Bila makan soto, sup atau pisang goreng, rasanya tak lengkap tanpa sambal kicap. Inilah yang membuatkan makanan itu jadi sedap dan menyelerakan.
Rasa sambal kicap yang pedas dan manis-manis sedikit boleh buat kita makin syok untuk cicah dengan pelbagai masakan yang sesuai. Bestnya, penambah selera ini boleh tahan lama dan dijadikan stok.
Tapi bagaimana nak pastikan sambal kicap ini tahan lama dan semakin sedap. Nak-nak kalu dah berhari, memang mabeless. Lagi pun bolehlah buat banyak terus untuk dimakan bila-bila mas, sesuai dengan makanannya.
Kali ini Afy Al Habibi berkongsi ibu sambal kicap yang paling sedap dan tahan lama. Rupanya, kena goreng dulu bawang putih dan cilinya.
Bahan:
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Ads
Tip sambal lebih sedap dan tahan lama:
Goreng seketika cili padi hijau dan bawang putih.
Pastikan cili hijau dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan ( bawang putih dan cili padi yang telah digoreng) ke dalam bekas pengisar.
2. Masukkan kicap. Boleh guna jenama kicap yang disukai. Kuantiti kicap adalah dengan menutupi paras bahan tadi.
3. Masukkan 2 sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
4. Bagi menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lagi sedap dengan tambahkan 1/2genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng kisar. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
Ads
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya.
Hidang dalam bekas berasingan.
Ads
Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai.
Mingguan Wanita : Buat stok sambal kicap, nak makan ambil saja. Sedap sangat, pelengkap makanan.
Ayam percik kebiasaanya merupakan salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Ayam percik pula ada pelbagai jenis tapi yang selalunya diminati ramai ialah Ayam Percik Kelantan. Kelainannya adalah pada kuahnya yang pedas dan lemak berkrim.
Memandangkan tahun ini tiada Bazar Ramadan, jangan bimbang mak-mak boleh cuba buat sendiri Ayam Percik stail Kelantan ni di rumah. Cukup mudah!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Fariha ini sebagai panduan;
AYAM PERCIK KELANTAN BY CIKHA SI PENJUAL BAJU
Bahan-Bahan (Perap Ayam):
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
halia skit
garam secukup rasa
Bahan untuk kuah:
6 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
santan pekat
1 batang serai
halia
garam
gula
asam keping
Cara Membuat:
1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat.
6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.
Siap!
MW: Memandangkan tahun ni tiada Bazar Ramadan yang selalu jual Ayam Percik, jadi mak-mak boleh lah cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Memang ada benarnya simpanlah senarai dokumen penting setiap ahli keluarga, baik suami, isteri dan anak-anak dalam satu fail. Ia sangat diperlukan apabila berlakunya situasi kecemasan mahupun kematian.
Penting bagi suami isteri mengambil tahu dokumen penting yang miliki seperti password telifon bimbit,akaun media sosial, no pin pada kad ATM, akaun simpanan yang dimiliki, sijil takaful, geran rumah, kereta dan sebagainya. Ini kerana jika segala dokumen telah dicatat dan disimpan sempurna ia memudahkan pasangan, waris mahupun anak-anak menguruskan segala urusan nanti.
Baca perkongsian daripada Puan Ismi Sabiha ini sebagai rujukan;
Antara fail penting kami sekeluarga. Nampak tak penting sekarang, tapi akan jadi sangat-sangat penting jika berlaku kematian (bila-bila saja boleh berlaku). Pesan kat pasangan dan anak, apa-apa jadi semua dokumen ada dalam fail ni.
Antara isi kandungan fail:
1. Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Saya standby buat 10 keping setiap salinan.
2. Salinan sijil nikah.
3. Salinan sijil kematian ahli keluarga.
4. Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris
5. Senaraikan aset (Geran rumah, geran kereta, geran tanah, geran rumah-kedai, emas dan lain-lain)
6. Nota Hutang / loan bank.
7. Polisi-polisi takaful yang kita ada (Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah, jumlah pampasan hibah dan nyatakan nama agent untuk dihubungi)
8. Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank.
9.Senaraikan maklumat KWSP,Tabung Haji, ASB, Share-holder, saham, unit trust, fixed deposit dan lain-lain
Satu je belum ada dalam fail ni, iaitu sijil mati diri sendiri. Bersedia atau tak, mati itu pasti. Senang macam mana pun kehidupan kita, dunia letak di tangan sahaja jangan di hati.
Orang-orang yang hutang dengan kita and tak reti nak bayar perlu ke eh kita senaraikan nama diaorang dalam ni.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebagai persediaan, simpan segala dokumen penting keluarga di dalam fail dan tempat yang selamat. Ia bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan apabila berlakunya kematian nanti.
Kerabu ikan siakap. Biasanya kita tengok ikan seiakap hanya dimasak stim, masam manis dan 3 rasa. Itu menu yang biasa mak-mak masak keluarga atau kalau makan di kedai, itulah yang akan diminta.
Apa kata buat kelainan sedikit dengan masa kerabu ikan siakap. Tambahan dengan hirisan mangga yang rasa masam dan pastinya membangkitkan selera. Boleh cuba resipi yang simple tapi menyelerakan dari Unaizah Azhar ini.
Bahan Untuk Menggoreng Ikan
Halia
Bawang putih
Kunyit
Garam
Caranya:
1. Tumbuk halus semua bahan tadi dan lumurkan pada ikan.
2. Kemudian, lumurkan sekali tepung jagung.
3. Goreng separuh garing dan pastikan ikan itu masak. Ketepikan.
Info: Elakkan goreng ikan terlalu garing kerana ia boleh membuatkan ikan itu jadi keras.
Bahan-bahan:
3 biji mangga epal – sagat halus
4 ulas bawang merah – dicincang halus
2 biji bawang besar – Potong dadu
Sedikit lobak merah – disagat halus
Cili api hijau dan merah
Tomato merah dan hijau
Daun ketumbar secukupnya
Bahan Untuk Sos
Cuka
Gula
Garam
Sos tiram
Belacan
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan separuh bawang merah, bawang besar, cili api dan daun ketumbar. Gaul hingga sebati.
3. Pastikan rasa masam manis dan masin.
4. Seimbangkan rasa dan barulah curahkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Taburkan lebihan bawang merah, bawang besar, cili api dan daun ketumbar.
6. Siap.
Selamat mencuba
Mingguan Wanita : Tak perlu lauk lain pun. Ini pun dah cukup sedap dan menyelerakan.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...