Apabila seorang wanita sudah berkahwin, seluruh jiwa dan raganya hnaya pada suami tercinta. Bahkan hidup seorang isteri, segalanya bergantung pada suami. Segala apa yang nak dilakukan perlu mendapat restu daripadanya.
Bergantung sepenuhnya bukan bermakna isteri tidak boleh berdikari dan tak mampu berbuat apa-apa tanpa suami. Tetapi, sebenarnya, suami adalah tempat untuk dia bercerita atau meluahkan perasaan.
Perasan tak kalau marah macam mana pun, makanan ataus meja tetap ada untuk suami dan anak-anak. Merajuk atau sakit hati, semua kerja rumah siap kan. Suami kenalah faham dan cubalah mengerti perasan isteri, lebih-lebih lagi bila bercakap. Jangan buat ‘dono’ aje.
Apa yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa boleh suami di luar sana jadikan panduan. Suami adalah orang yang paling dekat dan dialah yang isteri cari dan tempat untuk bermanja. Betul tak?
Isteri,
Kalau dia lapar, dia akan cari suaminya dulu.
Bila dia nak marah, memang dia tunggu suami dia balik dan lepaskan kemarahan.
Kalau dia bergaduh dengan kawan, dia pun akan cari suami juga.
Begitu juga dia stress, sebelum dia baling kerusi, dia pergi kat suami cubit dan tumbuk-tumbuk dulu.
Ads
Dan, apa saja yang terbuku di hati, kepala, buku lali, muka dan semua anggota, lepasnya pasti ke suaminya.
Itulah realiti wanita yang sedang hidup dengan kita ni.
Suami Lebih Akal
Sebab itu, Allah ciptakan kita sebagai suami ni akal kasi lebih. Jiwa pun ada banyak lebih. Dan kekuatan serta apa saja memang di lebihkan pada lelaki. Baca saja apa firman dalam Al-Quran.
“Lelaki itu pemimpin”
Pegang tu masa isteri buat muka singa, ketika isteri terketar-ketar tahan marah tak beli susu anak kita.
Malah, pegang tu masa isteri tadi cakap sayang, tapi lepas lima minit dia tiba-tiba rasa nak lempang.
Lihatlah nanti bagaimana nanti isteri melalui frasa melawan nafsunya yang amat kuat, tetapi dia berjaya hadapi dengan seorang hero yang bernama suami.
Sabarnya suami, menyejukkan isteri dan sabarnya suami, membuatkan isteri akan fikir teruknya perangai aku ni.
Ads
Jika sabarnya suami, akan menambah cinta dalam hati isteri.
Itulah kekuatannya untuk menolak semua lelaki yang tidak ada kena mengena dalam hidupnya sebagai isteri.
Inilah bahan utama ketika bersembang dengan kawan-kawannya, bila kawannya menceritakan sisi buruk seorang suami, dan dia boleh berkata,
“Sabarlah. Doakan suami kita. Dia kan Allah bagi kita pada”
Itu yang akan keluar dari mulutnya.
Setelah hatinya di didik dengan sabar dan kasih sayang suaminya.
Sebab itu kita yang suami, balik saja rumah, 30 minit pertama adalah menentukan bagaimana untuk berjam-jam kehidupan berumahtangga seterusnya.
Pulang ke rumah, lipatlah lengan baju dan bersedia membantu isteri, buka hati dan bersedia mengisi ruang kosong anak-anak dan isteri.
Ads
Apabila pulang ke rumah, letak sekejap serabut untanya masalah kerja dan senyumlah walau itu amat pahit sebenarnya.
Kalau kita tanya,
“Siapa suruh buat?”
“Nabi kita. Rasulullah saw buat”
Memenangi hati isteri, dengan menjadi sebenar suami.
Bukan sekadar jadi lelaki.
#sweeterapi
MW: Kerana suamilah, orang yang paling rapat dan tempat dia meluahkan rasa hati. Fahamilah wahai suami!
Bukan semata-mata cuci rumah dan kemas barang. Tiga amalan masuk rumah baru yang Ustaz Farid Rashidi ini kongsikan adalah langkah pertama yang mak ayah kena buat. Salah satunya, baca surah al-Baqarah.
Tiga amalan mudah ini berpandukan pada hadis. Dan tentulah dengan panduan ini menjadi titik tolak untuk anda dan keluarga menjauhi segala macam gangguan daripada rumah kosong yang terbiar untuk sekian lama.
Itu belum cerita bab kos dan ongkosnya. Fuhh, nak demam jugalah dibuatnya.
Tapi ada lagi yang paling mustahak, iaitu amalan untuk masuk rumah baru. Yelah, rumah kosong yang tak didiami orangkan sebelumnya. Jadi, kenalah minta perlindungan sungguh-sungguh pada Allah SWT agar dapat hindar segala gangguan.
Baik, apa amalan yang ringkas dan mudah diamalkan?
Menurut hadis, ada beberapa amalan yang elok diamalkan.
1. Beri salam ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Bukan hai, hello, yuhhuu, anybody home ya.
Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar r.a berkata:
إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين. “Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin (Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh).”
[Hadis Riwayat Bukhari, no. 1055]
Daripada Jabir bin Abdillah r.a, Nabi SAW bersabda:
وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا “Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).”
[Hadis Riwayat Bukhari, no. 3304). Riwayat Muslim, no. 2012]
3. Bacalah Surah al-Baqarah. Bacalah, tak pandai kena mengaji.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah”
[Hadis Riwayat Muslim, no. 780]
Ok, itu antara amalan masuk rumah baru yang elok sama-sama kita amalkan. InsyaAllah, moga jadi Rumahku Syurgaku. Jom amalkan bersama.
Pernah tak bila bercakap, anda rasa suami bohong pada anda? Lebih-lebih lagi, bila bertanya padanya. Kadang-kadang dia jawab pun acuh tak acuh je. Mulalah rasa lain bila suami buat endah tak endah. Ada benda yang dia cuba sembunyikan. Itulah, naluri seorang isteri.
Reaksi macam mana pun, dia boleh agak ada benda yang tak kena. Walau bagaimanapun, kalau ada yang agak blur dan nak tahu macam mana dia bercakap jujur atau bohong, cuba tengok tanda-tanda ini.
1. Gerak Kepala
‘Abang, tadi keluar makan dengan kawan pejabat sekali dengan bos perempuan yang cantik tu ker?’
Kalau suami kata ‘tidak’ tapi gerakan kepala dia macam mengangguk. Ermmm.. memang ada yang dia sembunyi. Mungkin ‘ya’ tapi tak nak kecilkan hati isteri terus cakap ‘tidak’.
2. Ekspresi Muka Sebelum Menjawab
‘Abang, ok tak rasa teh panas nie. Saya rasa macam cair aje,’
Kalau dia berbohong, tentu sekali ekspresi wajah dia nampak pelik. Dia cakap ok tapi pada masa sama anda boleh tengok raut wajahnya yang berubah sedikit.
3. Gerakan Tangan
‘Tadi saya telefon abang kat pejabat tapi tak ada orang angkat, abang meeting ker?’
Cara gerakan tangannya yang lebih cepat daripada biasa. Kadang-kadang diikuti dengan menunjuk, menggaru kulit kepala atau bergerak tidak tentu arah. Itu tanda dia sedang berkata bohong.
4. Ambil Masa Sebelum Bercakap
‘Bukan ke semalam abang cakap kat saya nak gi lawat kawan abang yang sakit tu?’
Bila isteri bertanya, tapi suami ambil masa yang lama untuk menjawab. Itu tanda dia cuba berbohong. Berbanding dengan suami yang terus bagi jawapan tiap kali anda menanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami kalau dari mula kahwin dibantu isteri, lama-lama dia akan ‘naik lemak.’ Dalam sesebuah perkahwinan, sudah menjadi lumrah si isteri memainkan peranan besar dalam memastikan rumahtangga berjalan lancar.
Suami Kalau Dari Mula Kahwin Dibantu Isteri, Lama-lama Dia Akan ‘Naik Lemak’
Dari urusan rumah, anak-anak, hingga ke hal kewangan, ramai isteri sanggup ‘turun padang’ bantu suami tanpa banyak soal. Tapi persoalannya, sampai bila?
Ramai isteri yang dari awal perkahwinan sanggup berkorban, tolong bayarkan itu ini, uruskan rumah tangga seorang diri, jaga anak tanpa bantuan, semata-mata mahu melihat suami berjaya dan keluarga bahagia. Tapi tanpa sedar, kebaikan itu kadang-kadang bertukar jadi senjata makan tuan.
Kenapa? Sebab bila dari awal suami ‘dimanjakan’ dengan bantuan isteri, lama-lama dia jadi terbiasa. Apa yang dulu patut dikongsi bersama, sekarang isteri buat semua. Bila ditegur, suami mula naik angin. Bila tak dibantu, suami rasa seperti dikhianati. Sedangkan sebenarnya, dia yang lupa, perkahwinan itu tentang kerjasama, bukan ‘one-man show’.
Sikap ini orang Melayu panggil ‘naik lemak’. Dah terlalu selesa sampai tak sedar diri. Isteri bukan pembantu rumah. Isteri bukan mesin ATM. Isteri juga manusia yang ada letihnya, ada emosinya, ada impiannya sendiri. Bila semua atas bahu isteri, sampai satu masa dia akan penat. Dan bila dia penat, rumah tangga pun boleh jadi goyah.
Suami patut sedar, bila isteri tolong, itu satu bentuk kasih sayang. Tapi kasih sayang yang tak dihargai, lama-lama akan pudar. Jangan tunggu isteri hilang sabar baru nak berubah. Jangan tunggu isteri buat keputusan drastik baru nak hargai.
Bantu isteri walau sedikit. Tunjuk rasa tanggungjawab. Tahu beza antara ‘memimpin’ dan ‘melepas tangan’. Perkahwinan yang sihat bukan yang satu pihak buat semua, tapi yang saling membantu, saling menghargai, dan saling memahami.
Sebab bila dua hati saling pikul beban, rumah tangga akan jadi lebih kukuh. Tapi bila satu pihak terus naik lemak, yang seorang lagi akhirnya akan memilih untuk lepas tangan, bukan sebab tak sayang, tapi sebab dah terlalu penat.
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...