ke Abu Dhabi,” katanya menerusi hantaran video di akaun Tik Tok miliknya.
Hasil Sokongan Orang Ramai
Malah menurut Rafidah, bantuan yang disalurkan itu adalah hasil sokongan orang ramai yang tidak putus-putus membeli produk keluarannya sejak mula berniaga.
“Semua ini hasil daripada orang ramai yang sokong produk saya dari dulu. Terima kasih sokong saya.
“Rezeki bukan hanya untuk dinikmati tapi untuk kita kongsi. Semoga jadi motivasi untuk semua,” kongsinya yang sebelum ini pernah tular di media sosial dan mendapat jolokan ‘Jungle Girl’ selepas kerap muncul di For You Page (FYP) TikTok menjual produk keluarannya, termasuk minyak 1001 Khasiat Jungle Girl.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Mawar Rashid yang sudah selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Raden Seri Rosabella Cinta.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017 dan turut dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.
Raf pula turut mempunyai sepasang anak daripada perkahwinan terdahulu.
Mawar Rashid Selamat Menimang Cahaya Mata Kedua
Berita gembira tersebut telah dikongsikan sendiri Mawar menerusi akaun Instagramnya.
Mawar selamat menimang cahaya mata perempuan yang juga anak keduanya di sebuah perubatan swasta pada pagi Sabtu.
“Syukur Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan kesemuanya,” tulis Mawar ringkas.
Biarpun belum bersedia berkongsi wajah penuh anak perempuannya itu, Mawar memilih untuk berkongsi nama puterinya itu sebagai Raden Seri Rosabella Cinta.
MW: Tahniah diucapkan buat Mawar Rashid dan suami. Semoga puteri kesayangan mereka ini diberikan kesihatan yang baik dan membesar sebagai seorang yang soleha.
Duit boleh dicari. Tapi kalau hilang isteri boleh saja dapat pengganti tapi belum tentu sama dengan yang kita ada sebelum ini. Sebab itu, suami janganlah nak berkira sangat dengan isteri. Rezeki pasti bertambah-tambah.
Srtiap orang pasti ada barang kesayangan. B9asanya kalau lelaki lebih kepada kereta yang dimodified, pancing, kasut dan sebagainya. Bayangkan kalau barang kesayangan itu rosak atau hilang. Mahunya tak ada mood, bergaduh mulut dengna isteri atau paling tidak tarik muka, tak bercakap.
Bukan setakat isteri anak-anak pun mesti gerun nak pegang atau sentuh barang kesayangan suami atau ayahnya. Namun, boleh dikatakan tidak semua suami seperti itu. Apalah sangat sangat kalau nak dibandingkan dengan isteri dan keluarga. Duit boleh dicari.
Masih ingat lagi tak tentang kisah viral Ford Mustang 5000cc warna merah yang dipandu seorang wanita, kemalangan masuk parit dua tahun lepas?
Kereta tu milik brother Syukor Majid, isterinya Nur Aini yang pandu, terbabas, tapi biasalah perempuan mana pernah salah, parit tu yang salah.
Ingat lagi, bila sampai tempat kejadian, dia berlari cari puan isteri, dia peluk, tenangkan dulu puan isteri, check okay ke tak, mujur bini dia tak bercalar sikit pun, kalau tidak, mau dia saman parit tu. Lepas tu baru tengok mustang dia.
Sampai part kereta, abang ini tergelak sorang-sorang tengok kereta kesayangan dia jahanam teruk. Gelak tu yang mahal, orang lain mau meratap meraung, dan satu yang aku respect sikit pun tak marah bini dia.
.
“Benda dah jadi cikgu, yang penting isteri saya selamat. Duit boleh dicari, isteri pun boleh dicari, tapi tak sama macam ni.” Tenang sungguh dia jawab.
Kita ni kereta calar sikit bini langgar tiang pagar mengamuk sampai tak bercakap dengan isteri seminggu. Punya ungkit selalu sampai merajuk kawan tu. Memang la dia salah, tapi amarah tu tak sepadan kot, duit boleh cari, hati puan isteri tu jagalah baik-baik.
.
Hari berganti hari, rezeki abang ni melimpah ruah, dulu isteri dia jahanamkan kereta RM500K, hari ni dia hadiahkan kereta harga RM1 juta bagi pada puan isteri.
Alhamdulillah, tumpang bangga, bahagia tengok kejayaannya.
.
Aku yakin, rezeki abang ni melimpah ruah sebab selalu utamakan keluarga. Dia sayang sangat mak ayah dia, isteri dia. Kita pakat contohi dia.
Kalau isteri buat calar kereta, kita senyum. Kalau isteri mintak duit nak pergi Korea, kita bagi. Kalau isteri nak beli barang shopee, kita bagi. Yakinlah, nescaya Allah akan balas berlipat kali ganda bila kita bahagiakan ahli keluarga.
Mingguan Wanita : Jadi, para suami sentiasalah bahagiakan isteri. Rezeki makin berlipat ganda lagi. Insya Allah.