Roti kering ini mudah saja cara membuatnya. Kalau ada roti putih yang dah nak expired, boleh buat.
Roti antara makanan yang wajib ada di rumah. Bukan apa, kalau tak sempat masak sarapan untuk anak-anak, boleh sapu roti dengan planta/kaya, terus boleh makan. Boleh dikatakan, roti penyelamat dalam suasana terdesak.
Roti juga boleh dimasak menjadi pelbagai hidangan lain. Misalnya roti sardin, roti goreng, puding roti dan macam-macam lagi. Selain itu, boleh juga cuba buat roti kering ni yang ada juga orang panggil biskut gula. Kita dah boleh elakkan pembaziran. Daripada roti itu dibuang sebab dah dekat tamat tempoh, baik buat roti kering sebelum berkulat.
Peh! Minum pulak dengan the o atau kopi o..Memang ngam habis!
Selalunya roti kering ini didapati di kedai-kedai runcit dan bakeri. Agak-agak senang tak buat sendiri? Sangat mudah sebenarnya nak buat! Tengok kat rumah ada stok roti yang dah hampir tamat tempoh. Ha..apa lagi. Jom kita!
Bahan-bahan:
Roti putih
Mentega
Gula
Ads
Cara Membuat:
Potong roti mengikut saiz yang diingini. Setelah itu, sapukan dengan mentega di permukaan roti tersebut dengan rata
Celup/salut roti tadi dengan gula. Pastikan kedua bahagian permukaan tersalut rata. Susun di atas dulang pembakar.
Ads
Masukkan ke dalam oven dan bakar dalam suhu 150 darjah selsius. Kena sentiasa perhatikan agar tidak hangus.
Keluarkan dan tadaaa…! Dah siap! Bestnya makan dengan kopi O…Time hujan pulak tu!
Pressure Cooker atau Periuk Tekanan antara peralatan memasak di dapur yang menjadi idaman kebanyakan mak-mak. Manakan tidak penggunaan periuk ini cukup memudahkan urusan memasak pelbagai jenis masakan untuk hidangan anak-anak dan keluarga tersayang.
Antara Kelebihannya:
Jimat Masa
Punyalah banyak masa mak-mak yang dapat dijimatkan dengan menggunakan periuk ini kerana ia mempercepatkan proses memasak. Sebagai contoh, jika selama ini merebus daging sehingga empuk di periuk biasa, memerlukan masa 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Namun jika pertama kali menggunakan periuk tekanan ini, mak-mak perlu lebih berhati-hati dengan cara penggunaannya. Ini kerana tekanan udara dan wap panas daripada periuk boleh mengundang bahaya dan akibatkan kecederaan pada diri jika tidak tahu cara menggunakannya dengan betul.
Jenis & Harga:
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Contoh Periuk Tekanan Elektrik:
Antara jenama popular untuk periuk tekanan elektrik adalah Noxxa dan Philips.
Contoh Periuk Tekanan Dapur Gas:
Antara jenama yang popular untuk periuk tekanan dapur gas adalah Butterfly, Trio dan Tefal.
Berikut adalah cara asas penggunaan periuk tekanan (pressure cooker) yang mak-mak perlu ambil tahu:
1.Bagi menggunaan periuk tekanan elektrik, perlu baca manual penggunaan kerana kebanyakan model datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan.
2.Masa masakan biasanya telah ditetapkan. Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
3.Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
4.Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
5.Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan.
6.Jangan buka dahulu! Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!
7.Jika daging masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Peringatan Penting!
Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Penggunaan periuk ini ketika memasak memang cukup mudah jika tahu cara betul menggunakannya.Namun, sentiasalah beritahu kepada anak-anak dan keluarga tentang cara betul penggunaan periuk tekanan ini. Pantaulah cara mereka menggunakannya, apatah lagi jika tak biasa menggunakan periuk ini kerana ia boleh mengundang bahaya dan mendatangkan kecederaan pada diri.
Punca Tengok Video Mukbang Di TikTok, Sekali Dah Rasa, Eh Sedap! Kadang kala video resipi simple yang dikongsikan memang boleh bikin kecur air liur dan membuatkan kita kita teruja nak mencuba, buat sendiri di rumah. Contohnya resipi mudah guna buah limau kasturi ni, dipadankan dengan ‘colek’ kering, secukup rasa masam, pedas, masin dan manisnya.
Ini yang dikongsikan sendiri oleh Puan Aisyah Zulaikha. Memang menarik.
Ni anak bujang punya request..punca tengok video mukbang kat TikTok. Entah merepek-repek dia mintak tapi sekali dah rasa, eh sedapp.
Gula tu saya buat sendiri je..boleh la kalau nak buat cicah buah-buah nenas ke..mangga ke.
Ni saya share resepi gula tu ye.
Bahan-Bahan:
1 sudu besar Udang kering
5, 6 biji Cili kering *ikut tahap kepedasan masing-masing (buang biji)
Garam
Ajinomoto
Setengah Cawan Gula
Cara Membuat:
1. Sangai Udang kering dan cili kering sampai garing.
2. Selepas itu tumbuk dengan sedikit garam dan pak aji. Blend pun boleh. Blend dekat rumah ni rosak tu yang tumbuk.
3. Dah halus, gaul je dengan gula dalam setengah cawan. Siap..!
Mingguan Wanita: Kecur air liur bila tengok limau kasturi dicicah sebegini. Terasa masam, masin, manis pedas secukup rasa. Boleh lah cuba buat sendiri nanti.
Oven Rosak Jangan Risau Bakar Biskut Raya Guna Kuali Saja, Molek Kejadiannya! Pernah buat biskut raya bakar guna kuali tak? Ini kes oven tak ada atau mungkin rosak. Haaa… kreatif sungguh mak-mak bila nak dekat raya, apa pun jadi kalau betul caranya.
Nak dekat raya, mak-mak kena pandai berjimat. Kalau semua nak beli hari raya, memang kering lah duit poket. Jadi kalau mak-mak nak jimatkan bajet bab kuih raya, cuba guna idea yang dikongsi Puan Zalina Ina ini.
Buat Biskut Raya Bakar Guna Kuali
Biskut tak hangus pun, malah elok sangat kejadiannya macam yang dibakar guna pembakar biskut elektrik.
Masa nak bakar biskut itu, mak-mak tak payah masukkan air pun. Biar kuali kosong macam itu dan api jangan kuat sangat.
Pastikan mak-mak letak benda yan boleh tampung tudung periuk atau dulang yang digunakan untuk letak biskut ya. Rujuk gambar.
Api pun perlahan sahaja, dan jangan lupa panaskn dulu macam oven ya.
Pastikan Api Perlahan
Masa untuk masak lama sikit diri oven. Kalau bawah biskut dah perang, boleh dah angkat. Janji api perlahan.
Sebab kuali dah panas, rasanya tak sampai 10 minit pun. Ikut jenis kuih juga ya.
Dan paling penting, jangan lupa tutup masa membakar biskut macam dalam gambar ini.
Nampak tak, tak jadi masalah pun kalau tak ada pembakar biskut rumah. Tetap boleh buat berbalang-balang biskut macam orang lain. Janji ada niat nak buat, selamat mencuba!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...