Mak-mak yang dalam program diet lebih berhati-hati memilih jenis makanan yang sesuai. Bimbang salah ambil boleh sebabkan kegagalan usaha nak kuruskan badan. Resepi ini sesuai untuk anda, sebabnya ia tak perlu digoreng dengan minyak
Ini perkongsian dari FB Puan Liza Love Emran yang diambilnya dari youtube dan diolah dengan menambah daun bawang agar wangi.
Katanya, “Resepi ini sesuai untuk Diet Atkins, Lowcarb, carb-cycling dan Eat Clean Diet‘
Ads
Ayam Bakar Bersumbat Bayam Dan Keju
(Baked Chicken With Spinach And Cheese)
Bahan-bahan (Untuk Seketul Dada Ayam)
Secekak daun baby bayam
Sepokok kecil daun bawang
1 1/2 keping keju cheddar
1/2 sudu kecil mentega
Secubit garam dan lada sulah (sebagai perisa)
Ads
Nota: Opps lupa.. seketul dada ayam tanpa kulit
Cara Membuat
1. Celur daun bayam sekejap. Dah layu cepat-cepat angkat dan bilas dengan air sejuk. Perah airnya. Potong-potong supaya hancur.
2. Hiris kecil daun bawang.
3. Koyakkan keju kecil-kecil.
4. Gaul semua bahan kecuali ayam. Simpan di dalam peti sejuk 20 minit.
5. Dada ayam dibuat poket. Caranya ialah cucuk mata pisau di tepi sisi dada ayam gerakkan mata pisau di dalam isi ayam hingga membentuk poket. Kalau tak tahu boleh belah dada ayam menjadi bentuk butterfly (kena pin dengan chopstick lepas dah letak inti).
6. Ambil inti yang di dalam peti sejuk tadi dan sumbat ke dalam dada ayam.
7. Bahagian luar dada ayam bolehlah diperap sebentar dengan garam, lada sulah, atau serbuk kari, atau rempah cajun atau apa-apa perapan kesukaan anda.
8. Grill sebentar (hingga berwarna perang coklat) kedua-dua bahagian dada ayam di dalam grillpan beroles butter.
9. Bakar di dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
Bapa & anak 12 tahun pandu kereta didakwa hari ini, pengajaran buat ibu bapa yang suka lepas tangan.
Sejak dahulu, kita sering melihat kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan khususnya motosikal di jalan raya. Bukan saja tidak mempunyai lesen bahkan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar turut diabaikan. Ada berakhir dengan tragedi seperti kemalangan maut namun ia masih belum cukup menjadi pengajaran buat yang melihat.
Terbaru, media berkongsi gelagat seorang kanak-kanak berusia 12 tahun (tingkatan satu) memandu kereta Viva melalui kawasan perumahannya di Taman Putra Impiana di Puchong sebelum ditahan oleh seorang wanita yang risau kerana mereka masih di bawah umur.
Lebih menakutkan, dalam kereta itu, ada adik-adiknya yang agak kecil sekitar empat ke enam tahun dalam kenderaan tersebut.
Selepas hal ini tular di media sosial, dengan bukti yang ada di mana bapa kanak-kanak ini sudah dipanggil ke balai polis, pihak berkuasa yang sudah menjalankan siasatan menjelaskan akan mendakwa kedua-duanya didakwa di Mahkamah Sepang pagi ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah mendapat arahan untuk pertuduhan daripada Timbalan Pendakwa Raya setelah kertas siasatan dilengkapkan.
“Bapa kanak-kanak itu akan dituduh mengikut Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Hukuman Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
“Kanak-kanak itu pula didakwa mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987,” katanya.
Sabtu lalu, polis memaklumkan pihaknya telah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk dilaksanakan pertuduhan.
Rabu lepas akhbar melaporkan siasatan kes juga dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Berikutan itu, polis telah merekod keterangan tujuh individu termasuk bapa kanak-kanak berusia 53 tahun yang juga seorang peniaga.
Terdahulu tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja lelaki dan turut dinaiki dua kanak-kanak.
Menerusi rakaman itu, kereta terbabit dipandu agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan.
Dalam video tular itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun memandu kereta Perodua Viva dengan membawa dua adiknya berusia empat dan enam tahun.
Siasatan polis mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam, 28 Julai lalu.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan sembur nano mist spray sembarangan pada manusia, silap-silap haribulan terjejas saluran pernafasan dan sistem pencernaan.
Sekarang ini selain daripada hand sanitizer, nano mist spray ini juga menjadi gajet wajib di rumah sejak penularan Covid-19. Namun tak ramai yang mengetahui bahawa nano mist spray ini memberi kesan sampingan jika tidak mengetahui cara yang betul menggunakannya.
Jangan Sembur Nano Mist Spray Sembarangan
Nano mist spray adalah cecair yang boleh menghasilkan titisan halus bersaiz nano. Alat ini dihasilkan untuk pelbagai tujuan termasuk kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industry, bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan.
Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk dari saiz kecil untuk penggunaan persendirian seperti spray gun, handheld spray sehingga saiz lebih besar untuk kegunaan industri.
Terkini, nano mist spray mula dijual dan digunapakai sebagai alat disfeksi dalam usaha mengurangkan risiko penularan virus Covid-19. Malah ramai di antara kita beranggapan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara dan juga permukaan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penggunaan alat sebenarnya semburan nano mist bagi tujuan disinfeksi tidak menggantikan keperluan nyahkuman permukaan secara manual.
Bergantung Kepada Keupayaan Alat
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdulllah, keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi digunakan serta tempoh masa pendedahan,” katanya.
Tambah Noor Hisham, pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi:
1. Alkohol 70 hingga 90 peratus
2. Hydrogen peroxide
3. Thymol
4. Quarternary ammonia
5. Larutan berasaskan klorin
*kesemua larutan ini berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.
Silap-Silap Terjejas Pernafasan, Sistem Pencernaan
Satu fakta yang perlu diketahui tentang nano mist spray adalah larutan disinfeksi yang digunakan adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.
“Ini adalah kerana, sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan,” katanya.
Mingguan Wanita : Paling penting sebelum membeli atau menggunakan nano spray mist pastikan dahulu larutannya sama ada berkesan atau tidak untuk digunakan bagi mencegah Covid-19.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...