Ada ketikanya sesuatu masakan mempunyai cerita tersendiri dan memori manis untuk dikenang. Lebih-lebih lagi masakan air tangan daripada mak ayah sendiri.
Nampak sungguh sedap dan menyelerakan lauk kegemaran arwah ayah Puan Norisma Miskan ini.Walaupun resipi simple seperti Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, nikmat kesedapannya tak dapat dinikmati di mana-mana. Ini kerana dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang buat anak tersayang.
Bahan-bahan yang digunakan tak banyak malah paling penting nak buat pun senang.
Alkisahnya..dah lama teringin nak makan sambal favourite arwah abah. Hari ni baru berkesempatan untuk masak Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai. Makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup selera.
Bahan-Bahannya : (*Dihiris)
20 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 helai daun kunyit
3 batang serai
Petai
Ikan masin –
*Saye guna ikan kurau, kalau ade ikan pari masin lagi best.
1. Mula-mula goreng ikan masin sampai masak.Selepas tu angkat.
2. Guna minyak yang sama, tumis cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak-agak layu sikit.
3. Masukkan petai, tumis sekejap.
Ads
4. Lepas tu masukkan daun kunyit dan serai hiris…tumis sampai layu.
5. Masukkan ikan masin dan asam keping…gaul bagi rata.
6. Masukkan air sikit, garam kalau tak masin dan secukup rasa. Bagi mendidih jap. Time ni kalau nak letak tempoyak pun boleh, letak dalam 2 sudu besar. Memang meletups sedap!.
Mingguan Wanita : Boleh cuba resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai yang dikongsikan ini. Lauk simple tapi boleh buat makan bertambah-tambah.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan senang dibuat.
Jika selalu buah nangka masak dimakan mentah begitu saja. Rupanya mak-mak juga boleh padankan dengan pulut dan kuah santan pekat untuk kelainan.Boleh rujuk perkongsian resipi daripada Puan Zalipah Ibrahim ini pulut nangka yang dibuat untuk jualan sebagai panduan.
“Pulut nangka yang kak pah buat untuk jualan.Atas permintaan ramai dan maaf bagi yang kak pah tak reply mungkin tak perasan. Kat sini kak pah share resepi ya. Maaf andai ada yang terkurang kalau ada tak faham boleh tanya”.
Bahan-Bahan:
Buah nangka
beras pulut ( direndam 8 jam ) kurang pun takpe
santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat )
garam & gula
Daun pandan (Pilihan )
Cara Membuat:
(Pulut)
1.Mula-mula toskan pulut yang direndam, kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.
2.Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
3.Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
4.Selepas itu, masukkan semula dalam periuk, kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat, tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk sikit.
( Nangka)
1. Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus separuh je
2. Ambil pulut kepal-kepalkam dan masukkan dalam nangka tadi.
3. Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup tak perlu kukus.
( Kuah Santan)
1.Santan pekat kisar dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
2.Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
3.Masuk gula garam ikut citarasa.
Siap! dah boleh makan.
MW: Menarik juga resipi pulut nangka kuah santan pekat ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Mungkin ada yang kata buah nangka dan pulut ini ‘angin’, apa-apa pun makanlah berpada-pada dan tak berlebihan.
Sedapnya makan biskut roti rangup cicah dengan kopi o atau teh o.Pulak tu makan kudap-kudap ni masa musim hujan, sejuk-sejuk.Nikmat tak terkata.’Bahayanya’ bila dah mula makan memang payah nak berhenti.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Sangat senang dan mudah nak buat, bahan-bahan pun tak banyak apa yang sedia ada di dapur je. Bakar guna guna air fryer, kalau takde pakai oven pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Jauharatuddini Taib ini sebagai panduan;
“Kudap-kudap ringkas tapi apabila makan payah nak stop.Budak pun suka makan selain mak dan pak budak.Dekat bawah ada cara cara ibu dini share di setiap gambar”
BISKUT ROTI RANGGUP
Bahan-Bahan:
Roti
Buttercup
Marjerin
Gula Pasir
Cara Membuat:
1.Potong roti gardenia kepada empat bahagian.
2.Sapu buttercup, nak guna marjerin pun boleh terpulang ikut citarasa ye.
3.Dah sapu dengan butter cup.
4.Tabur sedikit gula pasir. Ni masing masing yang dah siap dan bersedia untuk dibakar.
5.Senang buat banyak banyak sambil buat kerja lain bakar jee sesambil menunggu turn.
6.Ibu dini guna air fryer je.Nak guna oven pun boleh.Set time 10 minit dulu..kalau belum garing tambah time sikit lagi..agak-agak lah ye. Tengok pada warna roti tu nanti.
8.Ni rupe yang dah siap bakar.
9.Satu buku roti gardenia panjang dapat banyak ni.Boleh lah kudap-kudap masa hujan ni minum dengan air kopi o.
Info Ekstra!
Suhu sis dini pakai 180. Masa kena agak jangan lama sangat.
5 minit tengok roti dah garing ke belum, kalau belum tambah sikit time.
Selamat mencuba, fresh dari oven.Sedappp!
MW: Semoga bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri biskut roti rangup di rumah. Anak-anak dan keluarga mesti suka.
Nampak sangat sedap resipi mudah biskut brownies yang rapuh dan cair di mulut ni. Sesuai sangat untuk mak-mak yang nak buat jualan berniaga atau untuk makan sendiri di rumah. Mudah sangat hanya guna 6 bahan je.
Boleh cuba biskut brownies yang mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini sebagai panduan.
Saya ikhlas nak kongsi resepi Biskut Brownies. Memang sedap, rapuh dan cair dimulut. Nak buat pun mudah. Boleh buat untuk berniaga. Ramai yang ikut resepi ni laris jualan.
Semoga kita dimurahkan rezeki dan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka.
Nekad Tuntut Cerai. Terbaru pelakon Linda Hashim mendedahkan dirinya sudah tidak mampu bertahan dalam rumah tangga dan kesabarannya sudah berada di tahap kemuncak.Jika dulu...