posmen

Walau berada jauh di bumi Jepun, wanita ini dan suami tidak melupakan semangat tolong menolong sesama manusia. Malah membantu posmen yang terjatuh daripada motosikal. Kerana, dia percaya keberadaan seseorang itu di satu tempat bersebab.

Kata wanita ini, Rosmarlina Binti Abd Gani jika hari ini dia membantu posmen yang dalam kesusahan. Esok lusa jika dia dalam kesusahan, mereka pula memerlukan bantuan orang lain.

Terjumpa Posmen Jatuh Motosikal

Di suatu tempat di kawasan perkampungan Jepun Tonomine Hyogo Ken lebih kurang pukul 1:10 p.m. Semalam, bertarikh 20 October 2021, dalam perjalanan pulang dari kawasan tanah tinggi melihat pampas grass.

Kitaorg terjumpa seorang Posmen yang motosikal nya jatuh di tengah jalan raya.

Ros yang nampak dulu, terus suruh abang behenti. Abang tanya kenapa? Ros cakap tu abang ada Posmen jatuh tu, nampak tak larat angkat motor tu.

Terus abang behenti tengah jalan. Pasang lampu hazard sebagai langkah berjaga-jaga tanda amaran untuk kereta dari arah belakang nanti supaya nampak kereta kitaorang berhenti.

Ros nampak posmen tu berusaha lagi nak angkat motorsikal dia, tapi masih tak larat. Abang berlari tolong angkat bahagian belakang dulu, akhirnya berjaya.

IKLAN

Kaki Tersepit Di Bahagian Bawah Pedal

Abang kata kaki posmen tu macam dah tersepit kat bahagian bawah pedal tu , sebab tu dia tak boleh bergerak sangat. Dan abang kata bahagian box belakang motor tu yang berat.

Rasanya posmen ni jatuh baru ja lagi, sebab sebelum tu hujan lebat turun. Kemungkinan jalan licin dan kebetulan sangat kami lalu.

Setelah berjaya bangun dan alihkan motosikal posmen tu ketepi jalan. Kitaorang pun cepat-cepat beredar, sebab jalan kampung ni kecik, ada kete dari arah belakang dan depan tunggu turn nak lalu.

Ros sempat turunkan cermin kereta dan bagi kata semangat kat posmen tu dan pesan suruh hati-hati masa balik nanti.

Posmen tu ucap terima kasih banyak-banyak dan berkali-kali tunduk, sambil melambai tangan pada kami.

IKLAN

Mungkin terharu sebab ada yang tolong dia dalam kesusahan tadi.

Baca sini : Stress tak boleh elak, hari-hari ada. Belajar kawal agar tak burnout

Ada Sebab Tuhan Letak Seseorang Di Satu-satu Tempat

Ros percaya kalau orang lain lalu kat sini semalam pun akan buat bende yang sama macam abang Yusop Ali buat ni.

Sesunggugnya apa yang terjadi semalam tu secara logiknya memang kebetulan tapi Allah dah tentukan kehadiran kami waktu yang betul dan pertolongan yang dihulurkan semua Allah dah tentukan.

IKLAN

Percayalah keberadaan kita semua di sesuatu tempat itu pasti ada sebabnya, sesungguhya jadilah orang yang memberi manafaat pada orang lain dan permudahkan lah urusan orang lain, mana tau satu hari nanti ada orang lain pula permudahkan urusan kita.

Hari ni hari posmen ni, esok lusa hari kitaorg pula yang perlukan pertolongan, hanya Allah sahaja yang tahu.

Sekadar berkongsi cerita.
Ros
Osaka

Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Gani

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI