Tanggungjawab dari segi penyediaan tempat tinggal, tanggungjawab dari segi memberi makan minum, tanggungjawab dari segi pakaiannya, tanggungjawab dari segi batinnya…
Ianya menyeluruh…cover semua… Kebajikan isteri itu, dari hujung rambut sampai hujung kaki…
Bukan bila sudah bagi tempat tinggal, maka yang lain-lain isterilah pula kena buat…
Ads
Bukan bila sudah bagi makan minum, yang lain-lain isterilah kena tanggung… Tak selesai tanggungjawab kalau buat satu saja, pastu kira macam sudah buat semua…
Jangan Sampai Berhutang Tanggungjawab
Masih “berhutang” lagi tanggungjawab serta kewajipan yang lain pada isteri… Itu hak yang patut dia dapat bila mana dia sendiri sudah menjalankan tanggungjawab serta kewajipan dia sebagai seorang isteri…
Benda ini, bukanlah jadi “tak manis” dipandang orang ke, apa ke…
Bila kita letak sesuatu itu pada tempat yang tak sepatutnya, maka itu tak adil… Itu sudah jadi satu penganiayaan, itu sudah jadi satu kezaliman…
Dosa kalau kita menganiayai isteri dalam perkahwinan… Dosa kalau kita biar isteri buat apa yang sepatutnya kita buat dalam rumah tangga…
Jadi, tolong cakna dengan tanggungjawab serta kewajipan suami… Buat apa yang sepatutnya suami buat, tunai apa yang sepatutnya suami tunai… Jangan biar isteri “tanggung” keluarga…
MW: Sebagai suami dan ayah, lelaki harus peka dengan tanggungjawab sebenar selepas mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga. Memang tak mudah tapi jika seorang suami mengutamakan tanggungjawabnya dalam segala hal, insyallah rumah tangga akan bahagia.
Tolong Jujurlah Ya, Elakkan Berbohong. Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.
Namun dalam hubungan rumah tangga kadang kala wujud salah faham, kecil hati, rasa tidak dihargai dan sebagainya. Sebagai suami isteri pastinya kita yang mencorakkan kehidupan. Jadi jujurlah dengan pasangan pasti hidup akan lebih tenang dan bahagia.
Tolong Jujurlah Ya, Elakkan Berbohong
Kehidupan rumah tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah.
Berikut adalah 10 petua terbaik dalam rumah tangga yang boleh dijadikan panduan buat pasangan di luar sana daripada Pakar Motivasi Terkenal Negara, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.
“Semarakkan cinta abadi dalam rumahtangga kalian. Sentiasa ingat 10 petua ini kalau nak hidup berumahtangga sentiasa harmoni:
Cinta abadi membentuk rasa selamat. Jangan cuba mengubah ataupun memaksa pasangan. Sebaliknya ubahlah diri. Pasangan akan belajar melalui tindaktanduk kita perlahan-lahan.
Cinta abadi bertunjangkan kejujuran. Tidak patut ada penipuan dan kepalsuan dalam rumahtangga. Elakkan berbohong kerana kelak ketahuan juga. Ooo oo kamu ketahuan, kan Tok Abah dah nyanyi. Hehe!
Cinta abadi menghormati perbezaan antara dua insan. Perbezaan tujuannya untuk melengkapi dan mengimbangi antara satu sama lain.
Cinta abadi ini tiada dendam. Memaafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah dan memakbulkan doa.
Cinta abadi adalah proses pembelajaran berterusan. Didik, nasihat dan berpesan kepada pasangan dari masa ke semasa. Jangan biarkan kita membuat kesilapan yang sama.
Bersihkan sumber rezeki dan berterusan doa antara satu sama lain. Zakat, sedekah dan bantuan kepada orang lain membawa keberkatan.
Tambah baik perkara baru. Belajar, cari ilmu dan mantapkan diri dengan memenuhi ciri-ciri suami/isteri yang ideal.
Hormati hak pada tempatnya. Kita sentiasa menghormati hak, peranan dan tanggungjawab pasangan. Fokus pada usaha memberi daripada menerima.
Cinta abadi tidak berdebat mengenai siapa menang atau kalah. Pasangan yang berkasih sayang sentiasa memikirkan pendekatan di mana kedua-dua menang.
Cinta abadi sentiasa bertanggungjawab. Cuba buat senarai semak mengenai apa yang perlu kita lakukan bagi memupuk kasih sayang dan memotivasikan diri serta pasangan.
Lumrah hidup berpasangan, pasti ada kurang dan lebihnya. Malahan sering kita merasakan pasangan kita bukan seperti yang diidamkan selama ini. Walaupun kita menganggap pasangan bukanlah yang terbaik tetapi tidak mustahil dia mampu menjadi pasangan yang sempurna jika kita cuba menerima baik dan buruknya.
Sebenarnya pasangan yang sempurna hadir bila kita yang lebih banyak memberi, bukannya ketika kita mencari. Oleh itu hargailah pasangan yang berada di sisi mak, ayah di kala susah dan senang.
Pasangan kita itu mungkin tidak sama macam pasangan orang lain…
Tapi itu tidak bermakna dia tidak boleh menjadi yang terbaik untuk diri kita…
Tak perlu cuba membandingkan seseorang yang mencintai, menyayangi dan mengasihi diri kita dengan yang lain… Dalam hidup ini, jangan terlalu cuba sangat untuk mengejar kesempurnaan kerana kesempurnaan itu tiada pada manusia…
2 kunci dalam perhubungan kita dengan si dia:
1. Cari persamaan 2. Raikan dan hormatilah perbezaan
Mungkin ada yang kata, pasangan kita ini cerminan kepada diri kita… Jika benar seperti yang dikata, maka jika pasangan tidak solat, maka anda pun tidak solat… Jika pasangannya panas baran, maka anda pun panas baran…
Cermin sifatnya memantul…
Apa yang ada pada diri kita, ianya tetap sama di dalam cermin yang kita lihat… Namun realitinya berbeza…
Ada yang memiliki pasangan tidak solat, tapi dia solat… Dia sentiasa menegur pasangannya untuk solat… Ada yang memiliki pasangan panas-baran, tapi dia jenis bersabar… Dia sentiasa cuba bersabar bila pasangannya hilang kawalan…
Kekurangan pasangan dilengkapi dan diisi dengan kelebihan yang ada pada diri kita sendiri… Justeru itu, lengkapilah sesiapa pun yang jadi pasangan kita pada hari ini dengan sifat-sifat serta sikap-sikap yang kita miliki pada diri kita sendiri supaya perhubungan itu mampu diteruskan dan dikekalkan hingga ke syurga Allah SWT.
Pasangan yang sempurna hadir apabila kita memberi, bukan mencari…
Peguam Syarie, Roslina Sabiyah & Co berkongsi info untuk para isteri hadamkan kemas-kemas. Cara menuntut harta sepencarian apabila berdepan dengan tiga situasi ini dalam rumah tangga.
Iaitu, akibat penceraian, berpoligami dan apabila berlakunya kematian. Setiap situasi ini berbeza prosesnya. Panduan ini mudah untuk para isteri ambil tahu dan simpan dalam nota kalian.
Harta Sepencarian (HS), Tuntut Dalam 3 Keadaan Ini
Proses ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Boleh dituntut dalam 3 keadaan. Setiap keadaan prosesnya berbeza. Ok saya cuba terangkan secara paling ringkas :
Pertama : Harta Sepencarian yang dituntut akibat perceraian
pihak yang akan jadi plaintif dan defendan adalah pasangan suami isteri yang bercerai sahaja tanpa melibatkan orang lain.
jika terbukti memang harta tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan, harta tersebut memang boleh diisytihar sebagai HS.
isu yang timbul hanyalah melibatkan berapa bahagian setiap orang akan dapat. Contohnya, jika ada bukti sumbangan akan dapat 50%, jika tiada bukti sumbangan (surirumah/sumbangan tak langsung) akan dapat juga 30%. Portion HS tu Mahkamah yang akan tentukan selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak.
kalau terbukti, harta tu diperolehi sebelum perkahwinan dan tiada bukti sumbangan untuk mengembangkan harta tersebut oleh pasangan yang menuntut, maka pasangan tersebut tidak berhak ke atas harta sepencarian tersebut.
Kedua : Harta Sepencarian yang dituntut akibat poligami
biasanya yang tuntut HS adalah isteri pertama dan suami akan jadi defendan.
boleh dituntut semasa suami failkan permohonan poligami di mahkamah ataupun pada bila-bila masa sahaja selepas isteri pertama mengetahui yang suaminya berkahwin poligami.
hanya boleh tuntut terhadap harta yang diperolehi semasa dalam tempoh perkahwinan dengan isteri pertama tersebut.
Mahkamah akan tentukan portion HS berdasarkan keterangan dan bukti-bukti oleh kedua-kedua belah pihak
Ketiga : HS yang dituntut akibat kematian
proses ini yang paling rumit sekali.
hanya pasangan kepada si mati sahaja yang boleh menuntut (anak, ibubapa, adik-beradik kepada si mati tak boleh tuntut harta sepencarian).
balu tersebut perlu memohon sijil faraid di mahkamah syariah terlebih dahulu untuk memastikan siapa waris-waris si mati kerana harta tersebut dah jadi harta pusaka.
balu si mati akan jadi plaintif dan semua waris-waris faraid si mati akan dinamakan sebagai defendan.
permohonan faraid dan harta sepencarian tersebut perlu diserahkan kepada semua waris-waris si mati supaya proses permohonan pusaka akan jadi telus dan waris-waris maklum dengan permohonan tersebut.
waris-waris dipanggil ke mahkamah bukannya untuk dapatkan kebenaran mereka sebab balu tu memang akan dapat juga hak ke atas harta sepencarian tu melainkan prosedur tersebut hanyalah untuk memaklumkan kepada waris-waris supaya tidak timbul isu di kemudian hari.
jadi jangan pelik jika ada balu yang saman mak ayah mertua atau adik-beradik si mati di mahkamah. Itu hanyalah prosedur biasa dalam permohonan faraid dan harta sepencarian selepas kematian.
Biasanya balu boleh dapat portion 50% daripada harta yang dituntut dan baki 50% lagi barulah akan difaraid kepada semua waris-waris si mati termasuklah balu tu pun akan dapat bahagian faraidnya juga.
Salah faham tentang permohonan faraid dan harta sepencarian :
1) Faraid tak akan dapat secara automatik. Perlu dapatkan pengesahan waris-waris dari Mahkamah Syariah supaya tidak ada waris-waris yang sepatutnya berhak tetapi ditinggalkan. Memang banyak berlaku penyembunyian waris. Kalau ada unsur penipuan, sijil faraid tersebut boleh dimohon untuk dibatalkan.
2) Begitu juga harta sepencarian tidak akan dapat secara automatik. KECUALI, jika pembahagian harta pusaka adalah secara muafakat. Waris-waris setuju nak tolak bahagian harta sepencarian dulu kepada balu maka tak perlulah sampai kena mohon ke mahkamah. Tapi kalau ada pertikaian dan tak ada persetujuan, balu tersebut perlu failkan permohonan untuk dapatkan PERINTAH mahkamah terhadap bahagian harta sepencarian.
Kontroversi dan pertelingkahan boleh dielakkan dengan adanya ilmu. Biar tahu jangan keliru.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!