Resepi roti puri atau nama lainnya roti arab atau roti kembung ini dikongsikan peniaga yang dah 9 tahun berniaga di pasar. Katanya, waktu berniaga dulu boleh terjual sampai 300 ke 400 biji sehari.
“Memang laku keras. Sampai tak menang tangan,” kongsi pemilik resepi, Ustaz Farid Rashidi.
“Boleh cicah dengan Kari Ayam, Daging, Kambing, Kuah Dhal atau Sardin. Part kuah, isteri saya yang buat. Jadi, khas untuk rakan-rakan FB semua saya share. Nak makan sendiri boleh, niaga pun boleh.”
“Mana tahu, nanti ada yang terdesak boleh buat duit, menyara keluarga.”
Resepi Roti Arab/Puri Kembung
Baiklah, sebab ramai nak resepi Roti Arab/Puri/Kembung tu, jadi mehlah saya share resepinya.
Bahan-bahan:
1. Tepung 1kg. 2. Yis setengah paket. Rendam dalam air suam. 3. Mentega 1 senduk nasi tu. 4. Susu pekat 2 sudu, bukan 2 tin. (Tak nak letak pun tak apa) 5. Gula 2 ½ sudu. 6. Garam 1 ½ sudu. 7. Air. Yang ni sukatan suka hati. Ikut sedap time uli.
Cara membuat :
Ads
Campur dan gaulkan semua ok.
Baca Bismillah. Campur semua bahan kecuali air. Gaul santai, rileks je. Jangan stress muka tu. Senyum sikit.
Uli lagi sampai gebu dan licin macam pipi baby.
Tuang air pelan-pelan. Tak payah kalut sangat. Kalut nak pi mana. Uli sampai tak melekat. Tak larat uli, suruh Encik Suami urutkan. Eh, ulikan.
Asal nampak bulat walaupun sedikit menggerutu.
Biar doh nampak licin, gebu kira ok. Tutup dan biarkan sejam dua.
Ads
Papan tak ada, pakai hentam guna tudung periuk.
Ok, dah cukup sejam. Tumbuk doh tu macam bertinju. Bulatkan. Leper dan gelekkan macam buat capati tu. Tabur tepung elak melekat.
Gemuk kan?
Panaskan minyak bagi padu. Bila nak goreng, siramkan sikit roti tu sampai kembung. Agak kuning, angkatlah. Kang hangit pula ye.
Ads
Versi bakar, 10 minit licin.
Nak bakar pun boleh. Jimat minyak.
Rangup di luar, lemah lembut di dalam. Confirm Mak Mertua puji.
Ok dah siap! Boleh cicah dengan apa saja termasuk kari semalam tak habis, boleh perangat balik.
Ha, janji share tau. Kongsi sama dengan orang lain.
MW : Bolehlah dicuba waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Dengarnya roti Gardenia pun dah stop bekalan di pasaran. Bolehlah masing-masing tunjuk skill. Buat roti sendiri.
Setiap orang ada cara untuk buat kuah rojak. Kuah rojak yang sedap adalah kuah yang pekat dan cukup rasanya. Kalau nak pedas boleh tambah cili ikut citarasa masing-masing.
Hendak buat kuah rojak ini tidaklah sesusah mana. Asalkan ikut resipi yang betul, rasa kuah rojak itu tak akan lari seperti rasa kuah rojak jenama popular yang kita beli di kedai.
Kepada Pembaca Yang Rajin Buat Kuah Rojak Sendiri, Apa Kata Boleh Cuba Buat Resipi Kuah Rojak Perkongsian Mim Yusof Ini.
Resipi Kuah Rojak
“Sahabat dapo kak mim dah tido ke? Kak mim baru abis masak kuah rojak ni haa. Mesti ramai yang dah pandai buat kan!
“Tak pe kak mim nak share kuah rojak versi kak mim ni. Tengok kat gambar ye.”
Bahan-bahan
1 keping gula gerek (menisan)
2 cawan gula putih
1/2 cawan kicap
2 sudu tepung ubi (bancuh ngn air)
Sedikit belacan
Sedikit garam
10 tangkai cili kering (dalam gambar tu kak mim dah rebus dan blend/kisar)
Sedikit cili sos
2 sudu besar bijan
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend/ kisar kasar)
1 gelas air
1-Mula mula cairkan gula gerek dengan segelas air tadi. Bila dah cair, masukkan kicap, cili kering yang di blend / kisar tadi, cili sos, belacan, garam dan gula.
2-Masak sampai mendidih. Dah masak betul, masukkan tepung ubi yang dah dibancuh tadi.
3-Kacau sampai dia pekat lagu ni, jangan tinggal ye, sentiasa kacau. Dah pekat masukkan bijan dan kacang tanah tadi.
4-Masak sekejap, tutup api. Sejukkan dalam bekas.
5-Boleh laa dicicah dengan mangga muda atau apa pun buah yang anda suka. Nahhh! Malam malam kak mim menyicah. Segar biji mata.
MW: Buat sendiri lagi bersih dan lagi menjimatkan. Boleh buat banyak mana yang kita suka.
Kek Oren antara kek ‘legend’ dulu-dulu yang mak-mak dan nenek kita selalu buat. Rasanya sedap, Lembut Elok Gebu malah tak muak makan. Nak buat pun mudah guna 6 bahan je. Sesuai dihidangkan waktu minum petang.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fainda Farahin ini;
KEK OREN versi Mak-mak kita.Dah lama la teringin nak makan KEK OREN arini baru sempat baking. Meh sis share resipi ni untuk ampa semua.Memang sedap, lembut gebu elok. Rasa dia macam Mak-mak kita buat.Yang paling penting confirm menjadi naaa. Doakan saya dan anda semua dimurahkan rezeki Aminnn.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Bahan A
5 Biji telur Saiz A
270 gram Tepung Naik sendiri
1 sudu besar Ovalet
180 gram Gula kastor
Bahan B
250 gram Butter (lembutkan suhu bilik)
3 sudu besar OREN SUNQUICK
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan A dalam mesin pengadun (mixer) sampai gebu.*Guna speed laju.
2. Haaa gebu tara ni ampa stop sat mixer. Masukkan butter dengan pati OREN SUNQUICK. Mix balik dalam 3 minit. Stop mixer masuk dalam loyang 10 inchi.
3.Bakar ke dalam oven suhu 170° selama 40 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
MW: Nampak gebu lembut, sedap sungguh Kek Oren yang dikongsikan ni. Rasanya sama macam kek oren ‘legend’ yang mak-mak dan nenek-nenek kita buat dulu. Bahan-bahan pun tak banyak dan mudah nak buat. Boleh cuba nanti.
Pertama kali makan pisang muda goreng ini waktu berkunjung ke rumah kenalan. Waktu itu, ada sedikit kenduri untuk meraikan pemergian ahli keluarga kenalan yang mahu ke Makkah. Uniknya juadah ini sebab pisang yang digoreng kena betul-betul yang muda.
Ini resipi lama orang Jawa. “Pisang Muda Goreng” yang nak digoreng ini kena pilih yang betul-betul masak, barulah rasanya enak lemak-lemak macam ubi goreng.
Ini resipinya kalau mahu cuba. Memang ‘rare’ dan lain dari yang lain.Kadangkala yang simple tu sedapkan.
Resipi Pisang Muda Goreng Tepung
Bahan-bahan:
Sesisir pisang muda (pastikan betul-betul muda)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit garam dan tepung
Cara membuat:
1. Pisang dibuang kulit. Potong ikut suka. Jangan tebal sangat.
2. Kisar bawang merah dan putih. Gaulkan dengan sedikit garam dan tepung gandum.
3. Goreng dalam minyak yang panas.
Nota: Nak lebih enak cicah dengan sambal kicap.
Cara Membuat
Kisar, cili padi, sedikit bawang putih dan gula serta kicap.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.