Sotong antara makanan laut yang ramai orang suka.Namun nak masak sotong pun ada cara dan tipnya barulah saiznya tak mengecut, tak rasa hanyir, elok pejal dan tak berair bila masak. Rupanya selain rebus sotong antara tip nak masak sotong elok kejadiannya, kena ramas sekejap dengan garam sampai berbuih.
Boleh cuba perkongsian tip oleh Puan Noris Noraini sebagai panduan;
Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan Korea. Depa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak. Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong.
Bahan Diperlukan:
Garam kasar/halus
Cara-Caranya:
1.Potong sotong ikut saiz yang kita nak.Buang kulit sotong pilihan. Kadang-kadang ada sotong kulit dia kasar kesat-kesat, kalau gitu lebih baik buang kulitnya. Biasanya sotong saiz sederhana-besar ada. Kalau yang kecil cumi-cumi tu, kulit licin je.
2.Taburkan garam kasar dalam sesudu dua dalam bekas berisi sotong.Tak perlu tambah air.(Garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar).Jika guna garam halus nanti bilas bersih-bersih sampai hilang buih-buih tu dan tak rasa licin di tangan ye. Risau jika garam masih lekat di sotong, takut masin bila dimasak.
3. Gaul dan ramas-ramas sotong + garam tersebut.
4. Ramas-ramas sampai keluar buih macam sabun.
5. Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas-ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.
Ads
6. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersih, bilas berkali-kali sehingga hilang air buih/air garam tu. InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.
7.Kemudian tapis sotong utk sejat air nya.
Bolehlah masak seperti biasa…insyaAllah sotong tak keluarkan byk air lagi.
**Sila abaikan kuali rare 25 tahun tu.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian petua masakan ini bermanfaat. Jadi jika nak cuci sotong pastikan ramas dengan garam sekejap sampai berbuih. Barulah sotong elok pejal, saiznya tak mengecut bila masak nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Masih dalam bulan Syawal, ramai mak-mak yang masih rebus ketupat dan masak rendang untuk hidangan keluarga. Namun ada masanya jika salah cara, ketupat yang direbus tak tahan lama dan mudah rosak.
Menerusi Puan Mayang Sari, ada caranya untuk memastikan ketupat tahan lama, 3 hari tak payah simpan peti sejuk.
Berikut perkongsian tersebut;
“Cara-cara rebus ketupat supaya tahan lama, 3 hari tak payah simpan peti ais”
1.Masukan ketupat dalam rice cooker
2.Masukan air tak payah sampai tenggelam ketupat.
3.Masak sehingga keluar minyak seperti dalam video.
4.Angkat dan sejukan dalam bekas yang di lapis kertas/tisu. Jangan tutup.
In sha allah ketupat tahan sehingga 3 hari tak basi.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, jadi bila rebus ketupat nak tahan lama 3 hari tak payah simpan dalam peti sejuk boleh cuba cara yang dikongsikan ini.
Tiap kali penghujung tahun, pastinya mak ayah sibuk atur rancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak. Maklumlah, musim cuti sekolah panjang macam nilah masanya nak bawa anak-anak pergi berjalan. Bahkan ramai mak ayah yang awal-awal lagi sudah ‘simpan’ cuti tahunan mereka hingga ke hujung tahun. Selalunya percutian keluarga pada penghujung tahun ini lebih lama dan lebih banyak memakan belanja.
Dalam keadaan zaman serba serbi mahal ini, kenapa masih ramai ibu bapa yang mampu bawa anak-anak mereka pergi bercuti? Sebabnya mereka sudah rancang dari awal tahun lagi. Jadi, bajet telah dibuat awal, lagi mudah nak merancang perbelanjaan.
Tabung Percutian
Ada juga ibu bapa yang mewujudkan ‘tabung percutian keluarga’. Setiap bulan, akan diperuntukkan sejumlah wang untuk percutian hujung tahun sekeluarga. Ada ibu bapa yang akan ajak anak-anak untuk turut sama menyumbang. Misalnya setiap hari anak-anak diberikan belanja sekolah RM5. Setiap seorang ‘digalakkan’ untuk memasukkan baki wang belanja mereka di dalam tabung percutian keluarga walau pun 10 sen! Jumlah tidak penting. Cara ini sebenarnya bertujuan mengajar anak-anak sifat berjimat dan ada rasa tanggungjawab untuk sama-sama mencapai impian, iaitu menyimpan duit untuk percutian keluarga.
Percutian Domestik Atau Luar Negara?
Tepuk dada, tanya poket. Mampu atau tidak? Tapi kalau kena caranya, percutian ke luar negara hanya memakan belanja yang lebih kurang sama percutian di dalam negara. Misalnya tiket penerbangan sudah ditempah lebih awal. Berapa banyak sudah boleh jimat bukan? Itu semua berbalik kepada bagaimana anda membuat perancangan.
Untuk saya sendiri, saya rancang percutian keluarga mengikut kemampuan diri; sama ada dari sudut kewangan mahu pun masa. Kadangkala, memang ada bajet, tapi masalah nak minta cuti pula. Lebih-lebih lagi kerja sebagai wartawan yang sering dihambat ‘deadline’. Kalau nak bercuti, kenalah buat ‘advance’ bahan! Sebabnya kerja kami tak boleh ditangguh-tangguh dan melibatkan pihak lain. Jika seorang tak siapkan artikel-artikel kolum tetap dia, takkan dia nak mengharapkan rakan lain yang buatkan? Orang lain pun ada kolumn masing-masing. Tak bertanggungjawab namanya tu. Bagi kami, tiada istilah cuti ‘ikut suka hati’, kecuali kecemasan.
Tapi yang paling utama, setiap kali tiba cuti sekolah panjang, saya akan ‘hantar’ anak saya balik kampung saya di Terengganu. Biarlah dia menikmati kehidupan di kampung, bersama nenek dan datuknya. Itu jauh lebih baik daripada terperap di rumah dengan bertemankan telefon bimbit sepanjang masa! Saya lebih rela anak saya belajar panjat pokok, pergi mandi sungai daripada berkepit dengan gajet memanjang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya cara mudah tanam lobak dalam botol mineral pun menjadi dan boleh dapat hasil. Teknik ni sangat sesuai bagi yang mempunyai kawasan terhad untuk bercucuk tanam. Tanam di tepi balkoni pun boleh. Seronok bila tanam lobak menjadi dan ada isi. Lebih-lebih lagi bila kita tanam dari biji benih.
Boleh ikut tip mudah tanam lobak dalam botol air mineral seperti yang dikongsikan oleh Puan CT Hamisah Ahmad II
Saya tanam lobak dalam botol ja.
Tip Tanam Lobak Dalam Botol:
1. Guna botol plastik 1500ml.
2. Beli biji benih di kedai Peladang. Benih yang ni guna jenama green world.Boleh beli di shopee juga.
3. Kena semai biji benih dulu dalam tray. Daun carrot bila mula-mula keluar macam rumput. Biar dulu daun sebenar keluar, bila keluar 4, 5 helai daun baru pindahkan ke dalam botol atau pasu.
Kalau tanam terus dalam botol pun boleh. Tapi isi tanah separuh botol ja.Sebab kita kena topup tanah tu nanti bila dia semakin membesar.
Lobak putih
4. Isi tanah jangan bagi penuh. Lebih kurang ¾ ja.Guna tanah campuran. Tanah biasa + tanah hitam beli di ninso@eco. Topup tanah biasa + tanah hitam sawit. Yang penting pastikan tanah tak keras.
5. Masukkan anak lobak tadi biar tenggelam semua batang. Tinggal daun ja di luar. Tapi jangan sampai tertimbus pucuk, nanti mati.
6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. So, topup lg tanah timbus batang sampai pelepah terbawah.
Subur menghijau pucukl lobak merah.
7. Buat lubang supaya air senang keluar kalau kita siram.
8. Buang daun yang bawah sekali. Siram 2 kali sehari.
9. Letak tempat panas pun boleh. Tapi kalau tempat redup lagi baik. Yang penting mesti kena cahaya matahari.Pastikan tanah tak kering.
10. Kena pastikan tanah sesuai. Boleh gemburkan tanah dengan cara picit-picit botol kalau rasa tanah keras dan air tak keluar.
11. Bila batang pokok meninggi, mesti timbus sampai pelepah paling bawah.Kalau tak, nanti lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.
Hasil tanaman.
Lobak putih ni belum sampai 2 bulan. Yang penting tanah tak keras bagi memudahkan ubi membesar. Kalau carrot agak lama. Sebab ini percubaan pertama saya.
Mingguan Wanita: Seronoknya bila tanaman mengeluarkan hasil, walaupun hanya tanam dalam botol je. Jadi tak perlu kawasan yang luas pun.Tepi balkoni rumah pun boleh tanam.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...