Biasannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Lebih-lebih lagi jika jenis periuk yang sering digunakan dan bertahun-tahun lama usianya.
Sebenarnya ada petua mudah dan berkesan untuk pastikan periuk yang digunakan tetap cun melecun dan bersih berkilat. Iaitu menggunakan lebihan sabun mandi (buku/ketul) dan sental dengan berus dawai besi keluli halus.
Petua berkesan ini dikongsikan oleh Puan Zainun Mamat sebagai rujukan.Periuknya yang telah berusia 22 tahun masih kelihatan cun melecun, tahan lama dan bersih berkilat macam baru.
Berikut perkongsian tersebut.
Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.
Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.
Caranya mudah je:
1.Rendam besi keluli dengan sabun mandi Dan sedikit air. Tekan-tekan sikit. Biar jadi berbuih.
2.Selepas itu boleh lah sental periuk Kita. Bilas Dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
Ads
3.Besi keluli juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Periuk Saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, hangus dan berkerak tebal. Kalau payah nak bersihkan dan nak jadi berkilat tu boleh cuba petua sabun mandi yang dikongsikan ini.
Memang membimbangkan dari segi keselamatan diri bila kawasan rumah berhampiran semak, kebun mahupun hutan. Ini kerana ia berpotensi serangga dan binatang berbisa seperti ular, lipan serta kala jengking masuk ke dalam rumah. Dalam keadaan panik mahupun kecemasan, adakalanya kita buntu untuk buat apa, sebelum menghubungi jabatan penyelamat seperti Bomba untuk mendapatkan bantuan.
Sebenarnya sebagai langkah persediaan, kita boleh beli siap-siap dan simpan satu semburan racun Baygon di rumah. Ini merupakan pesanan dan tip yang digunakan oleh pihak bomba sendiri untuk menghalau ular.
Pesanan BOMBA, simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau Ular, malah kadang kadang mampu untuk membunuh ular.
Semalam memang dia sembur di kawasan yang dikatakan tempat persembunyian ular untuk halau ular keluar. Bomba pun pakai yang ini je katanya. Berdesup keme keluar pergi beli, iyele atenye ulornye tak dijumpai semalam.
Pesanan kakyong: Bermakna semburan racun ini agak ‘kuat’, maka berhati hati ya guna. Takut sesak nafas. Atee ulor pun boleh kiok..apetah lagi kita kita ni.
Mingguan Wanita : Terima kasih atas pesanan ini, boleh beli sesiap racun semburan Bygon ni, simpan dekat rumah. Manalah tahu waktu kecemasan, ada serangga atau binatang berbisa seperti ular, kita tak panik dan boleh digunakan nanti.
Selalunya, bila mak-mak beli telur pasti bekas sarang telur akan dibuang. Maklumlah, tak tahu keperluannya. Buang saja dan tak adalah menyemak di dapur.
Sebenarnya bekas sarang telur yang kita beli telur jangan dibuang. Banyak kegunaannya. Mungkin ada yang guna untuk halau nyamuk dengan mengeluarkan asap pada bekas tersebut.
Kali ini, bekas sarang telur boleh diletakkan di dalam tong sampah. Ini untuk mengelakkan bau dan membantu menyerap air dari sisa sampah yang mak-mak buang.
Perkongsian daripada Liza Idris ini boleh mak-mak gunakan dengan letakkan bekas sarang telur dalam tong sampah. Malah, dia turut berkongsi cara nak pilih tong sampah yang sesuai dengan rumah kita.
1. Mine is 30L. Okla untuk family of 6. Satu hari punya sampah elokelok. Sebelum tidur buang sampah, lap dengan antibacterial wipes kat bin dan ruang dalam tu, ring atas tu basuh dan keringkan. Esok pagi bangun tong sampah dah kering. Terus pakaikan plastik baru.
2. Bahagian atas tu ia ada cover ring dan boleh dibasuh sebab ia stainless steel.
3. Kualitinya memang terbaik.
4. Elok-elok kedudukan plastik. Kalau plastik biasa selalu terlebih banyak pastu bergumpal-gumpal. Tak terletak.
5. Ada lubang untuk secure the bin liner.
6. Letak sarang telur kat dasar tong sampah. Ini membantu serap air sampah dan bau sekaligus.
7. Salah satu sebab yang jadi susah nak pilih tong sampah adalah benda ni. Saya tak nak nampak bahagian atas tu. Yang ini ada ring kat atas untuk tutup benda ni. Sampah tu masuk dalam atau jatuh keluar je. Paling teruk pun ia duduk atas pagar. Oklah sebab senang nak basuh. Lagi satu, bila time nak deep clean dapur, nak basuh dan telangkup tong sampah, lebih senang kalau ia takda attached lid. Kalau ada attached lid tu kan ia macam susah nak telangkup.
Mingguan Wanita : Tak kisah jenis tong sampah apa pun…yang peting tip itu sangat membantu. Boleh cuba letak nanti.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Rimasnya bila tengok lantai penuh dengan rambut gugur. Ini belum lagi bila sikat rambut. Lama-lama rambut yang tebal pun boleh jadi nipis.
Rambut gugur boleh buat kita stres juga. Macam-macam cara yang nak dibuat tapi kalau tak sesuai, ia tetap akan gugur. Mungkin ada juga yang sesuai dan ada yang tak sesuai dengan jeis rambut terutamanya bila buat rawatan di salon.
Jalan terbaik untuk rawat rambut gugur boleh cuba dengan bahan semulajadi. Kadang-kadang, cara inilah yang berkesan dan sesuai dengan kita.
Kos untuk rawat rambut gugur dengan bahan semulajadi pun murah dan tak perlukan modal yang besar. Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Ana Mahabu ini. Mungkin boleh membantu.
1. Cuba kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.
2. Ambil daun pokok lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya. Lumur pada rambut hingga rata. Urut kulit kepala dan biarkan lima minit. Cuci rambut hingga bersih.
3. Minyak kelapa adalah perapi semula jadi yang dapat mencegah pertumbuhan rambut rosak. Untuk mengatasi rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas. Mengurut juga membantu peredaran darah menjadi lebih lancar.
4. Sebaiknya gunakan minyak zaitun asli. Caranya campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur. Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu yang lembut.
5. Ia bukan sekadar mengembalikan kilauan, memperkuat dan membaiki tekstur helaian rambut, malah mengubah rambut kusam menjadi lebih segar, beralun. Caranya, lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.
6. Ambil kacang hijau dan rendam semalaman. Tapiskan kacang hijau tadi dan ambil airnya. Air kacang hijau itu kemudian disapu pada kulit kepala. Sambil anda sapu, picit kulit kepala secara pelahan-lahan. Untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
7. Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk, kemudian campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari, kemudian barulah ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut. Biarkan lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum membilasnya dengan air. Lakukan sekerap yang boleh bagi mengatasi masalah rambut gugur.
8. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala selama 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini 3-4 kali dalam seminggu.
9. Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.
10. Ambil sepuluh helai daun bunga raya. Tak kisahlah bunga warna apa sekali pun, yang penting ianya bunga raya. Masukkan daun tadi ke dalam besen bersama air, ramaskan daun tadi sehingga air menjadi kehijauan. Basuh kepala dengan air ramasan tadi, biarkan seketika sebelum dibilas dengan air sehingga bersih.
11. Bawang besar mengandungi sulfur yang berfungsi untuk membaiki peredaran darah dikulit kepala dan merangsang akar rambut bagi menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang banyak. Madu pula berfungsi untuk menyuburkan rambut dan memberikan rambut yang licin dan berkilat. Pati minyak lavender berfungsi untuk mengurangkan bau tengik bawang yang akan melekat dirambut. Jika anda tidak menyukai bau lavender, boleh gunakan pati minyak lain yang mempunyai bau kegemaran anda.
Caranya:
Ambil suku biji bawang besar, cincang sehingga halus dan berair. Lalu masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan 1 sudu madu ke dalam mangkuk berisi bawang tadi.
Kemudian, masukkan 3 titis minyak pati lavender.
Kacau hingga sebati.
Sapukan ke kulit kepala dan rambut sehingga rata.
Biarkan dikepala selama 30 minit. Basuh dengan bersih.
Mingguan Wanita : Tak perlu pening kepala bila rambut mula gugur. Cuba rawat dengan guna bahan semulajadi ini. Jimat dan tak perlukan modal yang besar pun.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan