Kuali yang diguna setiap hari memang mudah berkerak hitam dan payah nak cuci. Walaupun guna macam-macam cara, sampai luka-luka tangan menyentalnya. Rupanya guna kapur makan boleh tanggalkan bontot kuali berkerak hitam ni dengan mudah.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Amy Rosinasebagai rujukan;
Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan. Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang.Saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia
Hangpa cuma perlu kapoq makan.Kapoq yang makan dengan sirih tu, berus dawai dan pisau. Tak berapa bekilat lagi tu tengah sental suami panggil tadi. Nak mudah lagi, lama rebus lagi mudahh tanggal.
Bahan Diperlukan:
Kapur Makan
Kuali Besar
Pisau
Cara Membuat:
1.Tudiaa dah pernah sental tapi putus asa.
2.Sapu punggung kuali dengan kapur.Ratakan kerak hitam tu.
3.Letak dalam kuali besar.
4.Didihkan sekejap je. Baru naik buih-buih ja saya tutup api kalau lagi lama lagi bagus.
Ads
5.Nampak ada lekang-lekang dah.
6.Tuu kepingan hitam yang tanggal.
7.Kikis kerak tebal masa kuali masih panas dengan pisau. Lembut je kerak tu.
Ads
8.Kerak nipis gosok pakai berus dawai.
Tadaa
Ads
Tempoh dari awal berkerak sampai berkilat sekejap sangat. Kalau dari sapu rebus sampai kikis tak sampai pun 30 minit.
MW: Wah mudahnya, tak payah susah payah nak sental kuali kerak berhitam, sapu kapur makan rebus je dalam air panas mendidih. Kerak jadi lembut, mudah dikikis berkilat macam kuali baru.
Susahnya bila penglihatan mata mula kabur. Nak buat kerja apa pun mesti nak kena pakai cermin mata. Lagi-lagi kalau yang tak biasa pakai ‘spek’, semuanya main agak-agak saja.
Salah satu punca penglihatan mata kabur boleh jadi faktor usia yang semakin meningkat. Bagi kanak-kanak pula mungkin sebab terlalu lama main gajet. Kita tak tahu dan banyak faktor juga keadaan ini boleh berlaku.
Ada teknik yang boleh membantu untuk kita terangkan penglihatan mata yang kabur ini. Caranya dengan membuat urutan pada bahagian tapak jari kaki. Inilah yang diajarkan oleh Him Rintingmas.
Dalam video yang dikongsikan oleh Him Rintingmas ini, teknik urutan untuk membantu terangkan penglhatan mata adalah dengan fokuskan kepada point di kawasan tapak kaki iaitu di bahagian kedua jari kaki.
Caranya, tekan pada bahagian bawah tapak jari kaki. Tahan sambil gentelkan pada bahagian tersebut. Kemudian, tekan dan urut menairk ke pangkal jari kaki. Tahan selama 10 saat.
Manakala pada bahagian tapak jari kaki tengah pula, ulang seperti tadi dan tahan lebih kurang 5-10 saat.
Paling penting, semasa membuat urutan, jangan lupa membaca selawat.
Lakukan pada kedua-dua belah bahagian kaki.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanta : Malas betul kan nak ke kedai cermin mata. Apa kata cuba dulu cara ini. Mana tahu boleh membantu.
Soalan pertama orang akan tanya bila tahu saya kerja sebagai seorang wartawan adalah, “seronok tak kerja wartawan? Mesti seronok kan dapat jumpa ramai orang.” Apa jawapan saya? Ya, memang seronok sebab saya minat dunia penulisan. Tapi, kalau tak tahan cabaran jangan mimpi nak jadi wartawan. Jiwa kena kental, mampu kerja di bawah tekanan, dihimpit deadline. Tak sanggup, bidang ni bukan untuk kamu!
Sepanjang karier lebih 18 tahun berkhidmat sebagai wartawan, bermacam-macam kisah suka duka yang telah dilalui. Bila saya selak satu persatu, ia memberikan 1001 kenangan terindah untuk saya simpan. Kerjaya sebagai wartawan juga membolehkan saya berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat. Daripada golongan biasa sehinggalah VVIP.
Tak Akan Sama
Setiap tugasan juga ada cabaran tersendiri. Jika berjumpa dengan orang yang kurang bernasib baik, kita jangan meletakkan diri kita lebih tinggi daripada mereka. Cuba selami dan fahami penderitaan dan kepayahan mereka. Kadangkala mereka ada sifat rendah diri yang tinggi. Jadi, sebagai wartawan, perlu bijak untuk membuatkan mereka selesa berdepan dengan kita. Kadangkala kita tak dapat bayangkan situasi apabila kita ke kediaman mereka. Mungkin kediaman mereka terlalu daif. Jangan sekali-kali memperlihatkan diri kita kekok atau tak selesa. Takut mereka kecil hati.
Orang Melayu kita juga kaya dengan budi bahasa. Apabila membuat tugasan yang memerlukan saya ke rumah mereka misalnya, pasti diri akan dilayan dengan cukup baik sehingga kita pula rasa segan. Belum masuk bab dijamu dengan pelbagai hidangan. Hendak menolak, takut tuan rumah berkecil hati pula walau pun ketika itu mungkin kita sedang mengejar masa untuk tugasan seterusnya. Itu menunjukkan mereka meraikan kita sebagai tetamu walau pun itu kali pertama bersua.
Namun nama pun manusia. Ada perangai masing-masing. Pernah juga pengalaman saya, seharian mengadakan fotografi dengan seorang selebriti, dari pagi hingga ke petang di kediamannya. Hanya dihidangkan segelas air sirap saja. Tapi kami tak kisah. Sebagai wartawan, kami tak pernah minta apa-apa, tak pernah minta kami dilayan bak VIP. Yang penting kerja kami berjalan lancar. Itu belum lagi bab sudah tiba depan pintu rumah, tiba-tiba si selebriti batalkan temu janji. Wartawan, juru foto, juru mekap semua sudah terpacak di depan pagar rumah. Akhirnya, terpaksa kami balik dengan tangan kosong. Memang geram tapi itulah antara di antara cabaran yang terpaksa dihadapi.
Begitu juga bila berdepan dengan golongan VVIP. Ya, kadangkala ada rasa rendah diri bila berjumpa dengan orang yang kaya dan berpengaruh. Hendak melangkah masuk ke kediaman mewah mereka pun dah rasa diri kerdil. Tapi, wartawan kena ketepikan perasaan itu dan bersikap profesional. Tapi, protokol tetap kena dijaga.
Wartawan juga dikatakan sering mendapat layanan VIP jika ke majlis-majlis. Sentiasa duduk di barisan paling depan. Kami mendapat keistimewaan itu kerana penganjur hendak memudahkan kerja kami. Hadirnya kami ke majlis itu adalah demi tuntutan kerja. Tapi jangan tak tahu. Kadangkala wartawan dilayan seperti kami tak ada nilai diri. Dijemput membuat liputan, tapi tidak disediakan tempat duduk. Tidak dibenarkan masuk ke dewan, dihalau balik dan macam-macam lagi. Kadangkala dijemput ke majlis makan malam, tapi kami tak disediakan makanan walau pun tetamu lain disediakan makanan. Memang kami datang kerja, tapi bayangkan kalau majlis bermula jam 7.30 petang hingga 11 malam, agak-agak kami tak lapar ke?
Skil Berkomunikasi
Apabila hendak menemu bual, wartawan kena bijak untuk memulakan perbualan. Jangan terus ‘terjah’ sahaja. Sebaiknya mulakan dengan perbualan santai untuk mewujudkan mood yang lebih rileks. Barulah orang yang hendak ditemu bual itu juga rasa selesa. Namun, jangan bertanya soalan yang berbaur peribadi.
Sebelum menemu bual seseorang, biasanya saya akan cuba ‘kenal’ dahulu dirinya. Cuba cari maklumat tentang dirinya di internet supaya kita tidak ‘blur’ ketika sesi temu bual nanti. Kena bersedia sebelum menemu bual sesiapa saja. Seeloknya siapkan soalan-soalan sebagai panduan.
Pendek kata, hendak bercerita tentang pengalaman sebagai wartawan memang panjang. Setiap wartawan ada pengalaman masing-masing. Wartawan majalah juga berbeza pengalaman dengan wartawan akhbar. Apa pun masing-masing ada cabaran yang tersendiri dalam merealisasikan tugasan kami. Yang penting, kita minat dengan kerja kita. Apabila dapat menyediakan bahan bacaan yang informatif dan menarik untuk para pembaca, itulah kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi kalau nak kerja wartawan sebab nak cari glamor, baik lupakan saja niat kamu itu!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebiasaannya bila kita simpan santan yang tak habis dalam peti sejuk ruang beku, ia akan jadi cair dan berketul-ketul bila dinyahbeku. Malah kuah pun jadi tak cantik bila santan beku ini digunakan. Tak kiralah santan kotak atau santan segar. Malah ada juga yang beranggapan bila santan begini ia dah rosak dan perlu dibuang.
Sebenarnya bila jadi berketul-ketul begini, santan ini masih digunakan dalam masakan selagi mana ia tidak berubah rasa masam, berbau dan basi.
Perkongsian tip dari video TikTok Wan Norhasni Wan Hanini ada tunjukkan caranya supaya santan jadi elok cantik tak berketul-ketul.
Cara-Caranya:
1. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ia dinyahbeku seketika.
2.Kacau rata, bau dan pastikan ia masih elok tak masam atau basi.
3. Masukkan ke dalam bekas blender dan masukkan sedikit air panas.
4. Kisar halus seperti biasa.
6. Hasilnya, santan kembali cantik dan halus.
7. Bolehlah dimasukkan ke dalam kuah seperti biasa.
Mingguan Wanita: Jika santan tak habis dan sejukkan di tempat beku, jika nak gunakan semula ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah santan elok cantik tak berketul.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...