Duduk di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membataskan penghibur tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengambil inisiatif membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan wabak covid-19.
Justeru, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Secara ringkasnya, dana ini dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza.
Dato’ Siti Nurhaliza juga akan menjayakan YouTube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran YouTube Siti Official Video pada 19 April 2020, bermula jam 2.30 petang.
Para penonton YouTube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code) dan Siti akan menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.
Ketika dihubungi MW, usahawan dan penyanyi terkenal ini menjelaskan beliau terpanggil untuk menubuhkan Dana P.K.P Siti Nurhaliza ini kerana beliau tahu keprihatinan rakyat Malaysia.
“Dan saya mahu bersama-sama mereka menyumbang kembali kepada kita. Justeru saya menggunakan tagline Kita Bersama-sama Membantu Kita. Saya tidak mahu berseorangan kerana pada masa inilah kita semua harus berganding untuk memenangkan negara kita dari masalah Covid19. Apabila ada dana ini, orang ramai dapat sama-sama menyumbang dan ada platform rasmi untuk bantuan yang mahu disalurkan.”
Produktif Masa PKP
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa wabak covid-19 ini turut memberi kesan terhadap dirinya dalam kerjaya sebagai artis dan usahawan.
Ads
“Semua orang sedia maklum, aktiviti artis atau peniaga pastinya terbatas tetapi ini tidak menghalang untuk kita produktif. Saya berjaya merakamkan single Ramadan di rumah, memang satu perkara yang tak pernah saya lakukan, kerana biasanya di studio.
“Saya juga menjayakan Youtube Live untuk kempen Dana P.K.P dan orang ramai boleh menyumbang secara langsung menggunakan QR Code. Sebagai peniaga, saya dan pasukan kerja melakukan jualan atas talian dan saya juga banyak membuat tutorial solekan dan sebagainya.”
Jelas Siti lagi, beliau berharap dana yang dikumpul ini dapat membantu insan yang memerlukan.
“Ada 3 objektif saya dengan penubuhan dana ini dan setiap kategori iaitu Peduli. Kemanusiaan. Prihatin dan ada golongan sasar yang akan disalurkan bantuan. Saya berharap sedikit sebanyak usaha saya dan orang ramai yang menyumbang ini, akan dapat meringankan beban semua yang memerlukan.”
Ads
Sebagai langkah permulaan, beliau mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan
*Untuk kempen bencana alam dan kecemasan (seperti Covid-19), Kitafund tidak mengenakan caj 5% fi untuk platform. Fi yang perlu dibayar adalah fi payment gateway yang akan ditolak dari jumlah keseluruhan terkumpul kempen. Apabila seorang penderma menyumbang di kempen, payment gateway fees yang dikenakan adalah:
Razer (Molpay): RM1/transaction
Ads
Paypal: 3.9% + RM2/transaction
E-wallet (Grabpay, boost, TnG): 1.4%
Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini
Tekan butang “Sponsor”
Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
Tekan butang “Sponsor”
Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga.
Kitafund
Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma di samping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu.
Bagi warganegara Malaysia yang berhasrat untuk menyumbang, anda boleh layari laman web rasmi Kitafund di www.kitafund.com dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’. Bagi memudahkan pencarian kempen, anda juga boleh memasukkan kata kunci ‘siti nurhaliza’.
Baby boy “Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah” Stacy dan Akim pilih nama ringkas.
Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Stacy Anam dan Akim Ahmad yang menimang cahaya mata kedua yang merupakan bayi lelaki.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Eshaal, 5, dan seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 10.
Penyanyi Stacy selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan, Selangor, pada jam 10.19, 6 Ogos 2022.
Baby Boy “Assalamualaikum Isa”
Menerusi perkongsian terbaru menerusi akaun rasmi Instagram Stacy, penyanyi itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan anak lelaki yang baru dilahirkan bernama Isa.
“Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang wish, starring mami sudah tiba dan yang paling over excited dan risau of coz @beyshal.
“Tapi untung sudah besar-Besar anak ramailah dapat tolong2 mami especially diorang punya father juga lah thank you Dady @akimahmad. Mau minta tulung ambil pampers pun berlumba semua hahaha lambat sikit habis kena timbak sisis dia,” tulis Stacy.
Akim pula menerangkan mengenai nama anak dia memilih Isa.
“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella.” Katanya menerusi sebuah portal berita online.
“Terima Kasih Wahai Isteri”
Manakala menerusi perkongsian Akim juga turut memuat naik foto pertama cahaya mata keduanya itu. Malah Akim juga menerangkan dia berasa sangat gembira kerana berpeluang menyaksikan proses kelahiran anak lelakinya itu.
“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu,” kongsi Akim.
Bukan itu saja Akim juga meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan kehadiran Isa.
“Segala pujian selayaknya untuk-MU ya ALLAH. Pada jam 10.19 pagi, 6 ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 Hijrah, isteriku tercinta Stacy Anam telah selamat melahirkan anak lelaki kami.
Terjawab akhirnya, tanda tanya status terkini penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 26. Ketika bersoal jawab dengan para peminatnya, Bella Astillah mengakui dirinya sudah pun rujuk semula dengan suaminya, Aliff Aziz waktu dalam eddah lagi.
Bella yang semakin berseri-seri itu juga memaklumkan dirinya sedang hamil. Bermakna Ayden Adrean bakal mendapat adik.
“Alhamdulillah masa dalam eddah lagi jadi tak perlu kahwin semula. Doakan ya.” Jelasnya apabila peminat bertanya sama ada dirinya sudah kembali bersama bekas suaminya itu.
Bella juga mengiyakan ketika ditanya tentang perubahan di wajahnya, adakah disebabkan dirinya sedang berbadan dua. Dan memohon agar para followernya mendoakan kebahagiaan rumah tangganya kelak.
Bella Astillah Pernah Kongsi Akan Rujuk Semula Dengan Aliff, Demi Ayden
Sebelum ini, Bella dan Aliff telah melalui kemelut rumah tangga akibat perbuatan curang Aliff dengan beberapa orang wanita. Sehingga membawa keretakan dalam rumah tangga pada Mei lalu.
Dan Februari lalu, Bella berkongsi kesediaannya untuk menerima semula bekas suaminya itu demi anak sulung mereka, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
Keduanya mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Pengajaran Untuk Suami, Orang Ketiga
Akuinya lagi, peristiwa lalu adalah kenangan pahit. Tapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Kisah rumah tangganya yang pernah viral suatu ketika dahulu adalah sebagai pengajaran untuk suami dan orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya.
“Saya post tu untuk bagi pengajaran pada suami dan perempuan yang mengganggu suami orang. Bukan minta simpati. Tak perlu bakc up saya. Saya doakan orang tak lalui apa yang saya lalui.” Jelasnya ketika ditanya peminat sama ada dirinya tidak serik dengan ujian kecurangan rumah tangga.
Nasihat isteri Lan Solo, mak ayah ada anak sumbing “Alhamdulillah Xandra Membesar Dengan Sihat”. Pejam celik, pejam celik pantas masa berlalu. Seperti yang diketahui umum, puteri bongsu penyanyi terkenal, Lan Solo, Nur Amna Quxandra yang lebih dikenali dengan nama Xandra yang lahir pada 24 Februari 2018 menghadapi masalah sumbing.
Ketika berusia tiga bulan Xandra telah menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pembedahan tersebut adalah untuk merawat sumbing yang dialaminya.
Nasihat Isteri Lan Solo, Mak Ayah Ada Anak Sumbing
Menerusi perkongsian di Instagram isteri Lan, Nur Sheila berkongsi tentang perkembangan Xandra yang telah menginjak usia 5 tahun.
Malah Sheila juga berkongsi nasihat buat ibu bapa di luar sana yang mempunyai masalah anak mereka dilahirkan sumbing agar jangan risau dan yakinilah walau apa yang berlaku anak-anak syurga itu sangat luar biasa.
“Wahai ibu bapa yang ada anak sumbing.. see.. Xandra membesar dengan sihat.. yakin walaupun dia tahu apa yang berlaku dia tak sama dengan baby lain.. enjoy the moment okay.. anak kita luar biasa! InsyaAllah” luah Sheila.
Alhamdulillah Adik Membesar Dengan Sihat
Sambung Sheila lagi dia bersyukur kerana anak bongsunya itu membesar dengan sihat dan menjadi peneman setia dirinya.
“Ada org 5 thn la arini.. aaa.. peneman paling setia mommy spjg daddy kat GV4!
“Alhamdulillah.. semoga adik membesar dgn sihat ya.. mommy daddy x penah putus doakan anak2 mommy daddy memberi manfaat pd ramai org.. InsyaAllah sebaik2 manusia adlh yg memberi manfaat pd ramai org..
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Rezeki Anak, Hadiah Dari Allah” — Ibu muda berpantang, Nurshafikah Abd Manaf, raih dua anugerah tertinggi di Konvokesyen UniSZA ke-17 walaupun baru sebulan melahirkan anak.