Ayam Masak Merah selalu dihidangkan bersama dengan nasi minyak. Namun makan dengan nasi putih sahaja pun sedap. Selalunya ramuan yang mesti ada bila nak buat resipi Ayam Masak Merah ni, ialah santan, susu cair dan tomato puri. Namun demikian ada resipi yang lebih simple tapi sedap nak buat Ayam Masak Merah ni.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ruslan N Melor ini.
Sekali masak seekor ayam. Anak-anak semua pakat-pakat lalu makan. Alhamdulillah
#5cahayamata
Resepi ayam merah simple (takde letak santan atau susu cair) tapi sedap.
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (goreng bagi kering air ja, barulah berjus)
Bahan Kisar
Segenggam cabai kering ,gunting basuh rebus air panas hingga lembut-basuh toskan
2 biji buah tomato
1 biji lobak
3 biji bawang besar + bawang putih 5-6 biji
Halia + jintan manis+ jintan putih
*Blender semua bahan di atas hingga hancur halus.
Jintan manis separuh sudu kecil & jintan putih 1/3 sudu kecil(secubit)
4-5 sudu Sos Cili
1 batang Serai (dititik)
4 sekawan
Sehelai Daun Pandan
gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Boleh guna minyak goreng ayam tadi, tumiskan 4 sekawan, serai dititik, sehelai daun pandan (nak simpul boleh nak potong-potong pun boleh). Tumis sampai wangi.
2. Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi. Masak sehingga bahan sebati dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, sos cili kacau sampai rencah masak pecah minyak, gula dan garam secukup rasa.Kacau sehingga sebati.
4. Boleh masukkan bawang besar yang dimayang dan cabai besar merah. Kalau dah cukup rasa, boleh tutup api. Dah siap!
Ads
Last sekali tabur dengan daun sup.
Tip Ekstra!
Cabai kering tu kena rebus dan basuh bersih baru nanti masak warna mengancam.
Jintan manis kena lebih dari jintan putih ye. Jintan putih sikit ja. Nak bau menggoda daun sup jangan lupa.
Mingguan Wanita : Nampak sangat menarik dan sedap Ayam Masak Merah ni. Resipi yang simple, tak perlu letak susu cair, santan mahupun tomato puri. Boleh cuba nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Biasanya mak-mak buat cendol sendiri atau beli yang dah siap di kedai? Kali ini kalau ada yang nak merasa buat sendiri, boleh godek resepi yang dikongsi Puan Syuhaila Ahmad.
Apa yang menarik, dia cuma menggunakan acuan maruku, bukan acuan cendol. Tengoklah hasilnya, sangat ‘helok’.
Bahan-bahan:
1 cawan tepungg beras
1 sb tepung jagung atau tepung ubi
4 helai daun pandan
3 cawan air (blend dengan daun pandan)
secubit garam
1 sk air kapur
Boleh guna sedikit pewarna jika nak warna lebih terang
Cara Buat Cendol
Satukan semua bahan – tapis
Masak dgn api kecil sampai pekat dan berkilat (kental).
Masukkan dalam acuan maruku atau acuan roti jala (macam dalam gambar – tapi dah dipotong sedikit muncungnya supaya mudah keluar) atau piping beg.
Picitkan kedalam bekas yang diisi air.
Haa.. nampak tak betapa mudahnya kerja mak-mak. Jadi sekarang mak-mak boleh buat sendiri cendol walaupun tak ada acuan cendol macam orang dulu-dulu guna.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Belimbing buluh yang banyak berbuah di pokok, jangan dibiarkan terbiar begitu saja. Sedap jika dijadikan kismis belimbing buluh.
Ini resepi unik yang dikongsikan Puan Zainun Haji Tun. Katanya, bila dah menjadi rasa dia sedap sekali.
“Alhamdulillah, percubaan pertama yang menjadi ‘kismis belimbing buloh”. Lepas ni tak usah biarkan belimbing terbuang macam tu saja, ambil buat ‘kismis’… sedap yakmat.
Sebab ramai yang minta resepinya, saya share di sini
Resepi Kismis Belimbing Buluh
2 kg belimbing buluh
1 kg gula putih (gula pasir)
1 sudu makan kapur sireh
1 liter air putih
Caranya :
Basuh belimbing, rendam dalam air kapur lebih kurang 2 jam. Basuh, buang tangkai dan toskan.
Masak 1/2 kg air gula, dah mendidih tuang belimbing dan biarkan sampai air gula agak pekat. Hati-hati masa kacau jangan sampai belimbing hancur dan gula tak hangus.
Masukkan 1/2 kg gula lagi (saya tambah gula sebab belimbing tu masih terasa masamnya), kacau perlahan dengan api yang kecil sampai air gula tu pekat. Tutup api, toskan belimbing, agak dah kering boleh jemur.
Ini versi saya, mungkin rakan lain ada cara tersendiri.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mudahkan cara nak buat kismis belimbing buluh ini. Haa.. bolehlah cuba ya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pulut kuning yang cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang) memang selalu mencuri perhatian. Kalau kita masak pulut kuning kita mahukan ianya nampak berseri dengan warna kuning yang menawan dan pastinya juga rasa yang berlemak.
Pulut Kuning Rasa Lembut, Berlemak
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, anda boleh ikut cara Puan Masmira. Menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
RESIPI PULUT KUNING
Bahan-bahan dan cara-cara membuat:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang sedikit.
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (rendam sekurang-kurangnya 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas semula untuk hilangkan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama. Jangan gunakan perwarna.
2) Halia 1/2 inci
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
3) Daun Pandan 5 helai
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut. Kukus sehingga pulut masak.
5) Santan segar dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru mendidih, masukkan garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam. Masukkan santan pekat tadi. Kacau-kacau sampai rata sebati. Boleh cuba sama ada rasa masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masukkan pulut yang sudah siap dikukus tadi. Keluarkan daun pandan. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.
Jangan risau bila kuah santan banyak. Pulut akan serap habis kuah santan itu, barulah pulut jadi lembut. Kacau pulut sampai rata dan hilang ketul-ketul.
Tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar pulut ‘rehat’ dlm 10 – 15 minit baru cedok untuk makan.
EKSTRA TIP:
1. Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan macam bertali putih-putih di bahagian senduk.
2.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus semula kali ke dua. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan tak lekat pada pulut. Walau sekali kukus sahaja, pulut tahan lebih 36 jam di luar sebab kita sudah bancuh santan dengan air panas.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...