Wabak Covid19 telah menyebabkan gaya hidup dan rutin kita berubah secara mendadak dan besar-besaran. Dalam sekelip mata, suasana kehidupan dan persekitaran serta tingkahlaku manusia berubah secara total dan global oleh suatu ancaman yang kita tidak nampak.

Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Zasmani Shafiee menjelaskan keadaan ‘chaotic’ tidak selamat, di luar jangkaan, tiada ketentuan, tiada penghujung ini telah mewujudkan trauma dan keresahan berterusan sehingga memberi kesan pada kesihatan mental manusia.

Kesan Psikologikal Dan Kesihatan Mental Akibat Wabak Covid19

Tambahnya lagi, pada masa yang sama wabak ini menyerang kesihatan fizikal mengakibatkan jutaan kematian, ianya juga telah mencetuskan krisis kesihatan mental secara global.

Di peringkat awal wabak ini, kita dalam keadaan bercelaru, tidak normal, luar biasa, atau “out of the ordinary” kerana ianya datang pada saat tiba-tiba, kita tidak jangka dan tidak bersedia. Keadaan ini menyebabkan “chaos” luaran dan dalaman.

Setiap hari yang dilalui adalah seperti berperang dengan musuh yang kita tidak nampak, dalam keadaan yang tidak bersedia, semakin kita merasai seperti mula “hilang kawalan” atas situasi wabak ini.

Rasa Takut, Stres & Trauma, Covid19 Beri Kesan Kesihatan Mental!
Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Zasmani Shafiee
Antara Kesan-Kesan Psikologikal Termasuk:
“Fear and Anxiety”, iaitu “Anxieti, ketakutan dan kebimbangan”.

1-Takut akan dijangkiti.
Jika dijangkiti;
– Akan menjangkiti orang tersayang (anak-anak dan ibu bapa warga emas)
– Mungkin tidak tertanggung simptom dan sakit-sakit badan, seperti yang dikongsi di media sosial, mungkin akan di masukkan ke ICU untuk bantuan pernafasan
– Akan dikuarantin dan dipisahkan dari keluarga
– Mungkin akan mati kerana WHO telah mengesahkan tiada ubat-ubatan dan vaksin khusus

2-Rasa bimbang dan tidak selamat kerana virus tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Dan ia berjangkit dengan mudah dan pantas melalui human transmission. Di tambah pula ada yang mungkin “asymptomatic carrier”, orang yang ada infeksi tetapi tiada gejala. Pendek kata sesiapa pun termasuk suami isteri, ahli-ahli keluarga boleh membawa virus tersebut.

IKLAN

3-Dalam keadaan “Uncertainty” atau tiada kepastian,
– Tiada ubat dan vaksin
– Tiada penghujungnya bila pandemik, dan PKP akan berakhir
– Bila keadaan akan selamat dan normal semula

Baca sini:

Cegah Covid-19. Elak Rawat Sendiri

Doktor Ini Jelaskan Kesan Jangkitan Covid-19 Terhadap Ibu Hamil & Bayi Yang Dikandung

IKLAN
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Kemarahan (“Anger and Frustrations”)

-Kerana dirasai Hilang kawalan ke atas situasi.
-Apa pun boleh berlaku kepada diri sendiri dan orang-orang yang disayangi dan lindungi kerana keadaan sudah tidak dapat di atur, diurus, dan di kawal oleh diri seperti sebelum ini.
-Dipaksa untuk kuarantin oleh PKP, perintah berkurung di rumah, tiada kebebasan untuk bergerak dan berjumpa bersosial dan riadah di luar.
-Pakar-pakar perubatan, WHO, saintis-saintis terunggul di seluruh dunia akui penyakit Covid19 tiada ubat, tiada penawar pada masa kini.
-Pada dasarnya, manusia punyai naluri ingin kebebasan untuk bergerak, memilih, buat keputusan, dan manusia mempunyai intelek yang biasanya boleh menyelesaikan masalah diri atau membantu orang lain. Tetapi pada masa ini kita seolah-olah sudah hilang kawalan ini, menyebabkan kita merasa resah dan bimbang.

Stress Dan Trauma

Pasukan Perubatan adalah barisan hadapan yang mengalami stress dan anxiety paling tinggi kerana mereka perlu berdepan secara langsung apabila merawat pesakit. Mereka adalah golongan yang risiko paling tinggi untuk jangkitan dan juga trauma psikologikal.

Barisan hadapan ini mengalami trauma berhadapan situasi pesakit serius dan kematian, serta sentiasa bimbang dijangkiti dan menjangkiti anak-anak, suami isteri, ahli keluarga. Mereka perlu sentiasa berhati-hati dan sentiasa terpaksa menjarakkan diri dari orang lain.

IKLAN

Mereka yang telah alami kematian ahli keluarga kerana Covid19, tidak dapat menguruskan jenazah dan tidak dapat melalui proses berkabung seperti biasa, juga mengalamai stress anxieti dan trauma yang luar biasa.

Pesakit Covid19, pesakit PUI juga mengalami stress, anxieti dan trauma kerana terpaksa di kuarantin, berpisah dari keluarga. Mengalami simtom-simtom yang perit, menjalani ujian-ujian yang tidak selesa dan berhari-hari menunggu keputusan awal dan sebelum discaj dari hospital.

Stigma

Pesakit-pesakit positif Covid19, ataupun disyakki dijangkiti akan mengalami suatu stigma kerana ramai yang akan mengelak atau menyisih mereka kerana penyakit ini, ahli keluarga mereka juga mungkin dimarahi atau dibenci akibat kesan stigma ini.

Artikel disumbang oleh Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Zasmani Shafiee

Baca sini lagi:

Pesakit Dengan Keadaan Paru-Paru Kronik Perlu Elak Covid-19, Amal Langkah Pencegahan!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI