Dalam rumah tangga kita hendaklah saling bekerjasama dalam apa jua tujuan pun. Tidak kiralah soal membeli rumah, simpanan masa depan atau menuju jalan ke syurga.
Sesungguhnya rumah tangga bukan acara lumba lari, bersungguh atasi pasangan sendiri tetapi sebaiknya harus bersama. Mendukung antara satu sama lain.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.
Daripada sekecilnya tentang hendak makan apa hari ini hinggalah kepada yang paling utama kemuncaknya nak sama-sama dapat redha Allah di akhirat nanti.
Semuanya perlu dilakukan dengan teliti. Perancangan yang rapi, tersusun dan akhirnya dilaksanakan bersama.
Iya, bukan pandai merancang untuk gah dan indahnya majlis persandingan sahaja, tapi kena pandai merancang jalan bersama ke syurga nanti.
Ads
Rumah Tangga Bukan Acara Lumba Lari
Bercerita tentang jalan ke syurga, kita semua tahu dan faham.
Bukan jalan yang mudah. Rasulullah sendiri berhadapan dengan jalan yang penuh sakit dan air mata. Itu Nabi kita, lebih lagi lah kita.
Maka, berpegangan tangan menuju je jalan syurga rumah tangga itu mesti pegang erat dan kuat. Supaya tak ada yang tertinggal di belakang atau seorang yang jauh ke depan.
Sudahnya terlepas, terlerai genggaman tangan.
Terpisah.
Harus Bersama Bukan Bersungguh Atasi Pasangan
Ramai pasangan yang begini. Puncanya tak sama-sama menempuh ujian. Seorang dengan kekuatan sendiri, seorang lagi jatuh dengan kelemahan sendiri.
Ads
Masing-masing tidak kuat menguatkan. Aku aku, kau kau.
Itu bukan rumah tangga, itu acara lumba lari. Bersungguh-sungguh mengatasi pasangan sendiri. Nak menang seorang diri, bukan berpasangan.
Kalian pasangan suami isteri yang baik,
Macam mana pun ujian yang rumah tangga kalian hadapi, kembali lah kepada tujuan asal kalian berumah tangga.
Kalaulah tujuan itu sudah samar, tak jelas dan seakan hilang tak tahu ke mana, susunlah semula bersama-sama.
Katakan sama-sama ke pasangan kalian;
“Kita akan sama-sama mencari redha Allah, dalam rumah tangga ini.”
Begitulah…
MW: Semoga rumah tangga yang dibina mak, ayah bahagia hingga ke syurga serta diredhai Allah. Untuk berada di jalan yang diredai Allah sudah tentu perlukan usaha yang kuat dan saling bekerjasama.
Mungkin atas faktor ekonomi keluarga mahupun mematuhi dasar kerajaan, sesetengah pasangan seperti di negara Singapura dan China, menghadkan bilangan jumlah anak-anak yang dilahirkan, sejak sekian lama. Kini, kesan tindakan ini mula dirasai di negara tersebut apabila penurunan kadar kelahiran bayi semakin membimbangkan.
Laporan Hindustan Times menyatakan, China menghapuskan dasar satu anak pada 2016, semenjak dasar tersebut dilaksanakan dari tahun lewat 1970-an lagi.Jika sebelum ini, China mengenakan penalti atau ‘Sosial Maintenance Fees’ bagi mereka yang mempunyai lebih 3 orang anak.Kewujudan penalti tersebut memberi tanggapan rakyat bahawa kelahiran boleh menggangu kemajuan negara dan demografi.
Terbaru, China yang bimbang dengan penurunan kadar kelahiran telah menjanjikan subsidi kewangan, perubatan dan cuti bersalin bergaji lebih panjang bagi menggalakkan pasangan suami isteri memiliki anak kedua.
Naikkan Cuti Bersalin
Semua 31 wilayah, daerah dan perbandaran, hampir keseluruhan China, menaikkan mandat 98 hari cuti bersalin kepada antara 138 dan 158 hari, lapor laman web thepaper.com.
Elaun kewangan dan perkhidmatan perubatan juga dimasukkan sebagai insentif bagi pasangan di beberapa daerah.
“Ibu turut dibayar gaji sepanjang cuti bersalin manakala bapa diberi kelayakan mendapat cuti daripada 15 hingga 30 hari secara purata.
“Di bandar raya Shihezi di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang, ibu yang mempunyai anak kedua ditawarkan subsidi sehingga 1,000 yuan (RM599) selain membekalkan mereka dengan subsidi susu formula bayi sehingga tiga tahun,” menurut laporan.
Pada masa sama, bandar raya Xiantao di wilayah Hubei juga memberikan subsidi perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada ibu yang melahirkan anak kedua.Bagaimanapun, pakar menyifatkan ia tidak mencukupi kerana kadar kesuburan di China pada 2016 cuma 1.7, yang dianggap rendah.
Menarik sungguh insentif yang ditawarkan oleh Negara China buat rakyatnya agar menambah kelahiran.Setiap anak itu memberi rezeki, namun mak ayah juga perlu membuat perancangan yang terbaik dalam membesarkan mereka serta keperluan mereka pada negara.
Kalau dah buat salah, sukar untuk seseorang itu nak mengaku salah. Sudah terang lagi tersuluh dan memang nampak apa yang dibuatnya tidak betul. Hakikatnya, di merasakan tindakan yang dilakukan itu langsung tidak salah baginya.
Begitu juga kalau dah berlaku curang. Mesti tak akan mengaku dan anggap itu kesalahan orang lain. Atau untuk kali pertama boleh mengaku salah, tapi adakah kesalahan ini akan berulang. Mungkin?
Kadang-kadang pelik dengan pasangan yang curang, bukan setakat susah nak mengaku salah tapi tak bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang ini. Pasangan cukup baik, ada anak dan bahagia, apa lagi yang dikejar.
Antara perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ada betulnya. Curang itu pilihan, memilih untuk tidak mensyukuri kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Susah Nak Mengaku Salah, Pilih Untuk Abai Tanggungjawab
Orang yang berlaku curang, susah nak mengaku salah.
Dia akan sedaya upaya cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain.
Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara.
Ada ke patut?
Ketahuilah bahawa mereka yang curang ni tak tunggu kita buat salah.
Banyak kes yang kendalikan, orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect, itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.
Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang.
Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan.
Bukan Paksaan Tapi Pilihan
Sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan.
Memilih untuk menyembunyikan. Memilih untuk buka hati pada pihak ketiga. Memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga.
Semua itu pilihan.
Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumahtangga yang dibina.
Ingatlah, bahawa orang yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah, orang ini tak mendapat redha Allah.
Mingguan Wanita : Kalau tak bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau ingat anak bini yang setia di rumah, ia tak akan terjadi.
Musim sekolah dah mula, yang berkeluarga pun dah mula rancang percutian dengan anak-anak dan isteri. Tapi rugi rasanya jika anda tak layan keindahan Langkawi yang dikongsikan pasangan suami isteri yang lebih mesra di kalangan followernya dengan nama CIk Di dan Cik Na.
Sebelum ini, Zaidi Hassan dan Wan Zarina Wan Zainuddin pernah viral dengan perkongsian video dan foto-foto memukau di Pulau Tuba, Langkawi. Cantiknya Langkawi di ketengahkan dengan baik sekali.
Sampaikan ramai yang tag pasangan malah kenalan masing-masing, ajak bercuti-cuti Malaysia di Pulau Tuba. Walhal, nama Pulau Tuba sendiri begitu asing di halwa telinga orang Malaysia.
Bagus sungguh usaha suami isteri ini. Kata Zaidi dalam perkongsian terdahulu, video Pulau Tuba yang dihasilkan itu khas untuk orang Pulau Tuba.
“Khas buat Tuba Beach Resort anda memang best. Selesa view, cantik, staff friendly definitely kami akan datang lagi next time.
“Idea mai sebab tengok filem Langit Cinta arahan Osman Ali anak jati Langkawi juga. Mana tau kot-kot video ni sampai kat dia tengok boleh jadi extra Langit Cinta 2 plak ka. Kalau jadi hero & heroin kesian kat Fazura & Keith Foo plak tak leh cari makan.
Akuinya lagi, mereka akan kongsikan tempat-tempat menarik yang telah mereka jelajahi. “Semoga mendatangkan manfaat kepada kaki-kaki jalan dalam mendapatkan informasi.”
Jangan Kata Langkawi Tak Cantik, Tak Menarik
“Cik Di Cik Na akan terjah tempat-tempat di seluruh Langkawi yang mana terbaik, tercantik dan paling menarik untuk dimuat naik gambar & video bagi mempromosikan Langkawi.
“Kami bukan agent, kami bukan dapat comission, kami bukan menjual, kami bukan mengharap ihsan.
“Kami sukarelawan yang CINTAKAN Pulau Langkawi dan cuba sedaya upaya berkongsi tempat-tempat menarik di Langkawi supaya semua rakyat Malaysia tahu what Langkawi got to offer YOU!” Akuinya dalam statusnya lagi
Bagi membolehkan follower menghayati keindahan hasil karya video dan gambar perjalanan mereka, pasangan ini berkongsi dalam page CikDi CikNa Kaki Jalan.
Antara Lokasi Lain Di Langkawi Yang Buatkan Anda Bagai Dijampi
Kata Zaidi, cuti hujung minggu tak lama dulu mereka ke Tanahbendang Banglos Langkawi. Pemandangan bendang dirakam dengan indah sampai buatkan mereka bagai dijampi.
“Tempat ni sempoi bakhiangg, terasa macam dok kat kampung zaman kecik-kecik beringus dulu. So, kali ni kami kembalikan nostalgia ala-ala saloma dengan P.Ramlee gitu.
Lagi sekali kena jampi!
“So bagi sesiapa yang nak honeymoon, yang inginkan privasi boleh mai try tidoq tang ni..kat tempat lain confirm payah angpa nak rasa suasana macam ni.. bangun pagi dengar ayam berkokok wei..”
Semoga video dan gambar yang dikongsikan beliau akan buatkan anda lebih menghargai keindahan Langkawi sebagai destinasi percutian, wajib sampai di Malaysia.
Sumber/Foto : Facebook Zaidi Hassan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...